♣♣۩۩ LUBUK KREDIT : PANTUN DUA KERAT V17 ۩۩♣♣
Edited by sfhzuraz at 21-4-2022 12:41 AMjom sambung disini
~ boleh berpantun 4 post tanpa quote dari sesiapa (pantun sendirian)post ke 5 tidak akan dirate.
~ kalau yg reply pantun dibenarkan5 post
~ boleh gunakan bahasa campur2 asalkan tidak melampau
~ setiap pantun akan menerima 5 kredit
~ tidak dibenarkan berborak disini
Assalamualaikum dan selamat pagi
Belum ada sesiapa berpantun lagi Pantun adalahpuisi yang ada rima
Seloka, syair dan gurindam pun sama Pantun melayu amat berseni
Menyampai maksud dulu dan kini Alam sekeliling sumber inspirasi
Pantun perlu ada pembayang dan isi Mendung pula pagi ini,
Setelah hujan malam tadi... Sejuk nyaman suasana,
Kekallah cuaca sentiasa... Banyak pula urusan audit,
Pulun hingga akhir minit... Ada meeting pula,
Buka dengar sahaja... Renyai hujan masih didengari
Hujan turun sudah setiap hari Ku terlupa mengangkat kain cucian
Yang semalam ku jemur di ampaian Salah dan kealpaan sendiri juga
Tetapi perkara tak dapat diduga Perkara kecil jangan dirisau
Supaya kita tidak jadi sasau ghalibboy replied at 21-4-2022 04:35 AM
Assalamualaikum dan selamat pagi
Belum ada sesiapa berpantun lagi
waalaikumsalam daun keladi
rumah dipacak tengah malam tadi
Hujan telah melimpahi bumi
Tanaman tak perlu disirami Selesai dua tugas semalam
Minum air sambil menyelam Hidup mesti ada masalah
Ada perasan serba salah beli baju warna biru
Tak sangka sudah bertukar baru
singgah sekejap membeli roti
tak sabarnya nak habiskan cuti Ada konflik perlu ada huraian
Cari solusi jalan penyelesaian