YgBenar Publish time 26-4-2022 04:23 PM

Erti kehilangan.Uncle order 8 hidangan semeja tapi makan sorang sorang.kesian

Edited by YgBenar at 26-4-2022 04:44 PM

https://www.facebook.com/228732120822705/posts/1650530015309568/

Aku
family lepak mapley mlm td. Agak lambat jgak lah dlm 10.30 mcm tu. Baru habis soping barang/buku sekolah budaks. Dah singgah kedai faveret tp ada plak yg tak setuju kedai tu, lalu kami cari kedai lain. Sampai oder mknan, tgh² tggu terlihat lah uncle ni susun² pinggan, air, kerusi mcm tgh prepare hidangan mknan. Masa tu tak pikir apa pun... Lama² mcm pelik gak habis dia susun teratur n tertib even kerusi pun ikut line, bekali² dia betulkan pinggan mcm org ada OCD tu. Perfect!

Mknan kita org sampai, tp uncle ni masih sorang, aku dah mula pikir mana kwn² dia or staff² dia maybe, carik location kot. Kita org start makan. Aku sign wife aku pasal uncle ni. Wife aku dah perasan dari tadi. Bukan kami je. Org sekeliling dah mula jeling² bekerut dahi. Aku dah syak sesuatu sgt uncle nih. Dia prepare 8 hidangan 8 air (semua teh ais). Aku tanya mapley, sebab dah mula kompius nih. Aney tu ckp dia memang mcm tu. Mkn oder utk 8 org siap hidang mcm tu susun atur elok². Aney tu ckp dia mkn dgn family dia. Tp kami tak tahu family dia ada lagi atau takde (mati or masih hidup) time ni wife aku dah start nangis tgok uncle tu. Anak2 aku pun sedih dah. Uncle tu makan dia punya portion sambil ckp² dgn kerusi sebelah yg 'kosong' tu. Aku dah sebak dah tgok reaction uncle ni. Lepas tu dia makan hidangan 'org sebelah dia'. Wife aku dah start kena pujuk dgn anak aku. Drama betul mlm nih.

Ada akak ni lalu blkg n terlanggar kerusi kosong tu. Uncle ni bangun betul kan kerusi tuh. Takdelah muka marah ke apa ke. Tenang je. Sambung makan.

Aney tu ckp uncle ni dtg 2-3 kali seminggu. Oder portion yg sama tp hidangan lain². Dia hidang proper n teratur mcm yg kami nampak nih. Tp dia bayar full. Aney tu tapau kalau mkanan tu tak habis. Uncle tu siap ingatkn aney nih kalau dia termiss even 1 air. Dia bayar full.

Uncle ni wire shot? Aku tak rasa dia mcm tu. Elok je baju dia, pakai mask, bayar makanan dia, susun kemas meja elok². Kita tak tahu sejarah apa yg dia dah tempuh selama nih.




orangbiasaje Publish time 26-4-2022 08:39 PM

Allahu...terasa hiba lak baca. Kekdg, dlm sibuk2 meriah nak raya, terasa yang ramai juga kehilangan diwaktu sama.

sambaldurian Publish time 26-4-2022 10:05 PM

janji org tu bayar pki duit sendiri, x merugikan mamak tu. ni ala2 kepercayaan ko buat mknn sedap2 pastu hidang kt tokong/ depan gambar si mati.

lumie Publish time 26-4-2022 10:11 PM

Damn. Sedihnyaaa

doubleharmonic Publish time 26-4-2022 10:40 PM

Dia prepare 8 hidangan 8 air (semua teh ais).

ye ke teh ais? tengok kaler coklat gelap macam teh o ais jah? lain yachh harga teh ais dengan teh o ais? ko nak order tu order betul2 kang sendiri yang meroyan kena bayar lebih. eh?

Weller Publish time 26-4-2022 11:22 PM

bukan dulu dah ada yang share story ni kat sini ke tahun lepas?

Lagubestbest Publish time 27-4-2022 04:00 AM

tak bagitau mapley mana?

SedihPedih Publish time 27-4-2022 07:55 AM

kesian uncle, maybe he is dealing dgn suatu kesedihan...

anyway uncle, semoga dipermudahkan semua...

dua_chzy Publish time 27-4-2022 04:06 PM

Makan dengan djinns pendamping kiri kanan ya dek?

sayawifenikmie Publish time 27-4-2022 05:42 PM

dua_chzy replied at 27-4-2022 04:06 PM
Makan dengan djinns pendamping kiri kanan ya dek?



... ko ni memang tak ada hati perut ekkk ???

hahaha ...kak lid ia ia nangis baca ... tiba kat komen awak terus tergelak ...

jazaa100 Publish time 27-4-2022 09:50 PM

Edited by jazaa100 at 27-4-2022 09:51 PM

Mcm dlm iklan raya.....
Mcik tu tetiap hari hantar makanan kat suami dia kat klinik kesihatan pdhal suami dia dah meninggal.....
Suami dia drebar ambulan....
@dodolgemok mesti kenal

Ingatkn cerita rekaan, rupanya kisah benar....
Rindu pd org yg dah tak de mcm ni lah.....:'(

dua_chzy Publish time 27-4-2022 10:20 PM

sayawifenikmie replied at 27-4-2022 09:42 AM
... ko ni memang tak ada hati perut ekkk ???

hahaha ...kak lid ia ia nangis baca ... tiba kat k ...

Bukan tadak hati peyut kak Lid, tapi tak mudah husnuzon. :lol:

sayawifenikmie Publish time 28-4-2022 12:06 AM

dua_chzy replied at 27-4-2022 10:20 PM
Bukan tadak hati peyut kak Lid, tapi tak mudah husnuzon.

... tapi itu lah ..
takkan 8 ahli keluarga semua dah tak ada?

apapun, jika kisah ini benar, semoga Allah sembuhkan hati beliyau.

Nota: semoga Allah juga sembuhkan hati saya ....

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:17 PM

hanya uncle tu je tau kisah sebenar...org kedai ni pun selidik tak abis..cepat la buat part 2.. nak jugak tau disebalik kisahnya

Cekla Publish time 30-4-2022 09:50 PM

Bila org yg kita sayang dah takde, tiap2 kali makan makanan faveret dia mesti teringat
Pages: [1]
View full version: Erti kehilangan.Uncle order 8 hidangan semeja tapi makan sorang sorang.kesian


ADVERTISEMENT