Raline Publish time 18-4-2022 12:34 AM

Jangan tanggalkan pelitup muka dalam tandas awam

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/01657071-D790-442B-867A-94AE20B24FF5.jpeg
Pemakaian pelitup muka dalam tandas awam kurangkan risiko jangkitan Covid-19. - Getty Images

Jangan tanggalkan pelitup muka dalam tandas awam

BANGKOK – Satu kajian terbaharu mendapati bahawa individu yang tidak memakai pelitup muka dalam tandas awam adalah 10 peratus lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19, lapor laman Thaiger, kelmarin.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Chulabhorn, Bangkok itu mendapati, risiko meningkat kepada hampir 100 peratus jika orang yang dijangkiti Covid-19 benar-benar batuk atau bersin di dalam tandas.

Bagaimanapun, kajian itu mendakwa jika kedua-duanya memakai pelitup muka N95 atau pembedahan, risikonya hanya 0.01 peratus.

Kini, para penyelidik memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menanggalkan pelitup muka ketika berada di tandas awam.

Pensyarah Fakulti Perubatan Tropika Universiti Mahidol, Thammanitchpol Denpetkul, memberitahu bahawa terdapat beberapa jenis pelitup muka yang jauh lebih berkesan daripada yang lain.

“Sesetengah pelitup muka jenis kain mungkin tidak cukup baik untuk melindungi daripada virus Covid-19 tetapi jika seseorang menggunakan pelitup N95 dan memakainya dengan betul, risikonya adalah satu daripada 100,000,” jelas Thammanitchpol. – Agensi

Pages: [1]
View full version: Jangan tanggalkan pelitup muka dalam tandas awam


ADVERTISEMENT