Goldkey Publish time 22-9-2010 02:32 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:27

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTYeMw8P6iY5gJMrWpalYW1jCl9M3xdWbOaPq-4m4fE5jKGjRY&t=1&usg=__Ch2kv7roqMF3O2GbN8HtGBqTHJI=

Warna-warna hati

Aku rindu pada bait-bait bicaramu
tiada kata berseni tersusun rapi seperti katamu
setiap patah katamu menitip tanda di batu hampar hatiku
jadi mercu tanda dalam liku-liku perjalanan panjangku
lorong berduri kulolosi dengan bisa calar menggembur semangat juangku
dalam kejerihan kau panjatkan doa memohon restu
kuukiri bayangan silam dalam lipatan sejarah hatiku
agar kekal kumiliki waktu-waktu keemasan bersamamu
warna-warna hatiku timbul beralun di atas lembaran rindumu.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 22-9-2010 07:02 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:19

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRFnwNE6vgL6iLvQAERtPfOdDNNeAna8HmPP9AIu6Rb6ZSDjxI&t=1&usg=__AzplUVKtpokRu3T1sY1z4VDrjFI=

Alam mengutus rindu II

Ombak membelai manja pipiku
katanya membawa pesan orang merinduku
membisik ombak ke telinga kasihku
lalu rupa wajahku meranum kuntuman rindu.

Bayu meniup dingin ke jantungku
katanya membawa harapan orang menunggu
membisik bayu ke telinga asmaraku
lalu rupa wajahku mengembang kelopak rindu.

Gerimis senja menempias basah kepalaku
katanya membawa hias orang mengirimiku
membisik gerimis ke telinga memoriku
lalu rupa wajahku mendendang lagu rindu.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 22-9-2010 07:43 PM

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRwBHT2_G1lSRlaWpP_wdyGw_oyw0bPl6nMNtAVVPfNsJFZrtI&t=1&usg=__D7gRIo5bQ7xwKy7c3Ta7RE2_NHc=

Amanat Motivator

Jangan anggap masalah itu masalah
selama masalah itu dianggap masalah
ia akan jadi masalah
tetapi
kalau masalah diganti pada perkataan peluang
ia akan menyebabkan
otak kita berfikir secara lebih kreatif
ia akan memberikan pelbagai idea
yang tak terjangka oleh kita.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 22-9-2010 11:29 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:19

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSFAyAJYFDZ4Q06_VIms1LBLdRLL6u7NhSwvkGYzATyJiXeuI8&t=1&usg=__ijZlUQ-csLNuYx27NkdIFZafrxY=

Terima Kasih Teman

Mataku sudah layu kuyu
belakangku mohon berlabuh di pembaringan
mental kelesuan memerah keringat dingin menganyam bait puisi
akanku turunkan sauh di perhentian malam ini
agar ombak mengalunkan gelombang pemulihan
bangkit di subuh hari dengan kudrat dicas rapi
meneruskan perjuangan yang tiada tepian
moga aku diberi kekuatan sepanjang zaman
mendayung biduk harapan menerjah arus perubahan
selamat malam pada semua yang bertandang
di ruang garapan tinta hati mentitip kataku
terima kasih daun keladi
ada masa bertandanglah lagi.

~KunciEmas~

Goldkey Publish time 23-9-2010 09:11 AM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:16

http://1.bp.blogspot.com/_5kyOAW01mJU/S5pOJPKAFSI/AAAAAAAAApo/8atLjr1q9yU/s400/salam_logo.jpg

Ucap salam dan syukur ke hadrat Illahi
salam selamat pagi
salam ceria
salam 1 malaysia
masih diberi kesempatan lagi hari ini
kembali aku ke ruang seni
meneruskan garapan hati
dalam lebaran maya
mencoret kata hati bertinta rasa hati
satu wadah berkongsiisi hati.

Aku sedari aku hanya kunci
tiada kuasa tapi kupunya isi hati
ingin sekali kubuka semua pintu-pintu hati
lalu aku bersuara dalam sepi bersendiri
moga ada yang sudi terkesan menatapi
bait-bait kata yang kuanyaman dari lubuk sanubari
jadi sempadan yang ingin mengubah diri
menyuci diri menyediakan bekalan menghadapi Illahi.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 09:29 AM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:39

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTqvvWrPmBjiyYpaHZnlXxpG_7IoR-tgjnU23f_Dm5znp0KVzo&t=1&usg=__jmpSDjYPsb4cUjQlLL80EB_DH-U=

Tsunami

Namamu datang dari bahasa negara matahari terbit
datangmu selepas datangnya gempa bumi
datangmu selepas meletusnya gunung berapi
di dasar laut penuh rahsia.

Begitu lebar dirimu sepanjang 200 kilometer
kau bergitu tangkas bergerak mencecah 800 kilometer sejam
ketinggianmu menggalah 27 meter
kau memusnahkan ruang suci yang kau lewati.

Tanggal 26 Disember 2004
kau lawati banda Aceh dengan terjahan maut
tanpa tanda tanpa amaran
168,000 insan kau menjemput ke pusaramu
tsunami sejarahmu pasti terpahat di lubuk memori.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 06:53 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:40

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQmg73X__awgx0G8DAjpFEXi8icqva0R0iHzFcNA7QPqWmDd3M&t=1&usg=__g3biSZ-7h4Y1iBfBE7zbwnUwUVc=

Dunia Demam

Panas!!!
Panas!!!
Panas!!!

Bumi semakin parah
diselimuti gebar karbon tercemar
memenjarakan bahang di kamar troposfera
memanaskan isi bumi dari daratan ke samudera.

Glasier merintih kepanasan
mencair mengalir ke segenap lapisan
membanjiri tanah-tanah di tepi lautan
memusnahkan harta benda dan tumbuhan.

Tangan-tangan manusia yang alpa
meracun alam dengan virus kemusnahan
musibahnya ditanggung seluruh hidupan
kapan bila bumi akan dapat bertahan?

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 09:05 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:41

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:OtrToILBXPo2QM:b

Di KHS Hatiku ditugukan

1998 aku menjejak kaki ke lamanmu
sejak itu kumembulat tekad
aku akan curahkan seluruh jiwa
berbakti pada warga-wargamu.

Pelbagai rupapentadbirmu
pelbagai ragam wargamu
jadi aku lebih memahami kehidupan
jadi aku lebih mengenali dunia pendidikan.

Kau yang terulung
kau yang banyak mencipta sejarah
kau melahirkan berpuluh tokoh
kau yang kubanggai antara yang beribu.

Di tamanmu kumencari rezeki
di gedung ilmumuaku memperbaiki diri
di arenamu aku menyihatkan diri
di lipatan sejarahmu tercatat
cintakupadamu ditugukan buat selamanya.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 10:26 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:48

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTtBqgQFpcJxyc9uSjQ6pJ_62LRIyOmHFNO_U32OiBaXqrtSgo&t=1&usg=__EMYmuHZ540l-eiJFAxDjipwm5to=

Bilaku, kau berikan

Bilaku berduka kau berikan ria
Bilaku riang kau berikan ingatan
Bilaku kejauhan kau berikan pesanan
Bilaku kelaparan kau berikan makanan
Bilaku keseorangan kau berikan teman
Bilaku kepenatan kau berikan kekuatan
Bilaku keresahan kau berikan keyakinan
Bilaku menanggis kau berikan senyuman.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 10:50 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:49

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTA3W_QV7rnEVlDde2fzryTq52cxUiVbw0FRvCqeBG-9Nk383g&t=1&usg=__GM1IYGklCwX0z0UkD7l2pMK4ZxE=

Kau dalam diriku

Di hatiku ada nuranimu
di kepalaku ada mindamu
di dadaku ada jantungmu
di tanganku ada jari jemarimu
di kakiku ada jejak langkahmu
di bibirku ada tutur katamu
di mataku ada pandanganmu
di hidungku ada wangianmu
di telingaku ada khabarmu.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 11:14 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 08:50

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcReZQ2R1p-SVGPOaBNsOuFLPytWLWmIQiu9SJwhl-L7ksA_H4Q&t=1&usg=__mtDFZc0eDlX0qJOo4qaT3SR_CcI=

Alam Impian

Di dada malam aku labuhkan kepala minda
nafas kian susut memperlahankan nada hembusannya
embun jantan mulai menetes membasahi lantai memori
bercambah benih-benih kenangan di relung sawah fikiran.

Pohon akal tumbuh ditunjangi akar-akar saraf
daun-daun mimpi melambai pada hati yang dingin
bunga-bunga cinta mekar mewangikan taman sanubari
warna-wana pelangi menyelimuti alam impianku.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 23-9-2010 11:44 PM

Post Last Edit by Goldkey at 28-12-2010 18:10

http://2.bp.blogspot.com/__7KJc7rDjXw/SHbQKIVZGzI/AAAAAAAAACo/F2hlniBweDw/s400/jumaat.jpg

Malam Jumaat

Malam ini malam jumaat
haruslah menggandakan amalan sunat
jangan sampai esoknya badan penat-penat
lambat bangkit nak ke tempat kerja terkulat-kulat.

Malam ini malam jumaat
haruslah ramai yang naik semangat
berwangi-wangian menarik minat
kelak sama-sama sampai ke matlamat.

Malam ini malam jumaat
permulaan hari penuh berkat
bersihkan diri dirikan solat
amalan suci tentu dirahmat.

Malam ini malam jumaat
ramai insan bangun bermunajat
memanjatkan doa memohon syafaat
kelak di akhirat bersama yang selamat.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 24-9-2010 08:53 AM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:37

Salam Sejahtera,


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSq_4a7XvHhEgpLfarClcpLuYs7sNkUXhls7coTvPYE4BoT508&t=1&usg=__khMKg-AmNHY-pcR0yfrgjwb-oH4=

Ya Allah!!!

Kami memohon kepada-Mu akan rahmat-Mu
yang dengannya Engkau memberi petunjuk ke dalam hati-hati kami
yang dengannya Engkau memudahkan perkerjaan kami dan menghilangkan segala kesusahan kami
Dengan rahmat-Mu Engkau menyempurnakan keperluan keperluan kami dalam ketiadaan kami
Engkau membersihkan amalan kami dari sifat munafik dan kufur dengan rahmat-Mu
dan meletakan di dalam hati kami sifat yang baik sesuai dan yang kami sukai
berikanlah kapada Kami dengan rahmat-Mu
lindungilah kami dari segala tipu daya kejahatan.

Ya Allah!!!

Berikanlah kepada kami keyakinan
yang sesudahnya tiada lagi kekafiran
dan kurniakanlah kepada kami kemuliaan
dan kehormatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah!!!

Kami meletakan di hadapan-Mu keperluan kami
walau pun pengetahuan kami tidak sempurna dan amalan amalan kami lemah
sesungguhnya kami amat memerlukan rahmat-Mu
wahai pengatur segala urusan dan penyembuh hati
sebagaimana Engkau menjadikan lautan yang terpisah menjadi satu
demikian pula kami memohon
jauhkanlah kami daripada api neraka dan seksaannya
ketika kami meratapi (dan berdoa bagi kematian) dan jauhkan kami dari seksaan alam barzakh.

Ya Allah!!!

Pengetahuan kami amat kurang
dan amalan kami amat lemah
untuk memperolehi kebaikan itu
dan jauh dari jangkaan niat kami
yang belum kami minta kapada-Mu
kerana Engkau telah berjanji kapada setiap ciptaan-Mu
dan setiap kebaikan hamba-hamba-Mu
kami amat berkeinginan semuanya itu
maka kami memohon kapada-Mu dengan rahmat-Mu
wahai Tuhan sekelian alam.

Ya Allah!!!

Zat yang memegang tali perjanjian yang kukuh
Tuhan segala amal kebajikan
kami memohon kapada Engkau kebahagian hari azab
untuk berada di kalangan ahli-ahli syurga di hari kiamat
orang-orang yang Engkau sukai dan yang menghadiri mahkamah-Mu
yang ruku’ dan yang sujud
dan yang memenuhi janji-janji-Mu
tiada keraguan
Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang
yang tiada keraguan
apa saja yang Engkau suka Engkau pasti Engkau memuliakan.

Ya Allah!!!

Berilah petunjuk kapada kami
dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang memimpini ke arah petunjuk-Mu
janganlah sesatkan kami
dan jadikanlah kami orang yang mencintai-Mu
dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu
dan membenci orang-orang yang membenci-Mu.

Ya Allah!!!

Kewajiban kami memanjatkan doa
dan kemurahan-Mu untuk menerimanya.

Inilah usaha kami
hanya kepada-Mu kami berserah.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 24-9-2010 09:02 PM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:37

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQNPncjJwVFZzSfIf5HHzIyN51q7CRcg_nZhSYCXDqOzRh4yUw&t=1&usg=__CsoGMVTUdZgi2A3FyJLhRm1tc3E=

Dapatkah

Dapatkah putik menjadi bunga
andai hari sering dilanda gerhana
dapatkah kasih berkekal lama
andai kita ditakdir tidak bersama
dapatkah hati memujuk rasa?
andai aku sering dihina
dapatkah diri membina bahagia?
andai naluri diburu kecewa.

~Goldkey~

bintang Publish time 24-9-2010 09:48 PM

Jiwa itu perlu dibaja dengan ketabahan
jiwa itu perlu disiram dengan keyakinan
jiwa itu perlu digembur dengan kata-kata hikmat
jiwa itu perlu dikenyangkan dengan makanan rohaninya.

Malam-malam dulu yang sepi mengikat indah
rungkaikan simpulan tali-talinya
bentangkan lebaran putih bersih
coretkan garis-garis perjalanan musim baru.

Bukalah mata pada luasnya alam pertemuan
jangan ditoleh lagi pada malam-malam sepimu
pandanglah pagi hening berirama kicau si murai
tinggalkan sejarah malam yang tercoret dalam diari dukamu.
Goldkey Post at 22-9-2010 11:33 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif





Saya kembali ke dunia saya
bertemankan kesepian yang ramai
mencumbu keramaian yang sunyi
bergelut hening yang menyergap

Syahdu erat memeluk saya dengan hening
menyapa selamat datang
tepat ketika saya matikan tv
dan segenap suara bising lenyap menguap
berganti senandung malam mengajak jiwa saya
kembali bernyanyi, seperti dulu.

Saya biarkan perasaan ini mengalir bersama waktu
saya nikmati suara-suara sepi menyapa sukma
detak jam dinding, gaung dengung nyamuk
gemerisik daun dan kepak kelawar sesekali
meningkahi damainya suasana malam
riuh menyambut saya ke pintu masa lalu
ketika saya kasih pada malam-malam yang ramah.

Lembut mata saya menyapu sekitar ruang yang diam
menyapa sofa yang lelap tertidur
berteman dinding yang halus mendengkur
Ah…saya sedari begitu lama kita tak lagi bertegur sapa.

Lewat tengah malam
sesekali pekik burung malam memanggil
mengajak saya beranjak ke luar sana
rumputan merunduk dan kuncup daun
kelopak bunga terpejam erat.
Seluruhnya tertidur dibelai butiran udara dingin
dan sinar bulan.

Lewat tengah malam
udara sekitar saya seketika menghangat
ketika helaan nafas panjang terlepas
membawa gundah lebur bersama angin dingin
dan mengembun di pucuk-pucuk daun.

Lewat tengah malam
sukma saya terjaga menanti pagi.

Goldkey Publish time 24-9-2010 11:58 PM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:38

Saya kembali ke dunia saya
bertemankan kesepian yang ramai
mencumbu keramaian yang sun ...
bintang Post at 24-9-2010 21:48 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Sementelah sukma bangkit di dinihari
dendangkan jiwa itu dipermulaan hari
dengan ayat-ayat suci
gugurkan sepi yang mencengkam dengan wuduk
laksanakan solat taubat kembali putihkan lebaran amalan
moga datang bertandang rasa kasih pada yang mencipta
dirahmati dengan kurniaan segugus ketenangan.

Goldkey Publish time 25-9-2010 12:41 AM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:39

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSDVjLLPGg2zdkgQ4jxg4k_7gcd0Xn3ZyVRwxqcMY7-iJNgrY8&t=1&usg=__18ena8lBZO_EwOfPHgQmdEO39zs=

Jalan Pilihan

Kita diberi satu ruang
kita diberi satu peluang
menggarap warna-warna perjalanan sebelum dipanggil pulang
mengambil jalan lurus meniti landasan ke perhentian abadi
meskipun
ada tergelicir jauh meninggalkan landasan sesat mencari jejak-jejak pulang.

Warna-warna itu ada dibancuhkan
kita yang memilih warna gelap atauwarna terang
apa jua warnanya
yang pasti kita perlu meniti titian suratan.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 25-9-2010 06:51 AM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:39

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSTKZ1WqGmguPp747KewNivFDB-N5eAgd0uMLGHjCPPEU5CN4Y&t=1&usg=__XmEju3aY7T9oU_uCCdH8zJt_v5E=

Salam pagi,

Tertunai sudah
insan-insan yang mampu bangkit dari lena
cukup hebat cukup kuat cukup cemerlang
hati-hati mereka tersemai benih keimanan
hati-hati mereka terpancar nur ketakwaan
hati-hati yang mengetahui akan sujud tanpa gagal
kerana saat itu kita paling dekat dengan-Nya
hati-hati yang mengetahui akan menjauhi segala larangan-Nya juga tanpa gagal
kerana dengan demikian kita pasti diredhai penuh keberkatan.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 25-9-2010 11:36 AM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:40

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQU8lm8NAJ3GNiPMPXuwwk_bs96T0CcWSLOKH_3WoJ11ynOYus&t=1&usg=__WUrN7HSs93Z7qH11_A-yuX3tt4E=

Pagi-pagi begini

Pagi-pagi begini
aku tersenyum
masih diberi nafas
mampu mengucap syukur memuji pencipta
rahmat-Nya belum terputus dari jiwaku.

Pagi-pagi begini
aku ceria
masih diberi kekuatan
mampu menunaikan panggilan subuh hari.
hidayah-Nya berterusan memancar di jiwaku.

Pagi-pagi begini
aku beroleh ketenangan
mampu menganyam indah tinta hati
ilham dari kebesaran-Nya mengalir di jiwaku.

Pagi-pagi begini
aku dengari kicauan unggas girang
mampu memujuk hati-hati walang
menginsafi kebejatan insan-insan petualang.

Pagi-pagi begini
suasana masih tenteram
mampu meredakan api kemarahan semalam
merasionalkan fikiran dalam realisasi tindakan.

~Goldkey~

Goldkey Publish time 25-9-2010 12:57 PM

Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:42

1MBEDjXoquI

hQsFf9xD8Q0&NR=1

n1C7swjQcBU&feature=related

Satu detik itu

Saban waktu kita dengari
perginya insan-insan yang mungkin kita sayangi
muda atau tua
sihat atau sakit
lapang atau sempit
miskin atau kaya
lelaki atau wanita
sama saja
tiba detik itu tidak terlewat sesaat
tidak detik itu tidak tercepat sesaat
moga keinsafan menyentuh jiwa
membawa pulang hati ke syariat Illahi.

~Goldkey~
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata


ADVERTISEMENT