Agent13k Publish time 25-4-2022 10:10 AM

Tinjauan Mengatakan Majoriti Pelajar Merasakan PdPR Tidak Berkesan

Baru-baru ini ada satu tinjauan oleh Majlis Perundingan Kanak-Kanak (CCC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada tahun lalu tentang keberkesanan PdPR, mereka mendapati bahawa kira-kira 76.7% pelajar pilih untuk menyertai kelas fizikal berbanding menyertai kelas atas talian.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/22/174755f4jtjtbbus9bssjs.pngKredit foto: BHarian



Petikan dari Malaymail, tinjauan itu diedarkan melalui Google Docs, Whatsapp dan E-mel, lebih dari 7,000 responden terlibat dalam tinjauan itu. Majoriti responden berumur 11 tahun dan berasal dari Pahang dan 75.9% responden adalah pelajar sekolah awam. Tambahan pula, mereka mendapati seramai 56.1% pelajar merasakan PdPR itu tidak berkesan, 44.7% berkata input pengajaran mereka atas talian lebih rendah daripada belajar secara fizikal.

https://twitter.com/hmetromy/status/1516722357041496066?s=20&t=QmblsKO2Pb0sRQ_FbF4ZdQ

Difahamkan, 57.3% murid sekolah menghadapi kesukaran untuk mencari internet, manakala 20.5% pelajar menghadapi masalah internet sepanjang masa PdPR. Walaupun begitu, masalah kekurangan gajet bukan menjadi punca utama kesukaran belajar dalam atas talian kerana hanya 27.4% yang mempunyai masalah kekurangan gajet.

czaYv-Umfa8

Di samping itu, tinjauan itu juga menunjukkan isu mental iaitu 31.8% kanak-kanak berkata tiada perubahan mengenainya kepada mereka, 31.4% mengatakan mereka tidak suka belajar dari rumah, manakala 31.2% kanak-kanak berkata mereka lebih selesa belajar di rumah dan hanya 5.6% kanak-kanak melaporkan mereka mengalami masalah mental semasa PdPR berlangsung.

Natijahnya, tinjauan ini memberikan indikasi bahawa majoriti berpendapat PdPR tidak begitu berkesan dan ramai menghadapi kesukaran dengan sambungan internet, perkara ini juga bukan sahaja boleh berlaku kepada pelajar sekolah sahaja, malah pelajar Universiti ataupun kolej mungkin merasai perkara yang sama. -CARI

elzy Publish time 25-4-2022 02:36 PM

Saya pun rasa langsung tak berkesan..
Pages: [1]
View full version: Tinjauan Mengatakan Majoriti Pelajar Merasakan PdPR Tidak Berkesan


ADVERTISEMENT