Cintaerina Publish time 20-4-2022 12:55 PM

"Tak Reti Bawa Kereta Ke?" – Penunggang Motosikal Maut Terpelanting Terlanggar Pemandu Tak Beri Signal

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/20/120614w0wti5efyj9oy0wp.png
Sumber: Twitter




Kemalangan jalan raya merupakan perkara yang paling ditakuti oleh setiap pemandu kereta dan penunggang motosikal. Namun, ia merupakan sesuatu perkara yang tidak dijangka dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walaupun kita sudah berhati-hati semasa memandu, kejadian seperti ini boleh berlaku apabila ada sesetengah pihak memandu secara merbahaya.


Beberapa hari yang lepas, viral satu video di platform Twitter yang menunjukkan sebuah kereta Toyota Corolla berwarna kelabu membelok tanpa memberikan signal dalam keadaan yang agak perlahan. Tiba-tiba lalu sebuah motor yang terlanggar kereta tersebut sehingga penunggangnya terpelanting dari motosikal itu.


https://twitter.com/isusemasaviral/status/1516004095584530435?s=20&t=BeTwwA4sg3TeM8j5NOzZtQ


Untuk pengetahuan semua, pemandu kereta tersebut cuba untuk melarikan tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa. Walaubagaimana pun, penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat impak yang teruk daripada kemalangan itu. Penunggung motosikal yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus itu merupakan pembantu perubatan di Hospital Temerloh.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/20/120618bsttsgo8lp2qaypg.pngSumber: Twitter







Menurut sepupu kepada arwah Firdaus, kemalangan itu berlaku semasa mangsa baru sahaja pulang daripada kerja.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan kemalangan tersebut dan ramai yang turut bersimpati di atas nasib mangsa tersebut. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/20/120640mbrasmr51d54zt0m.pngSumber: Twitter






mamajawie Publish time 20-4-2022 02:51 PM

pasni jangan plak ada petisyen cakap uncle tu perlu dibebaskan daripada kena dakwa langgar orang..

Orix Publish time 20-4-2022 03:00 PM

gila lah, dgan tak bg signal, xd berhenti kejap utk tgok jalan clear ke tak, main masuk je. somehow, helmet penunggang tu pun tak ikat ketat. sampai tercabut. even motor tu laju pun, kereta tu tetap salah... chuols semua kalau naik motor tu make sure la helmet ketat...

felinecat Publish time 20-4-2022 06:43 PM

Innalillah. Teruk ya melambung. Dasyat betul bawa kereta. Ramai yg hanat mcm ni, xreti bg signal

Suchi Publish time 20-4-2022 09:00 PM

Macam tu melambung sampai helmet pun tercabut.

nurul_akmar Publish time 20-4-2022 09:00 PM

Aku geram org yg masuk simpang slow.

Mini.Me Publish time 20-4-2022 09:03 PM

Seram tengok...langsung tak berhenti uncle tu masuk simpang...tak beragak lgsung

Carcosa Publish time 20-4-2022 10:51 PM

Manusia pe'el mcm ni, jenis yg DAH SELALU buat pe'el musibat mcm ni :huffy Hari2 buat, lepas. Nah, kali ni, nyawa orang melayang. Bangsat betul lah.
Sbb tu ayah aku ajar aku bwk kereta time aku lepas sekolah - STAY IN YOUR LANE, EVENTHOUGH YOU ARE LITERALLY DRIVING ALONE ON THE ROAD!
Sampai skrg aku ingat. Mcmana cara pun, aku drive dlm lane. Thank you Ayah!

Adrif Publish time 21-4-2022 01:07 AM

abang aku dulu kena macam ni jugak, tapi bukan langgar tengah kereta, dia langgar bontot kereta.

kereta tu bawak straight, tiba2 slow down, nak belok tak bagi signal. jalan double line tengah, maksudnya tak boleh melintas.

abang aku bawak motor, dah brake, tapi sebab jarak dah dekat, motor langgar bontot kereta, motor hancur, abang aku melayang jauh. berguling-guling. nasib baik area depan tu, ada warung kopi orang kampung. diorang cepat2 datang tolong stop kan kereta lain, call ambulance bagai.
patah tulang peha. operation. masuk besi. tulang belakang pun terkesan. sekarang tak boleh buat kerja, tak boleh angkat berat. tapi tak dikira OKU.

kitorang nak dakwa driver tu atas kecuaian. kalau boleh nak heret ke mahkamah dan bayar ganti rugi. motor hancur, total lost. abang aku accident, operation. mental, dia kerap mimpi ulang2 accident tu. trauma.
tapi diorang laki bini dok menangis merayu-rayu peluk kaki jangan dakwa. bagi RM3k je suruh abang aku tutup mulut. sial punya manusia. ni bukan soal duit. ni soal nyawa. kau ingat nyawa abang aku tu RM3k je? murah benor??
last2 abang aku suruh terima je, tutup cerita. dia tengah sakit, tak larat nak ngadap itu ini.
Pages: [1]
View full version: "Tak Reti Bawa Kereta Ke?" – Penunggang Motosikal Maut Terpelanting Terlanggar Pemandu Tak Beri Signal


ADVERTISEMENT