Raline Publish time 12-4-2022 11:03 PM

Pemuda popular selepas ubah muka untuk kelihatan seperti bintang K-Pop

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/9FC33C5A-6C3F-49EA-933A-10D9BBDEBEB3.jpeg
Transformasi wajah Tran dari sebelum melakukan pembedahan plastik hingga berwajah seperti bintang K-Pop. - Oddity Central

Pemuda popular selepas ubah muka untuk kelihatan seperti bintang K-Pop

HANOI – Seorang pemuda di Vietnam tular di media sosial selepas melakukan perubahan fizikal drastik yang menyaksikan dia kelihatan seperti bintang K-Pop, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Tran Dang Phuoc Cuong mula menjalani pembedahan plastik ketika dia berusia 17 tahun pada 2009 apabila menyambung pengajian di China.

Tran nekad melakukan perubahan pada wajahnya selepas dia gagal mencari pekerjaan sambilan di China kerana dikatakan kurang tampan.

Selama bertahun-tahun, lelaki itu membentuk semula bibir, melapik dagu, malah menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menurunkan tulang pipinya di samping memotong tulang rahang dan membentuk semula hidungnya.

Hasilnya, Tran menjadi seorang individu yang baharu.

“Saya tidak akan melupakan saat saya berbaring di atas meja bedah dengan cahaya lampu pembedahan di mata saya, bau antiseptik, anestetik, pembalut, dan muka saya bengkak dan tidak dapat dikenali.

“Ramai orang menyangka bahawa banyak pembedahan plastik boleh membuatkan anda ketagih, tetapi, pada hakikatnya, tiada siapa yang ketagih pada kesakitan.

“Sudah banyak kali saya terlintas untuk berhenti daripada melakukan pembedahan plastik pada wajah saya,” kata Tran.

Namun, lelaki berusia 29 tahun itu tidak pernah membiarkan kesakitan dan penderitaan akibat berulang kali menjalani pembedahan plastik, menghalang impiannya untuk mengubah penampilan sepenuhnya.

Kini, dia tidak sepenuhnya menyokong pembedahan plastik tetapi menasihati mereka yang mempertimbangkan pilihan itu untuk melakukannyajika mereka fikir ia dapat meningkatkan kehidupan dan keyakinan diri.

Tran sudah bergelar model bagi industri fesyen Vietnam dan berulang alik ke Shanghai untuk menguruskan beberapa perniagaan miliknya di sana. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/12/pemuda-popular-selepas-ubah-muka-untuk-kelihatan-seperti-bintang-k-pop/

Samerosie Publish time 13-4-2022 09:38 AM

Nanti bila dah kawhwin jangan lupa bgtau wife yg muka tu dah bikin.Karang dapat anak hidung kemek muka flat jgn salahkan binik hokey..

Samerosie Publish time 13-4-2022 09:38 AM

Double post.
Pages: [1]
View full version: Pemuda popular selepas ubah muka untuk kelihatan seperti bintang K-Pop


ADVERTISEMENT