Cintaerina Publish time 13-4-2022 05:22 PM

Gadis Belajar ODL Di Bonet Kereta Terharu Ramai Pensyarah Tampil Jadi Followers

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/171528ipo03otv9zptp88v.pngSumber: Tiktok Nisa




Enam hari lepas, viral video seorang pelajar perempuan dikenali sebagai Nisa, pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Pelajar ini mendapat pujian ramai apabila dia menunjukkan kegigihannya untuk menghadiri kelas online dalam bonet kereta untuk mendapat isyarat Internet yang stabil.


7083461592263691547


Hal ini terjadi disebabkan oleh pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) sejak bermulanya pandemik COVID-19 di mana para pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran secara online.


Pada awalnya, gadis ini tidak menyangka bahawa video yang dimuat naik akan tular di media sosial. Menurutnya, dia hanya mahu menunjukkan video hariannya mengikuti Online Distance Learning (ODL).


7085657636078685466


Baru-baru ini, Nisa sekali lagi memuat naik satu video di Tiktok yang menunjukkan beberapa pensyarah yang bertanyakan adakah Nisa sekarang berada di rumah atau di bonet kereta.


Mereka kelihatan sangat mengambil berat. Nisa juga sempat mengadu kepada pensyarah tentang videonya yang tular, tetapi reaksi pensyarahnya sangat sporting! Mereka juga menggalakkan Nisa untuk membuat content di Tiktok.


Kini, semakin ramai pensyarahnya yang telah mula menjadi followers Nisa di TikTok.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/171058fpvliq9dzvgqviaz.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/171058qdctre2zhrt2t3ri.png

Sumber: Tiktok Nisa


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Nisa bahawa dirinya sangat bertuah kerana mempunyai pensyarah yang sangat memahami dan sporting. - CARI

musangbodoh Publish time 14-4-2022 03:50 AM

kenapa dlm bonet x atas enjin kete.............{:runo

aleesyasofia Publish time 14-4-2022 06:28 AM

Kalau ikutkan ramai jer yang susah nak dapat line.. student iolss pun ada jer terpaksa pergi pekan dok kat tepi jalan.. tp, kita faham jerlah..

esbok Publish time 14-4-2022 09:01 AM

Lembut je Dr nya

doubleharmonic Publish time 14-4-2022 10:22 AM

kalau lecturer kau tu nenek puaka roshana mesti bakalan lagi viral letopan khensss
Pages: [1]
View full version: Gadis Belajar ODL Di Bonet Kereta Terharu Ramai Pensyarah Tampil Jadi Followers


ADVERTISEMENT