arya1986 Publish time 10-4-2022 05:02 PM

Tolong aku. Tolong nasihat aku.

Assalamualaikum,

Aku nak minta pendapat dari korang semua. Masalah aku ni terlalu panjang untuk diceritakan. Tapi aku akan cuba untuk ringkaskan. Aku ada kenal dan bercinta dengan sorang laki ni, aku namakan dia A. Aku kenal si A ni masa hujung tahun 2018. Masa tu aku dah lama tak bercinta, lepas tu jatuh hati dengan si A ni. Dalam tempoh aku bercinta dengan dia, aku dah kenal keluarga dia and dia pun kenal keluarga aku. Of course family aku expect untuk aku dengan dia cepat kawin. Silap aku, aku tak selidik siapa dia ni sebenarnya.

Aku pun masa tu tak sabar juga nak kawin sebab aku sayang sangat dengan dia. Dalam tahun 2019, aku bergaduh dengan dia dan masa tu hati aku tergerak untuk cari socmed dia. Apa yang aku jumpa, gambar dia bertunang dengan perempuan lain. Masa tu dunia aku hitam, aku terus tanya dia n dia deny. Bodohnya aku, aku percaya. Sepanjang hubungan ni memang aku ada banyak buat silap dan tersilap langkah.

Kami pun berbaik, ayah aku dah mula mendesak tanya bila keluarga sebelah dia nak datang meminang. Kami pun merancang bulan 3 2020. Malangnya, hujung tahun 2019 dia kata dia nak pergi outstation di negeri dalam Malaysia and aku percaya. Seminggu sebelum dia ke sana, hati aku tiba2 rasa tawar dengan dia. Aku percaya rasa ni Allah yang bagi untuk aku pergi dari dia. Tapi aku menafikan lagi. Hari dia ke sana, hati aku tak sedap sebab phone dia off sepanjang dia dekat sana. Dia tak pernah buat macam tu. Sekali lagi Allah bagi aku naluri tak sedap hati, aku check socmed tunangnya, ternyata dorang dah pun berkahwin di sana.

Hati aku hancur luluh. Aku terbayang orang tua aku, aku buang kawan-kawan aku demi dia. Bila jadi macam ni aku sorang telan. Lepas dia dah berkahwin dekat sana, dia balik and nak jumpa aku, aku menangis meraung sekuat hati. Dia janji tetap akan berkahwin dengan aku walau apa pun jadi. Hati aku sakit sangat sebab masa kantoi gambar tunang tu, aku ada pm isteri dia, tp isteri dia pun deny kata kawan. Masa tu aku sakit hati dengan dua orang ni sebab tak jujur dari awal.

Masa tu aku buntu, aku tak tau nak cerita dekat siapa. Aku sedaya upaya sorok dari orang tua aku. Dan bodohnya aku, aku stay lagi dengan dia. Dia pujuk isteri dia untuk terima aku and akhirnya isteri dia terima aku. Tapi orang tua aku tidak. Orang tua aku tak terima sama sekali. Lepas tu aku stay dengan dorang, dari isteri dia belum pregnant sampai la dah bersalin.

Macam-macam kami hadap. Untuk pengetahuan semua, si A ni tiada sumber kewangan yang kukuh. Untuk dia sara aku dan isteri serta anaknya, aku tak nampak. Disebabkan aku bekerja dan mempunyai pendapatan yang cukup (Alhamdulillah), aku boleh tolong cover mana yang tak cukup. Sepanjang aku berada bersama mereka, aku dan dia belum menikah sehingga ke harini, aku dapat tengok rumah tangga dorang panas. Selalu bergaduh.

Terkadang aku serba salah dengan isteri dia. Aku dan isteri dia rapat, banyak share benda. Si A ni pula jenis susah untuk diajak bincang. Perlu bergaduh dulu baru dapat kata sepakat. Dari hari ke bulan dan ke tahun ni, aku jadi banyak fikir dengan masa depan aku, ibadah aku. Syurga aku - orang tua aku. Untuk nyatakan hasrat aku untuk balik ke orang tua aku sangat susah. Sebab si A tak berapa pentingkan halal haram.

Aku mengaku aku pun tak baik, aku pendosa. Aku cuma nak berubah, aku dah tak nak hidup macam ni. Rezeki selalu sempit, hati tak tenang. Hidup aku tak tau la berkat ke tak dalam tempoh aku dengan dia. Aku tak fikir panjang, aku terus cakap dengan dia aku bergaduh besar dengan mak ayah aku sebab dia. Aku nak balik rumah dorang.

Dan semestinya dia mengamuk and dia menangis. Aku sayang dia, tapi keutamaan aku adalah mak ayah aku. Aku tinggalkan rumah tu, sepanjang aku tinggalkan rumah tu, hidup aku huru hara. Dia mengugut untuk hancurkan keluarga aku dan hidup aku. Lepas tu kebohongan aku pun dah bocor, sebab dia memang pandai untuk mengorek segala hal aku.

Sekarang Si A semakin marah dengan aku sehingga tahap tak boleh nak berbincang. Dia nak hancurkan hidup aku dan keluarga aku. Aku dh cuba bincang, aku dah cuba macam2 tapi dia tetap macam tu. Tolong nasihatkan aku, dan aku perlukan doa dari korang. Tolong doakan aku.

Korang tolong nasihatkan aku, apa aku patut buat.





lattehazelnut Publish time 10-4-2022 10:33 PM

Xde pape ikatan da bg segalanye, kalau xsedar diri u bodoh, xleh nak buat pape la..

Ingat allah, ingat family, dan berubahlah.. Take care of yourself first before fikir bercinta balik..

zehra2 Publish time 11-4-2022 06:47 AM

TT ni dah kena mandrem ke... tpisi hati ko ada niat nk berubah. jadi jgn takut.
balik lah ke pangkal jalan.balik pd mak bapak. kalau A buat mcm2.. ko guna je undang2.. report polis

prettyuglybabe Publish time 11-4-2022 09:38 AM

kalau dia ugut ancam ke apa, pi buat report polis sudah..
u nak berubah, u la kena doa untuk diri sendiri..
nak harap orang lain doa, sampai berbuih mulut pun, kalau u masih bodoh, tak ke mana peginya..
u tu bank dia, dah tentu la dia mati-mati tak nak lepas..
or else, u stay la dulu sampai bodoh u habis..
nanti dah miskin dah tak ada apa dah kena buang, baru la u taubat and mulakan hidup baru..

eyansss Publish time 11-4-2022 11:28 AM

1. kumpul segala bukti ancaman - video/ whatsapp/ msg/ email
2. buat police report
3. submit request ke mahkamah untuk letak restraining order
4.baiki balik hubungan dengan parents
5. halalkan dan lepaskan apa yang ko dah bagi terutamanya duit supaya hati lebih tenang
6. baiki balik hubungan dengan kawan2, or cari kawan2 baru

SedihPedih Publish time 11-4-2022 11:52 AM

cara apa yg dia nk hancurkan you and your family?

kalau dari kefahaman i, x tak nampak apapun kebaikan yg A buat kt u selain MENYUSAHKAN, so balikla ke pangkuan keluarga dan minta pertolongan. Dia mmg nampak u sebagai tukang sara family dia aja.. kalau u tak berduit, mmg lama dh dia campak u..

Sayang u kt dia tu mmg x berbaloi langsung... perbaiki diri you, baiki hubungan dgn semua org yg ikhlas care kt u and of course baiki hubungan dgn Allah. Minta pertolongan Allah tu sebanyak mungkin.. and jgn takut nk lari dari hubungan yg ntah apa2 ni.

Apapun, I doakan semoga semua urusan u dipermudahkan.

Normabaru Publish time 11-4-2022 12:30 PM

TT mmg betul2 nk berubah ke?

Klu betul then kena break pattern
Repair blk hub dgn fmly
Pindah tmpt kerja n tmpt tinggal klu blh
Kena jauh dr manipulator mcm si A
Action speaks louder than words
Tindakan dia xbertanggungjawab skrg itulahjawapan sebenar betapa level sampah dia pada ko

Bagus ko ngaku ko bodoh
Ko minta nasihat,minta doa etc
Tp benda ni sume atas diri ko
Klu xde level jenayah xperlu buat report polis pon sbb nnt memalukan diri sendiri je..since it's ur own fault kan
Cuma manipulator ni ada perangai parasite..
Parasite ni slagi xhbs hisap dia xkn tinggal
So larilah laju2..
Always minta pertolongan dari Allah dan terus terangla dgn parents ko
Minta maaf dgn dorg
Jgn jd kacang lupakan kulit

Buka buku baru..
Amalkan solat taubat n hajat sentiasa
Zikir la haulawalaquwata illa billah dgn ya hayyu ya qayyu hari2 setiap masa free..minta Allah izin bg kekuatan nk berubah jd baik

Semoga dipermudahkan segala urusan ko dik:loveliness:

adila39 Publish time 11-4-2022 11:41 PM

apa bendalah dik... end it je la. apa susah sgt

Meiizu Publish time 12-4-2022 05:21 PM

Dah balik rumah parent ke blum?
Dah angkut smua brg kat rumah lama tu?
Nak bincang apa..buat jelah..jgn sampai ko plak yg pregnant.lagi susah

Naatasha Publish time 12-4-2022 09:01 PM

Lorr tt duk jadi sumber kewangan diorang ke? :o

Dah tau depa tu kawen patut blah je lah, sanggup duduk serumah dgn diorang. Siap nak bermadu.

Kalo jantan tu ada banglo berbiji2, private jet, kapal layar 8 bijik, berbaloi juga nak himpit. Ini yg ada hanya cinta, tu pun dia kawin dgn perempuan lain. Kau ingat cinta boleh kenyang ke? Kesian sampai tak tau nak menghargai diri sendiri

syamzana Publish time 14-4-2022 09:42 PM

mmmm....harap kembali ke pangkal jalan.
iols taip pnjg berjela td tp penuh makian je la utk tt. kenangkan tt nak berubah, iols delete je la.

Tinot7 Publish time 15-4-2022 10:13 AM

TT ada lagi ke dakk?

evlinne Publish time 7-5-2022 10:07 PM

Selalu pompuan huduh mmg suka serahkan segalanya kt jantan sbb takut kena tinggal
So uols ni ada rupa ke huduh?

Lavender_Violet Publish time 11-5-2022 09:55 AM

Bila terlalu sayang perempuan mmg auto jadi bodoh
Aku tak kata TT
Aku pun mcm tu :(

Nnoor2 Publish time 11-5-2022 10:04 AM

Lavender_Violet replied at 11-5-2022 09:55 AM
Bila terlalu sayang perempuan mmg auto jadi bodoh
Aku tak kata TT
Aku pun mcm tu

Lelaki pun sama...jika dia syg sgt pada seseorang dia sanggup buat apa je..hatta buang mak ayah dia...

Lavender_Violet Publish time 11-5-2022 10:10 AM

Nnoor2 replied at 11-5-2022 10:04 AM
Lelaki pun sama...jika dia syg sgt pada seseorang dia sanggup buat apa je..hatta buang mak ayah di ...

Tapi peratus lelaki bodoh banding perempuan ni kurang
Sebab lelaki ada ego dia sendiri
Kebanyakannya rasa diri diorang superior so diorang mentally abuse partner diorang
Lelaki akan buat partner diorang jadi vulnerable bila dia nampak partner tu sayang dia
Buang mak ayah tu biasanya bila dah jadi laki bini...laki sayang sangat bini, ikut cakap bini
Tapi time courting biasanya ppuan yg akan jadi bodoh lebih

namr Publish time 11-5-2022 02:21 PM

Kenapa la pompuan ni bila bercinta je bodoh..aku ada kawan camni la..pekat sgt bodoh kalo bab jantan..yg peliknya tak serik2, berkali2 kena tipu dgn jantan

shida81 Publish time 17-5-2022 11:09 AM

Apa itu sayang? Cinta?
Perlu ke bute dek cinta?
Umur bkn muda.. Matured enough to know right n wrong.. Halal n haram
U da tau apa patut buat.. Go for it
Tggl kan bende2 complicated ni...
Mati x tentu bile... Buatnya mati tgh berdosa...

MissVixen Publish time 19-5-2022 10:00 AM

Diam je tt. Dah kena bunuh ke? Ye la. Sape je tahu tt ada serumah. Bukti nikah pun takde. Kalau kena simen pun, sape je yang tahu.

plasminas Publish time 6-7-2022 01:36 PM

MissVixen replied at 19-5-2022 10:00 AM
Diam je tt. Dah kena bunuh ke? Ye la. Sape je tahu tt ada serumah. Bukti nikah pun takde. Kalau kena ...

seram lak

kena siasat nih
Pages: [1] 2
View full version: Tolong aku. Tolong nasihat aku.


ADVERTISEMENT