Raline Publish time 27-4-2022 05:51 AM

Alunan bagi yang celik hati

Alunan bagi yang celik hati

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/26hm15ha_1650923951.jpg
PROGRAM tadabur al-Quran langkah bijak dan proaktif mengajak masyarakat untuk menghayati isi wahyu Allah.

Al-Quran adalah wahyu Allah SWT untuk dibaca, difahami dan dikaji oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan pegangan idealogi. Pembaca yang terlatih dalam pengajian al-Quran mampu membacanya melalui teks Arab. Bagi yang tidak berkemampuan, sekadar membaca terjemahan sahaja dan tidak dapat menikmati roh dan mukjzat al-Quran sepenuhnya sebagai kalam Allah.

Sekarang ini pelbagai rancangan terutamadalam rancangan TV dan radio menyusun program tadabur al-Quran sebagai langkah bijak dan proaktif mengajak masyarakat untuk menghayati isi wahyu Allah. Siaran rasmi kerajaan RTM TV1 dan TV Hijrah seringkali menyediakan penterjemah bahasa isyaratbagi mempastikan golongan OKU pendengaran dapat mengikutirancangan arus perdana yang disediakan.

Di Malaysia bermacam kemudahan disediakan kepada mereka sepertipendidikan melalui sekolah khas, peluang kerjaya sektor awam, sehinggalah disediakan laluan, parkir dan tandas khas untuk mereka.   Malah ada yang sangat terserlah kecermerlangan mereka dalam bidang profesional seperti perundangan, sukan dan ekonomi. Antaranya ialah Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh seorang tokoh ekonomi dan korporat sampai ke peringkat antarabangsa. Beliau boleh dijadikan ikon OKU ini adalah pemilikInternational University College OfTechnology Twintechdan senator OKU pertama di Malaysia. Cacat penglihatan seperti beliau bukanlah alasan menjadi seseorang itu tidak cemerlang.

Bagi menyantuni OKU, Islam sememangnya memberi keistimewaan dan pengecualian kepada OKU dalam banyak perkara sehingga terakam asbab nuzul al-Quran supaya diberikan keutamaan. Ini menunjukkan Islam tidak menyisihkan golongan OKU seperti cacat penglihatan, tempang dan sakit malah dalam yang perkara besar seperti mempertahan negara mereka dikecualikan seperti disebut al-Quran (al-Fath: 17)

Dalam konteks OKU penglihatan, secara khususnya Quran merakamkan bahawa Allah SWT menegur Rasulullah SAW apabila memberi tumpuan dakwah kepada golongan bangsawan Quraisy sehingga mengenepikan Ibn Makhtum yang buta dengan memalingkan mukanya. Teguran tersebut tercatat dalam surah 'Abasa sebagai pengajaran kepada kita. Rakaman peristiwa ini menunjukkan OKU diberi perhatian dan keistimewaan dalam muamalat walaupun ketika penyampaian dakwah.

Bagi meraikan keperluan golongan OKUcacat penglihatan, satu usaha terkini dengan menerbitkan Mashaf al-Quran Braille Malaysia (MQBM) telahmenjadi kenyataan setelah mendapat perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengertian al-Quran itu sendiri menurut Al-Zarqani ialah bacaan dan tulisan yang berasal daripada perkataan Arab daripada kalimah qiraah yang membawa maksud menghimpunkan huruf dan kata-kata tersusun rapi. Manakala Braille pula sempena nama pengasasnya Louise Braille.

Apabila kita merujuk kepada Quran Braille bermakna menggunakan kod bahasa Arab versi Braille yang mewakili setiap huruf hijaiyyah, tanda baris dan bacaan.

Penerbitan Quran Braille versi Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebernarnya ialah dengan Kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). PERTIS telah menghimpun mereka yang cacat penglihatan tetapi ramai dalam kalangan mereka yang profesional sebagai peguam, guru, pensyarah dan usahawan. Institusi pengajian yang terlibat secara langsung ialah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Usim mempunyai unit tersendiri bagi pembangunan pengajian Braille sebagaimana Jakim mempunyai Unit Braille di bawah Bahagian Penerbitan. QBM adalah satu inovasi terkini dalam penyampaian dan penyebaran kalam Allah SWT secara profesional melalui pendekatan Malaysia dengan mengambil kira bahasa utama negara bukan bahasa Arab sedangkan al-Quran adalah bahasa Arab.

Inovasi ini dapat memenuhi keperluan kira-kira 25,000 orang OKU penglihatan beragama Islam di Malaysia untuk membacanyaselari dengan Mashaf al-QuranRasm Uthmani. Kehadiran MQBM memberi peluang mereka mendampingi dan mengkaji isi kandungan serta pengajaran al-Quran dengan mudah dan terperinci terutamadalam bulan Ramadan ini. Kesukaran berlaku selama inidisebabkan perbezaan penulisanQuran Braille versi lama tidak menepatiRasm Uthmaniyang digunakan sekarang ini.

Contohmya pada penandaan waqaf dan peralihan juzuk. Inilahantara keistimewaan tersendiri berbanding dengan Quran Braille negara-negara lain seperti Indonesia dan Saudi Arabia.

MQBM membantu pembaca mengenal ayat-ayat Allah tanpa batas kepada sesiapa sahaja memerlukannya terutamanya pengguna braille. Ini adalah kerana sacara umumnya ayat (kebesaran) Allah terbahagi kepada dua. Pertamanya ayatmanzurah, iaitu ayat-tanda kekuasaan Allah daripada ciptaan-Nya seluruh alam terdiri kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan cakrawala serta segala macam ciptaan yang boleh dilihat dan disentuh.Orang buta dan cacat penglihatan gagal melihat tanda-tanda kebesaran Allah ini tapi masih menikmati, merasai, bergerak bebaske mana sahaja dan menghayati hidup dengan segala macam kemudahanyang sediakan.Keduanya ialah ayat maqruah, ia ayat al-Quran yang dibaca.

Ayat maqruah ini adalah menjadi hidayah, petunjuk dan panduan kehidupan yang diperlukan oleh setiap insan tanpa mengira apa kedudukan dan apa juga kerjaya. Tanpa suluhan ayat ini maka insan gagal hidup sebagai fitrah insan yang sempurna.

Maka dengan ini MQBMakan memenuhi keperluan golongan cacat penglihatan. Mereka terdiri daripada guru-guru pendidikan khas, universiti yang melatih mahasiswa dalam pendidikan Braille. Semestinya mereka mengalami cacatan kelihatan sama ada buta atau penglihatan terhad akan mendapat manfaat maksima.

OKU penglihatan tersebut secara umumnya: Pertamanya buta, penglihatan kurang 3/60 pada mata yang biasa atau10 peratus sahaja medan penglihatan. Keduanya penglihatan terhad di mana lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan bantuan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.

Golongan ini akan menjadi pengguna utama sebagai sasaran penerbitan MQBM.

Malahan ramai kita dapati penghafaz yang buta menguasai dan menghafaz al-Quran dengan sempurna mengatasi mereka yang celik. Secara tradisinya mereka mempelajari dan menghafaz al-Quran melalui bertalaqqi dengan guru al-Quran. Malah ramai pula yang berjaya menghafaz keseluruhan tiga puluh juzuk al-Quran dengan baik.

Dengan terbitnya MQBM akan memberi kemudahan OKU menikmati hidayah Allah. Orang buta mampu membaca dan menghafaz al-Quran kerana hati mereka celik dan terbuka sebagai tadahan wahyu. Mereka membaca dan menghayati denganbasirah.

Sebaliknyadalam kalangan yang celik ramai gagal membaca dan menghayati al-Quran hanya sekadar melihataksara hitam tanpa memberi apa-apa makna pada minda dan hati mereka.Hati mereka masih tertutup pada hidayah walaupun mata mereka terbuka luas, sungguhpun minda mereka penuh dengan segala macam informasi.

Begitu juga bangsa Arab sememangnya memahami bahasa al-Qurantetapi ramai yang mengabaikan dan tidak beriman dengan al-Quran kerana mata hati mereka terkunci sungguhpun mata mereka terbuka luas. Tanpa mengira siapa pembaca al-Quran sama ada yang butaatau celik, Rasulullah SAW memberi peringatan bahawa bacaan yang dikehendaki ialah sampai ke hati, bukan hanya terhenti sampai ke halkum! (Riwayat Bukhari dan Muslim). Bacaan yang sia-siatidak mendatangkan pahala,tanpa sentuhan kesedaran dan keinsafan kepada pembacanya.   

Penulis Pengarah Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/2022/04/835979/alunan-bagi-yang-celik-hati

Pages: [1]
View full version: Alunan bagi yang celik hati


ADVERTISEMENT