Agent13k Publish time 12-4-2022 05:33 PM

Kalah Dalam Game FIFA, Lelaki Hempas Controller PS5 Ke Karpet Tetapi TV Pula Jadi Mangsa!

Kita kalau main permainan video, selalunya kita main untuk mengurangkan stres harian ataupun mahu mengisi waktu lapang, tetapi ada beberapa permainan video yang pada mulanya seronok tetapi boleh bertukar menjadi ganas.

Permainan video seperti FIFA, Rainbow Six Siege, Valorant, DOTA, Darkest Dungeon terkenal dengan buat "gamers" jadi baran.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/12/144421yrauuukuxjs6uxpd.pngkredit foto: Twitter



Baru-baru ini di media sosial Twitter ada video tular yang memaparkan seorang lelaki kelihatan berang sewaktu bermain FIFA sehingga menyebabkan TV di ruang tamu menjadi mangsa berang lelaki itu.

https://twitter.com/aliazafff/status/1512787817189220353?s=20&t=IuXXxrz7zFqD_sKIAWsb7w

Lelaki itu jelas tidak puas hati dengan keputusan akhir FIFA, dia terus mencampakkan controller PS5 kepada karpet mainan kanak-kanak dan secara kebetulan melantun tepat ke arah TV kemudiannya TV itu terus rosak akibat perbuatan.

https://twitter.com/aliazafff/status/1513050201569005570?s=20&t=IuXXxrz7zFqD_sKIAWsb7w

Difahamkan, perbuatan itu mengejutkan ramai netizen kerana menganggap lelaki itu tidak pandai menjaga emosi dan risau jika ini adalah perkara yang biasa baginya, tetapi pemilik akaun itu beritahu lelaki itu bukanlah seorang yang ganas dan bukan jenis suka mencampak barangan seperti yang dilabel oleh beberapa netizen di Twitter.

https://twitter.com/caramelkoala92/status/1513321832635834369?s=20&t=rYg55XyoLOvV8mfOPydwtQ

Tambahan pula, ramai netizen mengambil iktibar bahawa hobi permainan video bukan murah dan jika rosak, memang amat sukar dan mahal untuk ganti. -CARI

Adrif Publish time 13-4-2022 02:26 AM

marahkan nyamuk, kelambu dibakar

kakigojes Publish time 13-4-2022 05:56 AM

Itula kan orang kata, to each it’s own. I tengok sekali rasa je and tak find it funny pun. But it’s a standard reaction kalau frust main game

fifie_olin Publish time 13-4-2022 08:45 AM

beli baru saiz lagi besar:lol:

SedihPedih Publish time 13-4-2022 08:50 AM

ha..rasakan akibat pe el suka hempas2 barang kalau marah.. hadap la kan..

esbok Publish time 13-4-2022 01:11 PM

Main game ni. Biasanya perempuan akan emo lebih. Tekan controller sampai nak tenggelam button. Kalau lelaki ni, biasa nya chillax. Jadi kalau tengok lelaki emo kalah main game macam ni, menakutkan juga sebenarnya.

TalibanRock Publish time 13-4-2022 02:18 PM

Main game PC hempas mouse..

renko Publish time 13-4-2022 02:34 PM

perangai macam monyet berebut pisang
Pages: [1]
View full version: Kalah Dalam Game FIFA, Lelaki Hempas Controller PS5 Ke Karpet Tetapi TV Pula Jadi Mangsa!


ADVERTISEMENT