Raline Publish time 13-4-2022 08:31 PM

Aksi remaja ditertawa jatuh jongkang-jongket buat netizen geram

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/jongkang-jongkit-1536x964.jpeg
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang gadis terjatuh dari jongkang-jongket. - Instagram

Aksi remaja ditertawa jatuh jongkang-jongket buat netizen geram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan remaja perempuan sedang bergurau sambil bermain jongkang-jongket di sebuah lokasi yang dipercayai bekas tapak tadika, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @memomedsos itu mendapat kecaman netizen disebabkan tingkah laku kumpulan remaja tersebut.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis cuba menaiki jongkang-jongket sambil diperhatikan rakan-rakannya.

Bagaimanapun, ketika gadis itu cuba melonjak ke atas, dia gagal mengimbangi badan lalu jatuh terduduk di atas tayar yang berada pada bahagian bawahnya.

Walaupun dia dilihat berada dalam kesakitan, namun rakan-rakannya tidak mengendahkannya lalu terus bergurau dan ketawa.

Rakan-rakannya tidak membantu gadis itu yang terjatuh, bahkan salah seorang daripada mereka ketawa terbahak-bahak sambil terduduk di atas tanah.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tak kelakar, takut dia patah tulang,’’ tulis seorang netizen.

“Nasib baik terjatuh di atas tayar,’’ komen netizen lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/13/aksi-remaja-ditertawa-jatuh-jongkang-jongket-buat-netizen-geram/

Pages: [1]
View full version: Aksi remaja ditertawa jatuh jongkang-jongket buat netizen geram


ADVERTISEMENT