Agent13k Publish time 26-4-2022 04:49 PM

"Perlahannya Dia Bergerak," Netizen Perli Cara Anggota Polis Wanita Berlatih

Untuk menjadi anggota polis, individu itu perlu menjalani pelbagai latihan kecergasan untuk melihat jika individu itu ada kebolehan dan kekuatan untuk menjadi seorang anggota polis.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/150328td8z8ob0oom0vvmk.pngkredit foto: Twitter



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di media sosial Twitter yang memaparkan seorang anggota polis wanita yang sedang melalui latihan yang melibatkan tembakan dan pergerakan di sekitar kawasan latihan itu.

https://twitter.com/piqalee/status/1518230668882636800?s=20&t=jgonpzo7BZuPxxcMOVVoLw

Difahamkan, ramai netizen memberi kritikan kepada wanita itu kerana dia bergerak agak perlahan dari awal hingga tamat video itu. Tambahan pula, ramai yang mempertikai prosedur untuk menyertai latihan polis, ramai yang tahu bahawa kecergasan fizikal pastinya penting sepanjang tempoh latihan itu.

https://twitter.com/AzamLambert/status/1518456448640258049?s=20&t=jgonpzo7BZuPxxcMOVVoLw

Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji wanita itu kerana cara tembakanya yang tepat walaupun pergerakannya perlahan dan wanita itu nampak fokus dengan latihannya. Malahan, ada yang mengatakan wanita itu ada sejarah dengan masalah lutut dan orang ramai perlu mengambil kira tentang kecederaan itu. -CARI

Normabaru Publish time 26-4-2022 05:47 PM

Semua nk masukkan dlm TikTok..
Xnk tunjuk bontot jgn up laaa..ni beriya nk up tp risau nmpk bontot..
Patut jho low xlps2 nk tgkp
Masa ujian siap ada byk tips..apooo

annehuda Publish time 26-4-2022 06:15 PM

Aku paling benci menembak .sbb aku tak berapa kuat nak tahan recoil. Tapi latihan lain mcm merangkak berlari dlm tayar (by the way acik tu mengelat mane bleh berlari dlm tayar selang seli camtu) tu aku laju je hahaha

anony-mous Publish time 26-4-2022 08:22 PM

Puasa kot. Sbb tu lembik.

makita Publish time 26-4-2022 08:29 PM

Acik ni nak bwk bdn pon mcm tak larat. Dah mcm dlm filem adengan slow motion je

Paparazio Publish time 27-4-2022 08:11 AM

slow macam watak sloth dalam zootopia

che-cikL Publish time 27-4-2022 03:18 PM

Laju lagi Abby Abadi

saviour_09 Publish time 27-4-2022 03:21 PM

alahai :lol:

lemah gemalai ya

ctaz Publish time 27-4-2022 04:11 PM

slow2 pun tembak tepat tu....
mungkin dia dah beranak pinak...
tu yg jadi auto slow kot
Pages: [1]
View full version: "Perlahannya Dia Bergerak," Netizen Perli Cara Anggota Polis Wanita Berlatih


ADVERTISEMENT