YgBenar Publish time 20-4-2022 12:50 AM

Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri.mohon maaf bagi anaknya yang tak serik cipta kontroversi murahan

Edited by YgBenar at 20-4-2022 12:52 AM

PETALING JAYA – Berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah hari ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tak serik mencetus kontroversi murahan.

Rozita yang berangkat ke Mekah pukul 1.30 petang hari ini berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya yang berstatus jutawan itu kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan. Kali ini, menerusi lagu raya berjudul Kelepok Raya.

“Bonda nak pergi umrah. Penerbangan pukul 1.30 petang hari ini. Saya dengan rendah diri minta maaf pada semua followers atau sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan anak saya.

Berbanyak-banyak minta maaf. Kalah hati bonda apabila dikelilingi cucu tapi nak sahaja tangan ini melepuk (Aliff),” katanya menerusi satu muat naik status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.

Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dikongsikan atau dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk atau cabang seni.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: ‘Art tahi kucing kaulah.” – KOSMO! ONLINE

kakikuDibibirmu Publish time 20-4-2022 12:58 AM

Kelempuk raya tersenyum sinis;P

kakikuDibibirmu Publish time 20-4-2022 12:58 AM

Lepuk yem, lemang yem tersenyum sinis;P

https://fb.watch/cuvJ_v70-r/

eyansss Publish time 20-4-2022 01:30 AM

ala, sama2 naik melayan buat marketing…aku tengok yang normal sikit bab marketing ni kakak dia je…

chinta89 Publish time 20-4-2022 08:13 AM

eyansss replied at 20-4-2022 01:30 AM
ala, sama2 naik melayan buat marketing…aku tengok yang normal sikit bab marketing ni kakak dia je ...

ya, kakak dia Yatie tu elok je teruskan legasi Sendayu Tinggi takde kontroversi murahan. takde buat cheap marketing pun bisnes laku keras, produk hot selling on mcm biasa. tp adik dia ni alahai kenapa eh mcm xde perasaan malu.. xleh ke korang semua unfollow je sotong tu...

SedihPedih Publish time 20-4-2022 08:34 AM

mak dia pun kalau nk tegur anak kena kt ig juga

pooh~key Publish time 20-4-2022 08:35 AM

eyansss replied at 20-4-2022 01:30 AM
ala, sama2 naik melayan buat marketing…aku tengok yang normal sikit bab marketing ni kakak dia je ...

Tapi tak top manalah kan sis? Sebab kakaknya tak pandai buat kontroversi sis.

pooh~key Publish time 20-4-2022 08:38 AM

Kesahnya si bonda bunda bundek pundek ni pun numpang kontroversi si anaknya jugak dekkkk! Yihhh geli akak dekkk akak dapat bau kau punya permainan dekkkk…. Ke mana tumpahnya air liur kalau tak ke dalam lohong kau dekkk???

eizarz Publish time 20-4-2022 08:38 AM

sama je la ko mak ngan anak..

rospinki Publish time 20-4-2022 10:04 AM

mak si alip ni pon kemain mengelitis aku tgk kat ig..pefeeling remaja purba kah? pipi mcm karipap{:1_563:}

rospinki Publish time 20-4-2022 10:05 AM

hasil didikan kau jugak bundehhhh acah-acah tekejut??? yihhhhh:I

Dwdrum Publish time 20-4-2022 10:14 AM

Seni cara ter sendiri.. Why not!..

Simunggu Publish time 20-4-2022 10:25 AM

mcm org gila uri fasyen mereka

juruterra Publish time 20-4-2022 10:28 AM

SedihPedih replied at 20-4-2022 08:34 AM
mak dia pun kalau nk tegur anak kena kt ig juga

saja nk drama...sambil2 buat content

makton Publish time 20-4-2022 10:30 AM

same je la mak dgn anak pun. dua2 lapar prhatian

Cpkay Publish time 20-4-2022 11:50 AM

makton replied at 20-4-2022 10:30 AM
same je la mak dgn anak pun. dua2 lapar prhatian

ya kaka.. sama sama casri pasal ..

None68 Publish time 21-4-2022 03:05 AM

Kenalah tegur kat medsoc, nanti org tak tau plak..

hopesmith7779 Publish time 21-4-2022 03:44 AM

interesting

..maksu Publish time 21-4-2022 04:55 AM

mak tolong anak, anak tolong mak. begitulah demi menghasilkan duit bila product tak laku dah.

ada bideo konon mak dia merajuk masa kat airport, tapi sebelum membebel siap2 dengan cameraman dulu, pasang blutut mic dulu anak beranak. Natural sangat :$
Pages: [1]
View full version: Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri.mohon maaf bagi anaknya yang tak serik cipta kontroversi murahan


ADVERTISEMENT