boca120879 Publish time 27-4-2022 02:29 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Bid'ah (Lawan kepada Sunnah)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Ja'far Muhammad bin Shabah & Abdullah bin 'Aun Al Hilali, diceritakan oleh Ibrahim bin Sa'd bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf, diceritakan oleh ayahnya (Sa'd bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf), daripada Al Qasim bin Muhammad, daripada 'Aisyah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami,
padahal kami tidak perintahkan, maka hal itu tertolak (sia-sia)."
(Hadith Muslim no. 3242)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 25-8-2022 09:51 AM

Edited by boca120879 at 25-8-2022 01:55 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Utbah bin 'Abdullah, diceritakan oleh Ibnul Mubarak, daripada Sufyan, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya (Muhammad), daripada Jabir bin 'Abdullah,
"Apabila Rasulullah s.a.w. berkhutbah, maka Rasulullah s.a.w. memuji dan menyanjung Allah dengan hal-hal yang menjadi hak-Nya.
Kemudian (Rasulullah s.a.w.) bersabda,"Barangsiapa telah diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang boleh menyesatkannya.
Barangsiapa telah disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang boleh memberi petunjuk kepadanya.
Sebenar-benar perkataan adalah kitabullah (Al Qur'an).
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w.
Dan seburuk-buruk perkara adalah hal-hal (agama) yang baru.Setiap hal (agama) yang baru adalah bid'ah. Dan setiap bid'ah adalah sesat.Dan setiap kesesatan di dalam neraka.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Ketika aku diutus, jarak antara aku dan hari Kiamat seperti jarak dua jari ini."
Apabila Rasulullah s.a.w. menyebutkan hari Kiamat,maka kedua-dua pipinya kemerahan, suaranya meninggi, dan sifat marahnya bertambah, seolah-olah Rasulullah s.a.w. memperingatkan pasukan tentera.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hati-hati pada pagi kalian dan petangnya.
Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu buat keluarganya.
Dan barangsiapa meninggalkan hutang atau sesuatu yang hilang,maka itu tanggunganku.
Aku adalah wali bagi orang-orang yang beriman."
(Hadith Nasa'i no. 1560)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 6-10-2022 11:17 AM

Edited by boca120879 at 6-10-2022 03:22 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Sa'id bin Abi Maryam, diceritakan oleh Muhammad bin Mutharrif, diceritakan oleh Abu Hazim, daripada Sahal bin Sa'd, Nabi s.a.w bersabda,
"Akulah orang pertama yang pergi ke telaga.Siapa yang menuju ke telagaku,akan meminumnya.Dan siapa yang meminumnya,tidak akan haus selama-lamanya.
Sesungguhnya, akan ada beberapa orang yang bertemu denganku dan aku mengenalinya.Dan mereka juga mengenaliku.Kemudian antara aku dan mereka, dihalangi."
Abu Hazim menambah,Nabi s.a.w. berkata,"Mereka adalah golonganku!"
Tetapi dijawab,"Sesungguhnya, engkau (Nabi s.a.w.) tidak tahu apa yang mereka lakukan setelahmu (wafat)!"
Maka Nabi s.a.w. berkata,"Jauhlah! Jauhlah!Bagi orang yang mengubah (agama) setelahku (wafat)."
Diceritakan oleh Ahmad bin Syabib bin Sa'id Al Habathi, diceritakan oleh ayahnya (Syabib bin Sa'id Al Habathi), daripada Yunus, daripada Ibnu Syihab, daripada Sa'id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah,Nabi s.a.w bersabda,
"Pada hari kiamat, beberapa orang sahabatku bertemu denganku.Kemudian mereka disingkirkan dari telaga.
Maka aku katakan,"Ya Tuhanku, (mereka) sahabatku!"
Allah menjawab,"Kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang mereka kerjakan setelahmu (wafat).
Mereka berpatah balik ke belakang, dengan melakukan murtad, bid'ah dan dosa besar."
(Hadith Bukhari no. 6097)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

ussopp Publish time 15-10-2022 10:11 AM

satu perkara yang sy baru jumpa baru baru ini yang menjadikan bagi sy terang dan jelas dalam bab bidaah ialah......


sy talaqii biografi imam imam muktabar dan kisah hidup mereka...

yg sy dapati ialah ketika zaman hidup mereka,

mereka berlawan hujjah dengan ahli bidaah....seolaholah benar yg nabi sebut 73 golongan, hanya satu ja yg betul....72 lagi bermasalah.....


dan bila sy tengok ciri ciri golongan yg diperangi ulamak muktabar.......
jika sy boleh kaitkan persamaan2 tersebut kepada zaman sekarang....sy terkejut......

sy terkejut kerana musuh musuh imam muktabar di zaman mereka sebijik macam golongan2 yg memusuhi wahabi pada zaman sekrang....


dan pihak wahabi seolah2 di pihak imam imam muktabar tersebut pd zaman sekarang yg suruh kembali pada pemahaman yg benar.....


saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak......


tapi nampaknya memang begitu.

boca120879 Publish time 19-10-2022 02:31 AM

ussopp replied at 15-10-2022 02:11 AM
satu perkara yang sy baru jumpa baru baru ini yang menjadikan bagi sy terang dan jelas dalam bab bid ...
Semoga Allah meletakkan kita
dalam golongan yang selamat,
di dunia, di akhirat
& di alam kubur.

Insha Allah.


Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Bid'ah (Lawan kepada Sunnah)


ADVERTISEMENT