chewan Publish time 13-9-2010 02:30 PM

Mutiara Di Tasik Kenyir

UMT Jalankan Kajian Untuk Hasilkan Mutiara Di Tasik Kenyir


                     
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini menjalankan kajian untuk menternak tiram air tawar di Tasik Kenyir yang boleh menghasilkan mutiara.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata usaha itu dilaksanakan pakar-pakar dari UMT yang telah memulakan kajian awal mengenai ternakan tiram dalam tasik terbesar buatan manusia di negara ini.

"Ia merupakan cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang melawat ke tasik itu baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini.

Prof Dr Aziz berkata UMT sedang menyiapkan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada kerajaan negeri bertujuan menjalin kerjasama dalam usahamenjayakan penyelidikan dan kajian berhubung perkara itu.

Katanya jika berjaya, penyelidikan itu merupakan langkah jangka panjang yang boleh memberi nilai ekonomi yang baik kepada kerajaan pada masa depan.

Beliau berkata kajian menternak tiram dalam tasik air tawar adalah yang pertama seumpamanya di negara ini di mana lazimnya tiram diternak di laut dan kawasan air masin.

Prof Dr Aziz berkata pada kebiasaannya, ternakan tiram di laut dibuat dengan cara benih-benih tiram digantung pada tali dan diletakkan dalam air laut.

Bagaimanapun bagi ternakan dalam tasik, ia boleh diubah suai dengan benih tiram dilekatkan pada akar-akar pokok yang menjalar dalam air tasik. - BERNAMA         

915D9EF2-982A-FF1A-5905-F78227BC23C2
1.02.28

chewan Publish time 13-9-2010 02:31 PM

mcm mana eh kualiti mutiara yg d hasilkan...sama ke dgn keadaan/tempat original...market value?? :D

dauswq Publish time 14-9-2010 02:57 PM

Reply 2# chewan

sedapnye tiram...aku suka mkn je:lol:

chewan Publish time 14-9-2010 03:06 PM

Replychewan

sedapnye tiram...aku suka mkn je
dauswq Post at 14-9-2010 14:57 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

jom bisness tiram........:$ :lol:
    915D9EF2-982A-FF1A-5905-F78227BC23C2
1.02.28

teky Publish time 18-9-2010 07:58 PM

aku xpernah makan tiram.....


jap2....tiram ada byk jenis kann ...tpi tiram yg aku makan tuh xder plak mutiaranyer :$

chewan Publish time 18-9-2010 10:45 PM

owh tiram de byk jenis eh.......:D
Pages: [1]
View full version: Mutiara Di Tasik Kenyir


ADVERTISEMENT