Cintaerina Publish time 13-4-2022 04:48 PM

"Ni Kalau Cikgu Laki Mesti Masuk Balai Dah", Lawak 'Kotor' Guru Wanita Dikecam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/164048sarey54a04rz1g0h.pngSumber: Tiktok teahoney




Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah kerana memikul tanggungjawab sebagai seorang guru untuk membentuk anak didik di masa hadapan sangat berat.


Pada zaman ini, ramai guru menggunakan media sosial untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya. Ramai pendidik dilihat memuat naik video berunsur berkenaan dengan subjek yang diajar di platform seperti TikTok dimana ia lebih padat dan menarik untuk pelajar.


Walau bagaimanapun, banyak juga sisi negatif media sosial. Kini, keperibadian seorang guru itu mudah dinilai melalui apa yang dikongsikan dalam akaun media sosial mereka.


Baru-baru ini menerusi platform Tiktok, terdapat sebuah trend di mana seseorang menunjukkan bahagian badan mereka yang boleh dijadikan sebagai 'bantal'. Trend itu banyak dilakukan pengguna luar negara kerana ia mempunyai maksud lucah dan trend sebegini jelas tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.


7085334650633194779


Pasti semua pembaca di sini tidak sangka apabila trend tersebut dibuat seorang pengguna Tiktok yang bekerja sebagai pendidik. Menerusi video itu kelihatan guru itu memakai baju kurung merah dengan kapsyen yang ditulis, "lepas berbuka takpe".


Video itu menjadi viral apabila ia ditonton sebanyak 573 ribu kali. Walaupun ruangan komen telah dipadam, penulis sempat membuat tangkap layar separuh daripada komen netizen.


Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan guru muda ini kerana secara tidak langsung perbuatannya menjatuhkan nilai dan maruah seorang guru.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/164049fi6vxgij4tti4j1t.pngSumber: Tiktok teahoney




Ada juga komen yang mengatakan sekiranya guru lelaki yang melakukan perkara sebegini, pasti akan menjadi kes polis. - CARI


imransulaiman Publish time 13-4-2022 06:19 PM

Nanti bila ramai yang kutuk, mesti berjuta alasan defensive!

anony-mous Publish time 13-4-2022 07:17 PM

Apa yg dia buat? Xfaham

eyansss Publish time 13-4-2022 07:22 PM

anony-mous: Apa yg dia buat? Xfaham

aku pun tak faham sebab video dah takde…

cik_nit Publish time 13-4-2022 08:23 PM

Dah tak ada pulak bideonya. Baru nak tengok

xtinkerbellx Publish time 13-4-2022 09:59 PM

Ade je video atas ni. Biasa je. Dia just tepuk suh baring atas riba.

adelea Publish time 13-4-2022 10:21 PM

Perempuan semua x salah ..
Realiti hurts !

sarahmirza Publish time 14-4-2022 09:22 AM

Cikgu ke pelakunya?
Yang gigih nak budak darjah 1 dtg sekolah berbungkus tapi cikgu sendiri perangai ke laut..
Nampak sopan sebab bertudung je tapi adab, aurat tak tau jaga..

Prickford Publish time 14-4-2022 09:28 AM

Dah la tak lawa, nak tiktok luar waktu sekolah tak boleh ke??? Kau bukan kerja dalam bidang komersial pon!

makton Publish time 14-4-2022 09:41 AM

cikgu2 muda skrg mmg ssuatu la.. pemakaian pun agak tak bersesuaian. ketat, nampak body.

hasniey Publish time 14-4-2022 11:54 AM

Dia buat video tepuk paha utk jdkan bntal.bpe seconds je
Lepastu komen2 ckp student lg.blom jd cikgu
Ni bakal2 cikgu la ni

hasniey Publish time 14-4-2022 11:56 AM

makton replied at 14-4-2022 09:41 AM
cikgu2 muda skrg mmg ssuatu la.. pemakaian pun agak tak bersesuaian. ketat, nampak body.

Cikgu sy dulu2 pon pkai ketat2
Tudung punyala singkat smpai boleh nmpk rantai leher dia:sweat3:
cikgu pakai ketat2,cntik2 ni bukan ikut zaman.ada je dr zaman dulu smpai skrg.
Cuma skrg ada sosial media.abes satu dunia tengok

renko Publish time 14-4-2022 03:29 PM

alah spesis2 sial cmni bukan nk keja sangat pun
nk berootd je live sana sini
lau mengajar pun bukan ikhlas mcm musibat je

krustykrab Publish time 14-4-2022 04:29 PM

hasniey replied at 14-4-2022 11:56 AM
Cikgu sy dulu2 pon pkai ketat2
Tudung punyala singkat smpai boleh nmpk rantai leher dia
ci ...

Betul...dgn kebaya singkat nan ketat nya...skg je sikit2 duk ckp akhir zaman..dah berpuluh tahun berlalu kot...

tupaiterbang Publish time 16-4-2022 12:54 PM

krustykrab replied at 14-4-2022 04:29 PM
Betul...dgn kebaya singkat nan ketat nya...skg je sikit2 duk ckp akhir zaman..dah berpuluh tahun b ...



tu tak campur lagi dgn mekap tebal berlapis2...pukul 5 pagi dah start mekap :lol:


Pages: [1]
View full version: "Ni Kalau Cikgu Laki Mesti Masuk Balai Dah", Lawak 'Kotor' Guru Wanita Dikecam


ADVERTISEMENT