CARI-MAL Publish time 14-4-2022 03:14 AM

Selamba Pakai ‘Baju Kelawar’ Ke Kenduri Kahwin

Seorang wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular di media sosial apabila dengan selamba mengenakan ‘baju kelawar’ ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan, lapor laman Wolipop.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/14/031328kosl9socn60gqqp2.jpgKredit foto" IG @vidiowedding




Rakaman video itu dimuat naik oleh akaun Instagram @vidiowedding yang memaparkan wanita berkenaan naik ke pelamin dan bergambar dengan pasangan pengantin.


Keberanian wanita itu mengenakan pakaian biasa tanpa berdandan ke majlis perkahwinan telah membuatkan pengantin perempuan menghulurkan wang sagu hati sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di kenduri mereka.


Menurut pemilik video, Fikri Rizaldi, wanita itu ialah jiran kepada pasangan pengantin dan sudah lama mengenali mereka.




https://www.instagram.com/p/Cb6zeVaArJm


“Mungkin dia sibuk menguruskan hal di rumah dan terus ke majlis perkahwinan tanpa bersiap seperti tetamu lain.


“Namun yang penting, dia memenuhi jemputan dan itu yang membuatkan pengantin perempuan menghadiahkan wang sagu hati kepadanya,” ujar Fikri.




Sumber: Kosmo

hasniey Publish time 14-4-2022 12:03 PM

Kalau pengantin xkisah ok je.kalau bju tido dia lengan pnjang xnmpk huduh sgt.
Kaler pon ceria merah2 hitam gitu

nanies Publish time 14-4-2022 04:15 PM

yg pelik2 aje inddd ni

ezacbee Publish time 15-4-2022 01:46 PM

Pesal cam muka kawan aku je.. :lol:

bungarose Publish time 15-4-2022 09:57 PM

Aperhal news indon masuk sini:curse:

jazaa100 Publish time 16-4-2022 01:58 PM

Mgkin dia sibuk tlg atur pinggan kt dapur.....

Cantik pengantin

bottombikini Publish time 16-4-2022 02:11 PM

aku tak nampak ada masalah pun
lain la kalo dia pakai bikini gi wedding

bottombikini Publish time 16-4-2022 02:11 PM

aku tak nampak ada masalah pun
lain la kalo dia pakai bikini gi wedding
Pages: [1]
View full version: Selamba Pakai ‘Baju Kelawar’ Ke Kenduri Kahwin


ADVERTISEMENT