tatod Publish time 22-4-2022 01:17 PM

Alha Alfa Cemas Wanita Datang Outlet Mengaku Isteri Pertama, Terpaksa Panggil Polis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/22/121236v204xgze2xyfnggn.png


Usahawan kosmetik popular, Datuk Alha Alfa berdepan detik cemas apabila seorang wanita yang tidak dikenalinya tiba-tiba datang dan mengaku sebagai isteri pertamanya.


Malahan, wanita berkenaan sanggup menunggunya selama berjam-jam di hadapan outlet untuk pulang bersama-sama.


Alha yang juga seorang jurusolek terkenal berkongsi cerita tersebut menerusi hantaran di Instagram mengatakan individu terbabit juga mengetahui pelbagai perkara mengenai dirinya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/22/121353u2dn2np2md2npmdc.jpg

"Dia mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh dan beberapa perkara lain seolah-olah dia kenal rapat sedangkan saya sama sekali tidak mengenalinya.


"Katanya saya dukung dan peluk dia ke bilik. Dan lain-lain yang orang lain boleh salah anggap sebab luarannya dia kelihatan normal.


"Berjam-jam dia duduk di outlet saya, tak nak keluar kalau saya tak datang. Dia juga tinggalkan beg dan barang-barangnya meminta saya hantar ke rumah 'kami' kononnya kami duduk serumah," tulisnya.


Dia juga berharap pelanggan yang berada di lokasi tersebut semasa kejadian tidak termakan dengan kata-kata wanita misteri itu.





https://www.instagram.com/p/CaKJTtvLCmc/?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Disebabkan timbulnya kekecohan terbabit, Alha turut memohon maaf kepada pelanggan yang mungkin tidak selesa ketika membeli di kedai kosmetiknya disebabkan situasi berkenaan.


Usahawan itu juga berpesan agar mengambil berat terhadap anggota keluarga yang berhadapan dengan masalah.


"Sejujurnya, jauh di sudut hati saya sedih dan sayu. Mungkin sakit. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dihadapi kakak ni. Saya berharap kita semua dapat melindung ahli keluarga yang tidak sihat.


"Amat berbahaya dari Perak ke Putrajaya naik kereta api seorang diri semata-mata mahu berjumpa saya tetapi saya sibuk pada hari berkenaan. Saya minta maaf," katanya.


https://www.instagram.com/p/CcmqKjprJPz/?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Dia menjelaskan hantaran yang dibuat itu bukanlah bertujuan untuk membuka aib sesiapa tetapi sebagai pesanan kepada diri sendiri agar sentiasa mengambil tahu keadaan anggota keluarga yang tidak sihat.


Terdahulu, Alha pernah mendirikan rumah tangga bersama Azlin pada September 2019. Bagaimanapun mereka berpisah selepas hampir enam bulan bersama. -CARI






babelina Publish time 22-4-2022 02:17 PM

tkejut aku tgk kt ig dia.. dasyat btl penangan dato alha nie.. hehehe..
agk2 ex wife dia rasa rugi x cerai..

TerataiMelur02 Publish time 22-4-2022 02:32 PM

Kat sini lain betul muka heols.. Bibir tu macam bengkak


hareeeesah Publish time 22-4-2022 02:54 PM

ingat org sibuk renovate rumah je.. dia dok renovate muka x sudah.. lepas cerai lagi galak ek

missyL Publish time 22-4-2022 03:06 PM

hareeeesah: ingat org sibuk renovate rumah ...

Lol
Dah mekap2 pn nk alter lagi
Xphm
Lelaki lak tu

bulanbulat Publish time 22-4-2022 03:13 PM

TerataiMelur02 replied at 22-4-2022 02:32 PM
Kat sini lain betul muka heols.. Bibir tu macam bengkak

Beza dengan gambar

Normabaru Publish time 22-4-2022 03:15 PM

Marketing propa pun reti panggil polis..GBLajak smpi bleluasa seketui ummah xreti panggil polis

How irony

chocobozhere Publish time 22-4-2022 03:23 PM

Geli lah. Lainlah kalau fattah amin

carlalily Publish time 22-4-2022 04:29 PM

Kulit dia merah cing cing gitu ala2 makcik yg jual kt paso siti khadijah dah

Lagubestbest Publish time 22-4-2022 04:44 PM

ntah2 content.. org skrg asal dibayar onz je.

Itzy Publish time 22-4-2022 05:05 PM

babelina replied at 22-4-2022 02:17 PM
tkejut aku tgk kt ig dia.. dasyat btl penangan dato alha nie.. hehehe..
agk2 ex wife dia rasa rugi x ...

xde nya nak rugi hilang laki lembut. Kalau lg lama lg stress, cam bini tok alip syukri. Luar hepi dalaman makan hati dengan sikap suami yg x normal.

mienah90 Publish time 22-4-2022 09:22 PM

Yeke makan hati..tgok bini alip tu sama naik dramanya ngan mak si alip sekali... Lagu kelepak kelepuk pon dia nyanyi jugak ngan lakinya tu

ninnamina Publish time 22-4-2022 10:06 PM

dah lain muka

jihyomelly Publish time 23-4-2022 06:32 AM

ninnamina replied at 22-4-2022 10:06 PM
dah lain muka

ha ah kan.. muka lain bibir bengkak.. skarang memang trend bibir bawah mungil bengkak ke? byk retis2 cucuk bibir sampai huduh..

melinda_kerr Publish time 23-4-2022 07:17 AM

Buruknya bila terlebih alter. Hairan lelaki yg nk buat bibir tebal ni. Klau perempuan logikla juga

lanse Publish time 23-4-2022 07:40 AM

Lainnya muka dia.

EvieWanKenobi Publish time 23-4-2022 09:30 AM

lain sungguh muka dia dalam gambar pakai suit orange tu.. bukan makin elok pun..;P

cahaya_almas Publish time 23-4-2022 09:50 AM

Sblm ni dia dh hsome dah..tknperlu kot nak repair muka...

rayna_raynes Publish time 23-4-2022 10:25 AM

Marketing strategy ke ni?

anony-mous Publish time 23-4-2022 10:39 AM

TerataiMelur02 replied at 22-4-2022 02:32 PM
Kat sini lain betul muka heols.. Bibir tu macam bengkak

Lain betul dgn ig heols :funk: agknya kalau prempuan tu tgk yg ni terus xmau
Pages: [1] 2
View full version: Alha Alfa Cemas Wanita Datang Outlet Mengaku Isteri Pertama, Terpaksa Panggil Polis


ADVERTISEMENT