Cintaerina Publish time 13-4-2022 04:13 PM

"Suami Dari Syurga," - Tak Paksa Masak Dan Buat Kerja Rumah, Wanita Bahagia Nikahi Lelaki Jerman

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/153447fqrpjs2whyzhs88x.pngSumber: Tiktok Anditah




Pada zaman ini, terdapat segelintir lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang di saat mahu menikahi seorang perempuan tetapi sebaik sahaja berkahwin, mereka sanggup jadikan isteri mereka seperti orang gaji.


Isteri mereka terpaksa memikul tugas mengemas rumah, memasak, menjaga anak sehinggalah mencuci baju. Lelaki seperti ini hanya tahu memberi perintah dan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam rumahtangga.


Namun tidak semua lelaki seperti itu. Mungkin kita pernah terjumpa atau kenal dengan lelaki yang menganggap dia 'raja' di dalam rumahtangga. Namun, banyak lagi lelaki yang baik di luar sana yang mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik.


Seperti kisah seorang wanita dari Indonesia yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman. Baru-baru ini wanita yang dikenali sebagai Anditahp telah memuat naik video mengenai suaminya di akaun Tiktok miliknya.


7085315887321910534


Suaminya sangat berbeza dengan suami-suami tipikal. Wanita itu mengaku suaminya itu sangat memahami bahkan tidak pernah memaksa dirinya untuk melakukan kerja rumah sekiranya dia letih bekerja dan sebagainya.


Menurut wanita ini, dahulu dia pernah dinasihati oleh ibunya agar menjadi seorang isteri yang taat dan perlu cekap memasak untuk suaminya kelak. Namun wanita ini sangat bertuah kerana mengahwini seorang lelaki yang ringan tulang dan tidak pernah meletakkan beban kerja rumah itu kepadanya. Walaupun suaminya baru bergelar seorang mualaf, suaminya sangat rajin beribadat dan mahu mengenali agama Islam dengan lebih mendalam.


7083866362849938693


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap mereka akan bertemu jodoh sebaik itu satu hari ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/153445edtin0sb8s0mzzq8.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/153445ga29f2mx3una4jhi.png

Sumber: Tiktok Anditah







Semoga nilai baik yang ditunjukkan oleh suami Puan Anditah menjadi ikutan buat lelaki di luar sana. -CARI

azie5zoe Publish time 13-4-2022 04:38 PM

Dapat suami okey jangan tayang sangat takut kena sondol. Tengok, ramai yang dah husya tu.

Adrif Publish time 13-4-2022 04:39 PM

Seperti kisah seorang wanita dari Indonesia yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman. Baru-baru ini wanita yang dikenali sebagai Anditahp telah memuat naik video mengenai suaminya di akaun Tiktok miliknya.

terus aku stop baca..:L

ini semua sinetron tiktok

Zaien Publish time 13-4-2022 04:44 PM

ceh klau tiktokk x boleh percayaaaaa

Zack8hunter Publish time 13-4-2022 06:06 PM

mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or suami yg tanggung semua, wife topup skit2 mcm kita?

adelea Publish time 13-4-2022 10:25 PM

Edited by adelea at 14-4-2022 11:37 AM

Aku tgk kebanyakan boss mat saleh aku semua baik baik belaka ....

Wpun kat opis deme la head of segala ..
Kat rumah jadi suami mithali

adelea Publish time 13-4-2022 10:27 PM

Zack8hunter replied at 13-4-2022 06:06 PM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...

Mana ada share ... Mostly laki yg sediakan semua ...bini top up2 itu pon sbb nak bantu ..
Jadi laki ni bila dah kawen kena paham responsibility...

Zack8hunter Publish time 14-4-2022 07:44 AM

adelea replied at 13-4-2022 10:27 PM
Mana ada share ... Mostly laki yg sediakan semua ...bini top up2 itu pon sbb nak bantu ..
Jadi lak ...

i see..so sama je la yer

Eva_yy_Ellin Publish time 14-4-2022 07:44 AM

Zack8hunter replied at 13-4-2022 06:06 PM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...

Bergantung, sama macam kita juga. Kalau mampu, suami tanggung semua. Kalau tak mampu, kongsi-kongsi dengan isteri.
Banyak baca di Reddit, kalau suami isteri kerja, diorang kongsi half-half perbelanjaan rumah

esbok Publish time 14-4-2022 09:11 AM

Baru semalam tembung dgn pasangan baru kawin. Kata orang tepi depa, 'awal2 ni takpa la laki manja2 , isteri buat. Biasa la tu.'

Bok: mana boleh, dari awal kang biasa, terbiasa sampai sudah. Mula dari awal (gitu daku kepochi dalam perbualan orang. eh kesah plak daku.)

Kang mula la bini tensen la, laki tak tolong la, hilang perasaan cinta la, saya je rasa beban lah (dalam hati bok je la;P)

mamajawie Publish time 14-4-2022 09:38 AM

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...jaga2 cikki yindon, nanti mbak friskis balik sana terus caras somi chuollss baru tau

Zack8hunter Publish time 14-4-2022 09:51 AM

Eva_yy_Ellin replied at 14-4-2022 07:44 AM
Bergantung, sama macam kita juga. Kalau mampu, suami tanggung semua. Kalau tak mampu, kongsi-kongs ...

i see..mcm kita kan mmg Islam yg wajibkan suami beri nafkah pada isteri dan anak2.. even terikat dgn mahkamah shariah (kononnya ;P).. so mcm mereka, suami commit due to culture, law or kesedaran diri erk?

Nuyak Publish time 14-4-2022 09:57 AM

baru berapa tahun je kawin tu...manis lagi..tunggu la beberapa tahun lagi mencabar ke tak mencabar...hahaha

uda Publish time 14-4-2022 10:31 AM

adelea replied at 13-4-2022 10:25 PM
Aku tgk kebanyakan boss mat saleh alu semua baik baik belaka ....

Wpun kat opis deme la head of seg ...

Betul tu.
And lagi satu kan mereka selalu jokes yang 'wife boss no 1 kat rumah', semua takut wife, takut mil.
Kat sini, terbalik pulak.

adelea Publish time 14-4-2022 11:40 AM

uda replied at 14-4-2022 10:31 AM
Betul tu.
And lagi satu kan mereka selalu jokes yang 'wife boss no 1 kat rumah', semua takut wife, ...

Yerr diorg selalu ckp wife depa yg handle everything... ..
Apa apa semua kena bincang dgn wife . Bagus laa..paham dah kawen semua bincang ... ..

Klu dapat bini x leh bawak bincang tu yg sampai bercerai tu ...

hasniey Publish time 14-4-2022 11:52 AM

Bagusnya omouteh ni.ada yg jenis mmg suami yg masak kt rumah.xpon gilir2 masak
Org Malaysia kawen omputeh pon ikut budaya mcmni..tgok la melayu yg isteri dia omputeh tu,suami yg masak hari2 wlaupon dia melayu

misspokoyo Publish time 15-4-2022 05:41 PM

laki aku yg tak german ni pon ok je.. xde paksa2 aku masak or kemas umah.... kdg dia sendiri sental bilik air...

faraway1 Publish time 16-4-2022 12:51 AM

Edited by faraway1 at 15-4-2022 12:05 PM

Bangun jam 9 pagi ni, anak dah sarapan, husband dah kemas dapur bersih. Sebab pagi buta lepas makan terus sambung tidur so bangun semua bersih..

Dan 16 tahun + masak asing asing sebab selera berbeza, no hal

faraway1 Publish time 16-4-2022 12:52 AM

Zack8hunter replied at 13-4-2022 05:06 AM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...

My husband tanggung semua, duit gaji sendiri punya...

penmerah Publish time 16-4-2022 07:55 AM

Syukur Alhamdulillah kepada semua Yang dapat Suami baik bertimbang Rasa
Sesungguhnya benarlah Suami Yang baik itu Dari syurga
Pages: [1] 2
View full version: "Suami Dari Syurga," - Tak Paksa Masak Dan Buat Kerja Rumah, Wanita Bahagia Nikahi Lelaki Jerman


ADVERTISEMENT