Cintaerina Publish time 12-4-2022 02:47 AM

"Cakap Direct Kang Gaduh" - Wanita 'Geram' Jiran Sidai Pakaian Di Pagar Rumahnya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/11/174507ozew8t58xce55ztz.pngSumber: Tiktok Kay Nurisy




Mahu tegur namun takut bergaduh. Itulah dilema yang dihadapi oleh seorang wanita apabila jirannya menjemur pakaian di pagar rumahnya tanpa rasa bersalah.


Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Kay Nurisy. Menerusi video itu, wanita ini telah meluahkan perasaannya apabila mendapat jiran yang tidak ada perasaan common sense kerana menyidai baju di sepanjang pagar rumahnya.


Lebih mengejutkan lagi apabila jirannya juga turut menyidai pakaian dalam tanpa ada perasaan malu.


7084406146924023066


Tambah wanita ini, ketika dia sedang berada di dapur, dia dapat melihat jirannya itu sedang menyidai baju. Walaupun jirannya dapat melihat dirinya berada di dapur, namun tidak pernah sekali pun dia datang meminta izin untuk menyidai baju di pagar rumah wanita itu.


Hal ini telah menyebabkan wanita ini terfikir untuk meletakkan paku pada pagarnya untuk mengelakkan jirannya itu tidak lagi menyidai baju mereka di pagar rumahnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/11/174504ejw3p1fvpp1h27g2.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/11/174503ozgsso1r72or1sro.png

Sumber: Tiktok Kay Nurisy




Pernah berdepan situasi sama? Apa yang anda lakukan? - CARI


Adrif Publish time 12-4-2022 04:25 AM

risaukan baju sebab takut bergaduh..

apa kata risaukan rumput tu dulu. weyhhh ular kalau lalu takda sapa nampak seram wey

takpun gini. asal dia sidai baju je, ko pun rajin pam racun rumput.
nanti mesti baju dia yang bersidai tu, melekat bau racun rumput. busuk nak matiii

sok lusa mesti dia tobat tak nak buat dah

helicornia Publish time 12-4-2022 08:03 AM

Bakar sampah time dia sidai baju haha

chinta89 Publish time 12-4-2022 08:35 AM

aaaa ku setuju bab letak minyak gas pada pagar... hahahahaha.

heran eh org yg hidup xde common sense ni

Supersirap Publish time 12-4-2022 08:40 AM

Benda macam ni memang payah nak tegur, susah kalau ada jiran yang tidak boleh berfikir secara luas dan terbuka

ladybugz Publish time 12-4-2022 09:23 AM

berkongsi pagar atau pagar sis sorg? apapun hidup berjiran ni kena give n take.

musangbodoh Publish time 12-4-2022 09:53 AM

rumput kasi tinggi lg kak...

annehuda Publish time 12-4-2022 10:04 AM

bg aku kalau kucing berak depan rumah aku lg boleh bersabar dari dapat jiran mcm ni. at least kucing mmg takde otak

cikatilia Publish time 12-4-2022 10:22 AM

kalau dpt jiran saiko mmg membawak bertahun2 musuhan tu

prettyuglybabe Publish time 12-4-2022 10:23 AM

batak content ke apa..
ada ke orang sidai seluar macam tu?
biasa kalau kita sidai seluar, bahagian kaki akan jadi belah kita, bahagian pinggang mengadap sebelah sana..
longkang boleh tahan lebar jugak kalau jiran tu nak sidai belah kaki tu dalam pagar..
cuba ingat macam mana korang sidai baju..
i walau pakai dryer or guna hanger, i still ingat kedudukan jemuran seluar macam mana..

kuewTiau Publish time 12-4-2022 11:01 AM

baru jadi semalam
bukan pasal kain jemuran, tapi pasal kotak+kucing

rumah depan rumah kosong yang dah puluhan tahun xde orang duduk
tapi ade la yg menumpang duduk free (abg@adik kepada jiran sebelah)
jiran sebelah bela kucing, kami ok je sebab dia reti jaga.
sekali pakcik ni letak kotak banyak-banyak depan rumah kami dah macam nak buat perumahan baru kat kucing
so iols runtuhkan balik kotak-kotak tu dan himpun satu tempat. bau tak yah cakap la
balik dari keje, tengok kosong dah.
actions speak louder than words.ha gituu

copy_paste Publish time 12-4-2022 11:22 AM

ladybugz replied at 12-4-2022 09:23 AM
berkongsi pagar atau pagar sis sorg? apapun hidup berjiran ni kena give n take.

berkongsi pagar,
kalau xnk org jemur kat pagar kena naikkan pagar batu bagi tinggi,

makton Publish time 12-4-2022 12:42 PM

kenapa aku tgk cara jemuran pakaian tu mcm disidai dr dlm kwsn rumah dia?
bukan disidai dr kawasan sebelah luar kat longkang tu?
kwsn berumput tu mcm laman blkg rumah kan?

salimrock Publish time 12-4-2022 03:00 PM

apa susah, jemur je ikan kering atas baju dia, ketip sekali, kalo dia marah minta maap la ye, ni rumah sy ni, kebtulan ikan kering ni basah pulak...

naina Publish time 12-4-2022 05:06 PM

Kongsi pagar ok kot
Kalau pagar sorang memang pelik la tibe ko nak sidai rumah orang
Aku pun kongsi pagar yela rumah taman kan sidai jelah alas kaki.hahah
Orang sebelah pun boleh buat camtu. Dah tu je tempat sangkut.kah3
Tapi rumah sebelah aku kosong. Baru je ni tuan rumah datang renovate. Jiran sebelah rumah kosong lagi best. Bercucuk tanam lagi anak2 pokok durian. Haha. Nasib duk polibag. Tuan rumah dah datang tak kalih2 lagi pokok dia

cik_Sally Publish time 12-4-2022 06:26 PM

Macam disidai dari dalam...demi kontenkah?

Gomea Publish time 13-4-2022 08:31 PM

Rumput panjang
Kotak polistrin bersepah2

Gomea Publish time 13-4-2022 08:31 PM

Rumput panjang
Kotak polistrin bersepah2
Jiran ingat takde orang tinggal lagi kot umah tu

krustykrab Publish time 14-4-2022 05:02 PM

Jiran aku pun spesis mcm ni la..malas nk tegur takut bermasam.muka...dpt jiran yg jenis muka tak malu, tak tau sempadan rumah kt mana:dizzy:

Samerosie Publish time 15-4-2022 01:54 PM

Jiran dia masuk dalam gate dia ke sidai baju?Nampak macam semua sidai dari dalam je bukan dari luar.Plus kat situ ada longkang besar kat luar, silap step terjerumus ke lembah dingin.
Pages: [1] 2
View full version: "Cakap Direct Kang Gaduh" - Wanita 'Geram' Jiran Sidai Pakaian Di Pagar Rumahnya


ADVERTISEMENT