tatod Publish time 11-4-2022 10:14 AM

Nak Putih Punya Pasal, Wanita Hidap Kanser Gara-Gara Whitening Drip

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/11/095430f31fj31ypx4p1jhn.png

Termakan dengan kata-kata manis seorang rakan mengenai kesan pencerahan dengan kaedah whitening drip, wanita yang menggunakan nama Ladyvin di TikTok akhirnya terpaksa menerima hakikat dia kini adalah penghidap kanser.


Berkongsi kisahnya menerusi aplikasi tersebut, dia menyesali tindakannya yang mudah percaya dan obses untuk mendapatkan kulit cerah membuatkan dia berani untuk melakukan kaedah terbabit.


"Jangan lakukan prosedur whitening drip. Ini nasihat saya untuk kamu semua. Saya kongsikan pengalaman ini agar tidak ada yang salah buat pilihan.


"Nak cantik biar cara selamat. Dengar nasihat saya. Jangan mudah terpengaruh nak cantik nak putih. Apa Allah bagi, bersyukur," tulisnya.


7084649879695265050


Menjalani rawatan kemoterapi, bukan mudah baginya untuk reda dengan keadaan diri apatah lagi melihat rambutnya yang banyak gugur hanya selepas 14 hari selepas rawatan.


Dia juga menjalani dua kali pembedahan mastektomi iaitu istilah yang digunakan untuk membuang satu payudara, atau seluruh payudara, atau nodus limfa di bahagian ketiak bagi mencegah penyebaran kanser.




7085047294004874522





Walaupun apa yang dilaluinya itu adalah satu penderitaan yang berat untuk ditanggung, wanita itu bagaimanapun menyifatkan ia adalah ujian dari Allah untuk menjadikan dia insan lebih kuat.


Kini semakin pulih, wanita itu memilih untuk menjalani gaya hidup sihat selain menyebarkan maklumat mengenai bahayanya whitening drip. -CARI



evlinne Publish time 11-4-2022 11:01 AM

Eh cucuk drip apa kak sampai jadi kanker begini?
Drip yg beli timbangkilo dri siam, korea apa bagai tu ke?
Seramnya iols tengok
Kdg iols pun akui kulit cerah tu cantik tpi tak seberani ni lah nak buat
Beli body scrub, losyen nivea je pas tu sental banyak2 kt kulit hahaha

Normabaru Publish time 11-4-2022 12:08 PM

Jap..dh nk mati pon batak viral ke..

Klu btul nk share.share Nama klinik siap nama produk..bkn kisah separuh jln

felinecat Publish time 11-4-2022 09:06 PM

Cancer banyak trigger factor. Bukan drip je.. Citer x habis ni.. Cancer breast ke ape xciter

anony-mous Publish time 11-4-2022 10:40 PM

Tp betul ke? Entah2 mmg ada sel kanser dari dlu? Sbb tgk punya lah ramai org buat drip ni elok jah sihat. Habis2 pon rosak buah pinggang

anony-mous Publish time 11-4-2022 10:40 PM

felinecat replied at 11-4-2022 09:06 PM
Cancer banyak trigger factor. Bukan drip je.. Citer x habis ni.. Cancer breast ke ape xciter

Dari artikel tu breast cancer. Faktor utama breast cancer ni keturunan kan

ripiled585 Publish time 28-5-2022 05:25 PM

http://doramasmp4.ec/
Pages: [1]
View full version: Nak Putih Punya Pasal, Wanita Hidap Kanser Gara-Gara Whitening Drip


ADVERTISEMENT