Agent13k Publish time 13-4-2022 04:10 PM

"Semoga Mendapat Hidayah," Wanita Bertudung Leka Main Game Ala Judi Atas Talian

Berjudi tidak kira dalam bentuk apa sekali pun, tetap jatuh dalam hukum haram.

Malahan, judi boleh juga memudaratkan manusia dari segi mental dan fizikal dan pelbagai iklan telah dibuat untuk menyebarkan kesedaran tentang bahayanya judi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/145513ohuhgwtcw80cgg6p.pngkredit foto: Facebook



Petikan dari Majoriti, baru-baru ini ada video tular di Facebook yang memaparkan seorang wanita bertudung yang kelihatan bermain permainan video yang mempunyai elemen judi di atas talian.

https://www.facebook.com/MajoritiOfficial/videos/1190370571766320

Difahamkan, video pendek itu menunjukan wanita tersebut yang telah dirakam oleh orang lain dari belakang itu secara leka menggunakan aplikasi permainan video itu dan ada netizen mengatakan itu mungkin permainan video yang bernama Big Win Casino Slott, Mega888ataupun Ultra Mega Big Win.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/13/145642w500ksfx2g5rr02f.pngkredit foto: Facebook



Menjengah di komen, ramai netizen yang memberi komen bahawa kita tidak boleh merakam suka hati dan memberi andai kepada wanita yang mungkin hanya main slot percuma dan tidak melibatkan wang langsung.-CARI
Pages: [1]
View full version: "Semoga Mendapat Hidayah," Wanita Bertudung Leka Main Game Ala Judi Atas Talian


ADVERTISEMENT