Raline Publish time 12-4-2022 11:01 PM

Trend wanita letak pita pelekat pada dahi untuk cegah kedutan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/WhatsApp-Image-2022-04-12-at-17.47.10.jpeg
The Aussie Rapunzel mencuba kaedah tersebut dan kemudian terkejut melihatkan hasilnya. – Instagram The Aussie Rapunzel

Trend wanita letak pita pelekat pada dahi untuk cegah kedutan

SYDNEY – Satu tip kecantikan baharu yangtular dalam aplikasiTikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang modelAustralia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’mencuba sendiri kaedah itudan terkejut melihat hasilnya.

Dalam klip video mengenainya,wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.

“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangkaia akan berhasil,” katanya.

Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.

“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.

“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata pakar bedah plastik, Anthony Youn. – AGENSI

musangbodoh Publish time 13-4-2022 12:07 PM

errr apsal pakar bedah plastik yg komen?/ {:smileo
Pages: [1]
View full version: Trend wanita letak pita pelekat pada dahi untuk cegah kedutan


ADVERTISEMENT