Cintaerina Publish time 27-4-2022 09:15 AM

Selalu Mimpi Bayi Berbulu Hitam, Gadis Dedah Hamil Anak 'Benda Halus'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/164933cvjvvm5jmamh9uvr.pngSumber: Tiktok Tqa




Kita semua tahu bahawa mimpi hanya mainan tidur dan tidak perlu diambil serius. Namun, adakah kita masih boleh berfikiran positif sekiranya terlalu kerap mimpikan perkara aneh-aneh?


Inilah perkara yang terjadi kepada gadis bernama Tqa. Dia tidak menyangka mimpi pelik yang kerap berlaku merupakan petanda dirinya didampingi 'entiti halus'.


Gadis ini juga berkata, dia sering mengalami mimpi menyusukan bayi kecil yang berbulu hitam. Bukan itu sahaja, dia juga berdepan dengan gangguan kitaran haid dengan sakit senggugut teruk. Kadangkala di bahagian perutnya juga kerap terasa pergerakan.


Namun, akhirnya segala persoalan itu akhirnya terjawab apabila dia pergi berubat secara kampung.




7090134173809265947


Tetapi, gadis itu tidak menyangka apabila pengamal perubatan Islam tersebut memberitahu bahawa dia sedang mengandung bayi kepada makhluk halus yang telah lama mendampingi dirinya sejak di bangku sekolah.


Akhirnya, makhluk ghaib itu dapat 'dibuang' dari badannya setelah tiga jam berubat dengan pengamal perubatan itu.


Tqa mengambil kesempatan itu untuk memberi peringatan dan nasihat kepada wanita di luar sana agar sentiasa membaca doa sebelum melakukan apa-apa aktiviti.


Meninjau ke ruangan komen, ternyata begitu ramai netizen yang takut mendengar pengalaman Tqa. Ada juga netizen berkongsikan pengalaman serupa dengan gadis ini. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/164931obzh9fhcc6fsxfhf.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/164931o171o7ennodn8zd7.png

Sumber: Tiktok Tqa







krustykrab Publish time 2-9-2022 07:59 PM

Carolinebb replied at 24-8-2022 03:32 PM
My friend, I am very happy to be a friend please I have something important to discuss with you plea ...

Ok..wasap me 03-26002222
Really excited to be your preng...i also have samtin very the important to diskas with u.

Wasap me ya:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Selalu Mimpi Bayi Berbulu Hitam, Gadis Dedah Hamil Anak 'Benda Halus'


ADVERTISEMENT