Gara-Gara Hutang, Keluarga Si Mati Dilarang Mandikan Dan Tanam Jasad
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/104947zorh3r51rrtll3cu.pngApabila bercakap mengenai hutang terutama sekali membabitkan wang ringgit, perkara ini bukan hanya menyebabkan pertelingkahan antara rakan baik tetapi juga boleh menjadi punca terputusnya hubungan sesama anggota keluarga.
Bahkan, hutang tersebut masih menjadi sebutan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia dan mungkin mereka yang dekat dengan si mati menjadi sasaran pemiutang bagi menuntut pemiutang.
Di Indonesia, majlis pengebumian bertukar kecoh apabila ada individu yang tampil meminta keluarga si mati terlebih dahulu melunaskan hutang arwah sebelum meneruskan proses pengebumian tersebut.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Inisial_a.93 di aplikasi TikTok, walaupun dilatari dengan muzik kuat, jelas kedengaran seorang wanita mengatakan menjelaskan kekecohan yang timbul itu adalah disebabkan tuntutan hutang berkenaan.
7090391601868033307
Tetamu yang hadir pada hari yang menyedihkan buat keluarga itu kelihatan berbincang sesama sendiri mengenai perkara tersebut. Mungkin mereka bersimpati pada keluarga si mati yang terperangkap dalam masalah tersebut.
Difahamkan sepupu daripada isteri si mati telah datang dan menahan jasad dari dimandikan dan menuntut hutang sebanyak RM604 termasuk kadar bunga atas alasan lambat dibayar.
7090511152135818522
Sanak saudara yang sempat menghadiri majlis pengebumian itu kemudian bertindak mengumpul wang untuk membayar semula hutang si mati agar majlis terbabit dapat dijalankan dengan lancar.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing menjadikan kejadian tersebut sebagai iktibar agar sentiasa melunaskan hutang kerana bimbang insiden seperti itu terjadi sekali lagi selain ia agama juga menuntut seseorang agar melunaskan hutang yang sudah dibuat. -CARI
Friska ada kat situ kot.....
Lama tak nmpak dia kat porum.... Nabi pun xnak solatkan jenazah yang masih berhutang
Pages:
[1]