Racurve Publish time 19-4-2022 01:36 PM

Kakak Jah kata pendakwaraya boleh tambah sampai 200 lawyer, UMngok pulak dah lama buang Babinun

Nurul Hayati Hassan Kata Peguam Siti Bainun Cuma Client Hafidzah Hassan

Seorang wanita yang berkhidmat sebagai agen takaful, Nurul Hayati Hassan dipercayai merupakan kakak kepada Hafidzah Hassan tampil mempertahankan adiknya dalam media sosial.

Kata Nurul Hayati, Hafidzah Hassan tidak membela Siti Bainun sebaliknya peguam kepada Siti Bainun adalah pelanggan (client) kepada Hafidzah Hassan (Jah).

“Hafidzah Hassan (Jah) tu my sister. First of all, dia tak bela Bainun. Dia peguam sivil. Dia buat kes fitnah. Maksudnya lawyer Bainun adalah client Jah.

“Bila lawyer Bainun bagi Jah bukti, Jah pun buatlah kerja dia. Dapat diari, diarilah dia guna. Dapat gambar, gambarlah dia guna,” katanya menerusi satu posting di Facebooknya.

Kongsi Nurul Hayati lagi, yang berkata saksi menipu adalah peguam Siti Bainun dan Hafidzah memainkan peranan untuk menyoal kembali saksi tersebut.

“Client Jah kata, saksi penipu. Cerita asyik bertukar. Jah pun soal lah saksi tu. Dah memang kerja dia. Tak payah nak serang peribadi Jah sebab dia buat kerja dia sahaja. Masuk neraka ke tidak, kita pun tak tahu.

“Sama macam kes Bella. Kita tak tahu apa jadi. Lawyer macam mana kasihan dekat mangsa pun, dia masih kena siasat dan mereka kerja ikut bukti. Bukan emosi. Yang emosinya, kita,” tulisnya.

Akui Nurul Hayati, dia pun menangis melihat keadaan Bella kerana dia juga menyebelahi Bella namun tidak tahu apa yang terjadi.

“Saya pun nangis tengok Bella. Saya pun sebelahkan Bella. Tapi saya tak tahu apa jadi. It’s not my place. untuk pergi jaja cerita yang saya tak tahu. Namanya kan fitnah?

“Lawyer Bella harapnya powerlah nak buktikan yang bella memang didera. Saya nak diorang menang. Aminahtul dan Asiah kalau kalah pun saya ok je. Jah kalau kalah pun saya ok je,” luah Nurul Hayati.

Kata Nurul Hayati, kalau boleh dia pun tidak mahu adiknya terlibat dalam kes ini tetap perlu bangkit untuk mempertahankan kedudukan kerjaya adiknya yang sering disalah anggap.

“Kalau boleh, saya tak nak pun Jah get involved kes ni. Tapi itu memang kerja dia. Sedapnya cakap peguam semua masuk neraka. Habis kalau dia masuk syurga, awak yang masuk neraka? How about peguam yang memang fight untuk orang teraniaya?

“Macam mana pun, adakah saya nak menjaja cerita yang tak betul hanya sebab saya pun ada anak OKU? Ikut agama saya, berdosa besar lah saya kalau saya buat macam tu. Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh,” tegasnya.

Mengakhiri penulisan di Facebooknya, Nurul Hayati berkata kalau nak tolong Bella, bukan memekak sahaja.

“Pergi cari bukti. Pergi soal jiran jiran. Pergi lah hospital. Cari CCTV. Macam mana bising pun korang, akhirnya bahan bukti jugak yang diguna pakai.

“Kesimpulannya, jangan komen benda yang kita tak tahu. It might hurt a lot of people,” kata Nurul Hayati.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/nurul-hayati-hassan-kata-peguam-siti-bainun-cuma-client-hafidzah-hassan/


Racurve Publish time 19-4-2022 01:36 PM

https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2022/04/Nurul-Hayati-Hassan-1536x864.jpg

Racurve Publish time 19-4-2022 01:36 PM

https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2022/04/259871103_10159699586086240_133569308926889874_n-820x1024.jpg

Racurve Publish time 19-4-2022 01:37 PM

https://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2022/04/kisahdunia.com-fbdf37dd16f441d9675043b7db4a85f8.jpeg.webp

Racurve Publish time 19-4-2022 01:37 PM

https://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2022/04/kisahdunia.com-10285044bcffaca2e3fe4d588e24f92a-750x823.jpeg.webp

Racurve Publish time 19-4-2022 01:38 PM

https://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2022/04/kisahdunia.com-a57f07e12fec1a748ed95b5861a68682-750x925.jpeg.webp

Racurve Publish time 19-4-2022 01:38 PM

https://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2022/04/kisahdunia.com-dd41279d9d686975d1fb436acc5ce0fd.jpeg.webp

Racurve Publish time 19-4-2022 01:38 PM

https://kisahdunia.com/wp-content/uploads/2022/04/kisahdunia.com-ac452b3358e689ddb80e6fb9ad907784-750x580.jpeg.webp

Racurve Publish time 19-4-2022 01:40 PM

https://i.ibb.co/gd8Y22b/image.png

Racurve Publish time 19-4-2022 01:41 PM

https://i.ibb.co/TWstY7H/image.png

annadonna Publish time 19-4-2022 07:10 PM

Sembang sembang sembang keluarga babi semua pun boleh terbang

Buritan Publish time 19-4-2022 07:48 PM

Aku percaya jah bella pukul diri sendiri... tadak sape yg salah.. dah semua tak nak ngaku..

ciksom Publish time 23-4-2022 05:53 AM

Kalau lah si Bainun tu tak bersalah akhirnya.aku nak tau juga apa yg menyebabkan luka luka kat badan bella.siapa yg buat takkan dia lukakan sendiri badannya.

star_karat Publish time 23-4-2022 09:38 PM

Lawyer nak cakap ni semua kerja saksi. Saksi yang dera. Kira plot twist lah.

eyansss Publish time 24-4-2022 11:12 PM

Racurve replied at 19-4-2022 01:38 PM


sebila pulak saksi asyik tukar cerita...kat newspaper semua tulis saksi consistent dengan cerita deme...

julia5094 Publish time 26-4-2022 12:46 PM

eyansss replied at 24-4-2022 11:12 PM
sebila pulak saksi asyik tukar cerita...kat newspaper semua tulis saksi consistent dengan cerita ...

Ada jugak keraguan..Sebab saksi cakap ambik air dari cuckoo. Tapi cuckoo dah lama rosak. Ganti dengan pemanas air. Sebab tu diorang ulang tanya beberapa kali...memang saksi konsisten jawab ambik air dari cuckoo. So mcm pelik la kan? Tu antara soal siasat saksi yang diorang tunjuk hari tu la..i ada baca jugak.


Makin menarik pulak kes ni. Moga nasib adik Bella terbela dan moga pelakunya dihukum dengan hukuman seberatnya.


eyansss Publish time 26-4-2022 12:52 PM

julia5094 replied at 26-4-2022 12:46 PM
Ada jugak keraguan..Sebab saksi cakap ambik air dari cuckoo. Tapi cuckoo dah lama rosak. Ganti den ...

ada kemungkinan tak yang saksi tu sejenis semua dia panggil cukcoo?dia macam ala2 mee segera, semua dok sebut maggie...anyway, aku pun berharap pelaku sebenar dapat didakwa dan dihukum...

julia5094 Publish time 26-4-2022 01:42 PM

eyansss replied at 26-4-2022 12:52 PM
ada kemungkinan tak yang saksi tu sejenis semua dia panggil cukcoo?dia macam ala2 mee segera, se ...

Mungkin jugak la kan? Peguambela nak buktikan saksi tak boleh dipercayai dalam kes ni. Diorang ada sebut jugak pasal medical history saksi ni jugak. Katanya pernah masuk wad psiakatri. Tapi yang menariknya kes ni...kenapa SB tu tak dicharge atas penderaan. Tapi penganiayaan dan pengabaian ?? Pelik jugak di situ kan?

eyansss Publish time 26-4-2022 10:14 PM

julia5094 replied at 26-4-2022 01:42 PM
Mungkin jugak la kan? Peguambela nak buktikan saksi tak boleh dipercayai dalam kes ni. Diorang ada ...

diorang dari awal dah buat character assassination kat semua saksi...and yes, kes bainun ni memang pelik sebab susah betul nak dakwa...

Baladna804 Publish time 27-4-2022 03:34 AM

eyansss replied at 26-4-2022 12:52 PM
ada kemungkinan tak yang saksi tu sejenis semua dia panggil cukcoo?dia macam ala2 mee segera, se ...

Ye.. dia kata softlan.. Dan lover tu kata rumah tak de softlan tapi downy
Pages: [1]
View full version: Kakak Jah kata pendakwaraya boleh tambah sampai 200 lawyer, UMngok pulak dah lama buang Babinun


ADVERTISEMENT