Cintaerina Publish time 12-4-2022 05:34 PM

"Wanita Hebat Dan Kuat," Gadis Kesian Tengok Ibu Bapa Cari Rezeki, Sanggup Kerja Angkat Simen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/153904ulqacfbqwz1yklwy.pngSumber: Tiktok Nurhalisa




Baru-baru ini, kisah pelajar perempuan ini menjadi viral kerana dia sanggup bekerja mengangkat simen untuk membantu ibu bapanya mencari rezeki.


Gadis yang dikenali sebagai Nur Halisa telah memuat naik video mengenai kisah itu melalui akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan dia sedang memikul gundi simen itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam bangunan.


7081596977254878491


Ketika ditemu bual oleh Detik.com, Halisa berkata dia bekerja keras dengan niat untuk membantu meringankan beban kedua ibu bapanya dan ingin berbakti kepada ibu bapanya sementara mereka masih ada. Halisa kesian dan tidak sanggup melihat ibu bapanya yang bekerja mencari rezeki. Oleh itu, dia mahu membantu mereka.


7083383578180078874


Tujuan Halisa memuatnaik video itu ialah kerana dia mahu penonton yang melihat video itu sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh dengan hidup ini walaupun kadang-kala sangat sukar.


Kini video yang dimuatnaik oleh Halisa telah mendapat sebanyak 4.9 juta penonton. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Halisa seorang gadis yang hebat dan kuat. Dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan semoga setiap usaha yang dilakukan oleh Halisa akan membuatkan dia berjaya satu hari nanti. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/153902qdp1fu3pg6yg4bw4.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/153902rtjv7ul9j19vgl3l.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/153902w0tkj5ukmrk5zttk.png

Sumber: Tiktok Nurhalisa




Pages: [1]
View full version: "Wanita Hebat Dan Kuat," Gadis Kesian Tengok Ibu Bapa Cari Rezeki, Sanggup Kerja Angkat Simen


ADVERTISEMENT