tatod Publish time 21-4-2022 10:03 AM

Guna Duit Biasiswa Beli Peti Ais, Pelajar Kolej Kena Scam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/21/091504psakyysadxdksyyd.png

Mungkin seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam setiap urusan jual beli yang dilakukannya bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa penipuan. Namun, adakalanya perkara ini sukar untuk dijangka dan akhirnya tetap masuk ke perangkap 'scammer' yang selalu menukar taktik penipuan hingga menyukarkan orang ramai dapat menghidu tembelang sebenar mereka.


Di Twitter, Mukhrahza mendedahkan dia telah menjadi mangsa penipuan apabila membuat pembelian peti sejuk menerusi Whatsapp. Jejaka itu mengakui, dia adalah individu yang mudah percaya apabila kredibilitisesebuah produk mahu pun 'seller' disokong dengan maklum balas pembeli.


https://twitter.com/mukhrahza/status/1516708000982921216


Mukhrahza yang juga seorang mahasiswa di sebuah kolej membuat keputusan untuk menceritakan kisah itu di media sosial agar orang ramai dapat menjadikan perkara itu sebagai iktibar sekali gus mengelakkan individu lain turut menjadi mangsa sama seperti dirinya.


"Dia yakinkan aku gila-gila. Aku jenis percaya fast response ni. Sebelum ini tak pernah kena macam ni. Aku urgent nak pakai peti ais sebab nak simpan susu apa semua. Aku cuma student yang duduk bilik sewa sorang-sorang.


"Aku beli peti ais harga RM310. Aku tanya ada cas tambahan tak, dia kata cuma RM310 tu je total. Memang kaw-kaw. Ini kali pertama kena tapi aku teruk gila sebab ini duit biasiswa aku. Aku perlukan peti ais cepat sebab aku jenis suka memasak," tulisnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/21/095114dwtaa4grgr6xxha9.jpg



Berdasarkan gambar tangkap layar perbualan pemuda dan 'penjual' terbabit, Mukhrahza tiba-tiba diminta untuk melakukan bayaran tambahan sebanyak RM250 untuk bayaran sanitasi pakej yang dibeli sebelum dihantar kepada pelanggan.


Namun, tidak dapat dipastikan status sebenar bayaran tambahan tersebut kerana 'penjual' memaklumkan wang berkenaan akan dipulangkan semula kepada Mukhrahza ketika barang yang dibeli dihantar kepadanya.


Bagaimanapun, 'penjual' tersebut sekali lagi meminta Mukhrahza untuk melunaskan bayaran tambahan RM400 untuk penghantaran. Dia kemudian mulai menyedari dirinya sudah termasuk dalam perangkap 'scammer'. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/21/095008fajwqe9d99jwjveu.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/21/095027jwwvlwwyjjpe9vw2.jpg









musangbodoh Publish time 21-4-2022 10:18 AM

you scam me
stupid me

jejaka ituis stupid:)

kucingitam Publish time 21-4-2022 10:23 AM

sian dia...terpaksa mengaku diri stupid..tapi tgk iklan tu mcm legit iklan dlm shopee/lazada...

prettyuglybabe Publish time 21-4-2022 10:57 AM

sendiri yang tak bijak..
banyak kali dah kat twidder tu expose taktik scammer..
siap warning jangan percaya ad fb, ig, whatsapp segala tu..
pun boleh tak alert..
even shopee lazada pun semua warning..
nak berurusan, only guna platform tu saja..
jangan sesekali buat urusan luar dari platform..
walaupun seller shopee lazada tu request ke apa..
dah jadi macam ni, kau sendiri rugi..

annehuda Publish time 21-4-2022 11:05 AM

Aku perlukan peti ais cepat sebab aku jenis suka memasak," tulisnya.

dik kalau ko cakap ko nak peti ais sebab nak masak jimat duit biasiswa akak bleh terima dik, tapi kalau ko minat masak akak rasa mcm takleh nak terima plak. byk plak masa ko nak masak-masak dik.

kakigebang Publish time 21-4-2022 12:04 PM

kesian la ko dik.. lenkali beli je dr shopee/ lazada.. JGN beli ikut wasap, byk gak iklan dlm shopeelazada tu scsmmer, JGN beli luar platform

Perawankota Publish time 21-4-2022 12:40 PM

Knp tak beli direct? At least Apa2 blh refer balik..

nuril86 Publish time 21-4-2022 03:21 PM

x pasal2 lebur duit... shopee kan ade...

hasniey Publish time 21-4-2022 10:26 PM

Iklan lazada pehal ko xbeli dr lazada terus dik
Penat2 mak abah hntr belajo jauh2,beli peti ais pon kena scam

shy79 Publish time 22-4-2022 07:20 AM

ni la taktik scammer, dah bayar harga brg nanti ada lagi kena bayar yg lain2..
dari situ patut ko dah alert dik hmmm

makton Publish time 22-4-2022 07:58 AM

ayat last stupid me tu mmg penutup chat yg win sgt.

whimsicalmusic Publish time 22-4-2022 09:33 AM

Kesian dia..tp yes jgn la beli direct ngn seller ni unless brg murah btol..n compare dulu harga tu make sense x..ni pn hisense, no sense la hahaha..atleast kalo ko beli kt lazada or shopee ko blh mntk refund, diorg blh siasat..ni mmg burn la

copy_paste Publish time 22-4-2022 10:20 AM

adik ni belajar kat sekolah mana,siap ada biasiswa,
beli luar app mmg la kena tipu sbb xde perlindungan,

Prickford Publish time 22-4-2022 10:29 AM

Pesanan iolls kalau nak beli barang online, beli dekat platform yg dah berdaftar, macam Shopee, Lazada. Apa2 senang nak trace, policy return/refund pon ada. Jangan sesekali transfer duit buta2 sendiri. Tengok conversation pon melalui Whatsapp, bukan platform online shopping.

kechikchomel Publish time 22-4-2022 04:53 PM

prettyuglybabe replied at 21-4-2022 10:57 AM
sendiri yang tak bijak..
banyak kali dah kat twidder tu expose taktik scammer..
siap warning jangan...

iolss dulu pernah tau. beli something kat shopee. pastu seller tu bagitau separuh bayar kat shopee, separuh kena transfer ke acc dia. memula tu iolss ghisauu jugak. tapi baca review sume ok. cumanya tak banyak la 'sold' dia. iolss proceed je.
seb baik iolss tak kena scam. dah la benda alah tu utk kawan iolss.

anony-mous Publish time 23-4-2022 10:32 AM

Pelik dah masuk uni, phone 24jam ada internet, pon masih kena scam mcm ni

che-cikL Publish time 23-4-2022 10:59 AM

Walaupun pedih, memang setuju pasal "stupid me" tu.

honeybee1802 Publish time 24-4-2022 04:35 AM

Nama kt account tu mcm vangla or rohingya ja....iols tatai penipuagini boleh report polisi idak...
Iols penah sekali beli ikut fb..tp rm50 je...bdk tu konon nak tolak kain batik dia coz baru bersalin haper...cit...penipu..tak hantaq...

depresio Publish time 25-4-2022 01:01 AM

Iklan kat shopee/lazada tapi pi beli kot whatsapp hurmm

Mary_jane Publish time 25-4-2022 07:19 AM

Dah lah duit takde, kena scam plak. Hujung2 mengaku stupid me. Pedih betul.
Pages: [1] 2
View full version: Guna Duit Biasiswa Beli Peti Ais, Pelajar Kolej Kena Scam


ADVERTISEMENT