Cintaerina Publish time 12-4-2022 05:35 PM

Pasangan Kekasih Panik Rempuh Kereta Polis, Kantoi Buat Perkara Tak Senonoh

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/161843gkrr4ohnrzpr9u96.pngSumber: Google Image




Sebagai seorang manusia, menjadi satu lumrah di mana kita akan bertindak di luar jangkaan apabila sedang panik. Kadang-kala perkara yang kita lakukan semasa panik boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling dan diri sendiri.


Itulah perkara yang terjadi semalam apabila sepasang kekasih ditangkap kerana mereka telah merempuh kereta peronda ketika polis sedang membuat pemeriksaan kawasan.


Ketika itu mereka sedang berdua-dua di belakang sebuah premis di Jalan Humaira, Tanah Merah apabila polis telah datang untuk membuat pemeriksaan.


Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku dalam pukul 11 malam di mana seorang lelaki dan teman wanitanya kelihatan mencurigakan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/161932ehszim8gfw3zobdw.pngSumber: Kosmo!




Oleh disebabkan itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu terus memeriksa kenderaan tersebut dan ketika mereka menyedari bahawa ada pihak polis yang menghampiri kereta mereka, pemandu kereta telah bertindak dengan memecut kenderaan itu sebelum merempuh bahagia pintu depan kereta polis.


Kini pasangan kekasih itu sedang ditahan reman selama 3 hingga 7 hari untuk siasat lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Thunderclouds Publish time 12-4-2022 06:52 PM

Tered dah ada kan?
Pages: [1]
View full version: Pasangan Kekasih Panik Rempuh Kereta Polis, Kantoi Buat Perkara Tak Senonoh


ADVERTISEMENT