Agent13k Publish time 12-4-2022 05:48 PM

"Nganjing Tahap Dewa," Netizen Terhibur Lihat Lelaki Cuba Mask Murah Buat Tarik Kereta

Baru-baru ini, ada berita yang menjadi tular di media sosial iaitu melibatkan pereka terkenal iaitu Jovian Mandagie yang mengeluarkan kenyataan tentang pelitup muka perlu ada cop Sirim untuk banteras pelitup muka "hauk" di pasaran.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/161416nl1htb0xn89xelz8.pngkredit foto: TikTok



Tidak lupa juga bahawa Jovian menjadi bahan ketawa di sosial media ekoran pelitup muka buatannya asyik terputus dalam siaran langsung bersama penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk mempromosikan produk milik Jovian.

7085291664599731483

Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki tarik kereta dengan menggunakan pelitup muka sahaja itu mendapat perhatian ramai netizen.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/161113jy0a9ajhcpyan0tz.pngkredit foto: TikTok



Difahamkan, lelaki dalam video itu mula menarik kereta dengan menggunakan pelitup muka yang tiada jenama itu tidak putus talinya dan dia dapat menggerakkan kereta tersebut tanpa sebarang masalah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/161224qe9z999v79l5ttg6.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di ruangan komen video itu pula, ramai netizen yang kagum dan terhibur dengan lelaki itu dan ada juga yang meninggalkan komen perli terhadap cadangan untuk buat pelitup muka ada cop sirim. -CARI

zarulnazmi Publish time 13-4-2022 07:31 AM

Saya rasa perkataan "hauk" lebih sesuai merujuk pada "tiada kualiti" berbanding "tiruan" atau palsu.
Pages: [1]
View full version: "Nganjing Tahap Dewa," Netizen Terhibur Lihat Lelaki Cuba Mask Murah Buat Tarik Kereta


ADVERTISEMENT