Cintaerina Publish time 26-4-2022 04:18 PM

"Terjerit-jerit Macam Orang Hilang Pedoman, Lebih Teruk Menari Dengan Bapok," – Ridhuan Tee Kecam Lagu Raya Baharu Tak Sedap

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/143314mpeakob2b12fsefe.pngSumber: Google Image




Baru-baru ini Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee iaitu penceramah bebas telah meluahkan rasa kecewanya dengan kemunculan lagu-lagu raya baharu yang tidak sesuai untuk didendangkan pada bulan Syawal.


Menerusi interview bersama MStar, Ridhuan Tee mengatakan perubahan genre dalam lagu-lagu raya pada zaman ini banyak mempengaruhi budaya dari barat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/26/143418ou5si5zwb4bnb855.jpgSumber: Google Image




Tambah Ridhuan, lagu-lagu raya zaman kini kebanyakannya sudah hilang orginality dan jati diri kerana banyak elemen terjerit-jerit dan terkinja-kinja tidak ubah seperti orang yang 'hilang pedoman'.


Ridhuan mengatakan lagu-lagu nyanyian penyanyi legend seperti M Nasir dan Tan Sri P. Ramlee yang sepatutnya dijadikan contoh penyanyi masa kini kerana sehingga kini lagu nyanyian mereka masih menyentuh perasaan pendengar ketika bulan Syawal.


Oleh itu, Ridhuan meminta penyanyi zaman kini untuk meneliti dan mengkaji dahulu genre lagu yang bersesuaian dengan tema hari raya supaya semangat raya boleh dirasai seperti zaman dahulu. -CARI
Pages: [1]
View full version: "Terjerit-jerit Macam Orang Hilang Pedoman, Lebih Teruk Menari Dengan Bapok," – Ridhuan Tee Kecam Lagu Raya Baharu Tak Sedap


ADVERTISEMENT