Agent13k Publish time 18-4-2022 02:55 PM

Penunggang Motor Didakwa "Mircosleep" Hampir Digilis Lori Tangki

Menunggang motosikal di jalan raya memerlukan perhatian yang lebih kerana jika silap langkah atau terleka, ia akan boleh menjadi perkara yang tidak diingini.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/18/144540lzezgurulg5pjxgm.pngkredit foto: Facebook



Petikan dari Vocket, baru-baru ini ada video tular di Facebook yang memaparkan seorang penunggang motosikal di jalan raya tiba-tiba secara tiba-tiba meluru dan melanggar sebuah lori tangki.

https://www.facebook.com/aedy.lee/videos/5913987671951807

Difahamkan, penunggang itu memberi lampu isyarat untuk memasuki lorong kanan tetapi selepas memasuki lorong berkenaan, kelihatan motosikal itu pergi ke arah lori tangki tersebut.

Dia yang merempuh bahagian tepi kenderaan itu nyaris digilis lori tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/18/144436fu484uje1tteky8q.pngkredit foto: Facebook



Selepas insiden itu, kelihatan penunggang berkenaan bangun dalam keadaan bingung sebelum membuka topi keledarnya dan duduk di atas pembahagi jalan.


Netizen yang melihat video itu berasa lega dan syukur kerana lelaki terbabit terselamat daripada insiden yang boleh membawa maut. - CARI
Pages: [1]
View full version: Penunggang Motor Didakwa "Mircosleep" Hampir Digilis Lori Tangki


ADVERTISEMENT