Cintaerina Publish time 14-4-2022 02:11 PM

"Jangan Persoal..." - Wanita Syukur Dikurniakan Suami Warga Bangladesh Yang Baik

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/14/134230vvwit2w4gl4lanl2.pngSumber: Tiktok Azah Aziz




Pada zaman kini, perkahwinan campur sudah tidak asing lagi di negara kita. Acap kali kita melihat rakyat Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga Korea, Amerika, dan sebagainya.


Perkahwinan pasangan ini seringkali disambut baik. Walau bagaimanapun, ada sesetengah warga Malaysia masih tidak dapat menerima perkahwinan campur terutamanya apabila individu itu berkahwin dengan sestengah 'warganegara' yang seringkali dicemuh masyarakat sekeliling.


Perkara yang sama terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Azah apabila wanita ini seringkali dipersoal mengapa dia berkahwin dengan lelaki warganegara Bangladesh.


Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, wanita ini berkata sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki Melayu, namun jodoh mereka tidak kekal lama dan akhirnya dia dan bekas suaminya bercerai.


7085526765438913819


Menurut Azah, tidak lama kemudian suami terbaharunya itu hadir dalam hidupnya dan dia sangat bersyukur dikurniakan seorang suami baik dan dalam masa sama seorang bapa tiri yang dapat menjaga anak-anaknya seperti anak kandung.


Tambah Azah, dia dan suami barunya itu tidak pernah sekalipun berenggang dan sentiasa bersama. Suaminya itu juga sentiasa bersama dirinya untuk mulakan hidup dari 'bawah' sehinggalah mereka sama-sama berjaya membangunkan perniagaan sendiri.


Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen nampaknya sangat positif dan meminta semua untuk tidak mempersoalkan jodoh wanita ini. Terdapat juga netizen yang mempertahankan wanita ini daripada segelintir individu bermulut lancang. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/14/134323tybtaoa9yiaz93oz.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/14/134323cyw8659yw4s6961j.png

Sumber: Tiktok Azah Aziz






manehnya Publish time 14-4-2022 02:48 PM

pastu?

sukati mu lah mu yg nk dok di bawah payung bawang

renko Publish time 14-4-2022 03:28 PM

g mampus la kau
xde sapa kisah pun
kau je kot yg perasan hot ingat org peduli kan kau laki bini
tah2 org pun ingat kau indon

dubuk Publish time 14-4-2022 03:54 PM

memang lah baik sebab dia nak duduk sini

dubuk masih menanti untuk dibela.. ;P

giyomi Publish time 14-4-2022 04:57 PM

cuba ko balik kampung suami n duk sebulan dua, baru ko tahu betapa baiknya mereka2 ni. ko makan lah bawang tiap hari

gigahertz Publish time 14-4-2022 10:09 PM

giyomi: cuba ko balik kampung suami n duk sebulan dua, baru ko tahu betapa baiknya mereka2 ni. ko makan lah bawang tiap hari
diorang ni kalau seorang kita panggil bangaldesh , tapi kalau dah ramai-ramai . ......

jazaa100 Publish time 16-4-2022 02:04 PM

Dia baik sbb nk bukak bisnes sini....
Dah byk dah mcm tu.....
Nak dpt ic & guna ic wife bukak bisness
Pages: [1]
View full version: "Jangan Persoal..." - Wanita Syukur Dikurniakan Suami Warga Bangladesh Yang Baik


ADVERTISEMENT