Burong_Hantuk Publish time 26-4-2022 03:01 PM

Bekas pelajar Henry Gurney kini bergelar peniaga berjaya

Kuala Lumpur: Pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney atas kesalahan lampaunya namun ia tidak menjadi penghalang buat seorang bekas pelajarnya untuk mengorak langkah menjadi peniaga berjaya.

Malah ia menjadi iltizam kuat sempena Ramadan untuk mencipta kejayaan biarpun bermula sebagai peniaga burger secara kecil-kecilan.

Bagi Mohamad Hafizul Tani, 20-an, peluang diberikan badan bukan kerajaan, Club House BG9 yang menyediakan peluang untuk menjalankan aktiviti dan bimbingan perniagaan akan digunakan sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, biarpun berstatus bekas banduan, masih ada yang sudi memberikan bimbingan perniagaan dan kaunseling. Insya-Allah, dengan bimbingan rakan-rakan lain, saya harap akan terus berjaya.


"Syukur kini saya mempunyai lima gerai air serta sebuah gerai burger hasil daripada manfaat bantuan yang diperolehi hasil usaha Club House BG9," katanya.

Sementara itu, Presiden Club House BG9 Aqlan Ali berkata, kelab berkenaan ditubuhkan untuk menghimpunkan golongan muda yang pernah terbabit kesalahan jenayah dan kembali ke pangkal jalan.

Katanya, ia juga bertujuan memberi peluang kepada mereka menerima pendedahan dan pendidikan sosial.

"Program yang menyatupadukan usaha anak muda dilaksanakan antaranya program Semangat Raya Keluarga Malaysia ini.

"Insya Allah jika mendapat sambutan yang baik kita akan teruskan. Semoga semangat ini tidak terhenti setakat ini, mungkin kita akan hebatkan ke seluruh negara," katanya yang berjaya menghimpunkan 500 belia pelbagai latar belakang untuk diberi bimbingan.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2022-04-26_10-25-50_1650946346.jpg

saviour_09 Publish time 26-4-2022 04:11 PM

ok la tu sis

cari rejeki halal

jangan ko pegi bunuh anak dara org pulak

felinecat Publish time 28-4-2022 09:23 AM

Jgn buat group alumni lepas tu buat group gengster sudah le

doubleharmonic Publish time 28-4-2022 11:01 PM

boleh caya ke ni? tengok muka heshe macam tak boleh caya jah walaupon gegeh bersongkok bagai nak tunjuk dah berhijrah sangat lettew?

doubleharmonic Publish time 28-4-2022 11:08 PM

lepas tu dah kenapa ko letak nama2 hantu pulak kat air minuman ni hah noreen? memang target market untuk budak2 sekolah ko tu kerr yang berperangai hanat persis hantu2 ittew?

https://images.deliveryhero.io/image/fd-my/LH/d9ur-hero.jpg

SonicSiLandak Publish time 29-4-2022 12:04 AM

doubleharmonic replied at 28-4-2022 11:08 PM
lepas tu dah kenapa ko letak nama2 hantu pulak kat air minuman ni hah noreen? memang target market u ...

noreen betul... {:1_563:}
Pages: [1]
View full version: Bekas pelajar Henry Gurney kini bergelar peniaga berjaya


ADVERTISEMENT