Vellfire Publish time 9-4-2022 01:41 PM

Saudi benarkan sejuta jemaah kerjakan haji tahun ini

https://j5x6u8n2.rocketcdn.me/wp-content/uploads/2016/09/Arab-Saudi-flag-1.jpg

RIYADH: Tahun ini Arab Saudi membenarkan kuota sejuta jemaah mengerjakan ibadah tersebut dari seluruh dunia.
Semenjak pandemik Covid-19, tahun lepas Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 jemaah mengerjakan salah satu Rukun Islam itu.
Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hanya membenarkan jemaah berusia bawah 65 tahun melakukan ibadah haji.
Jemaah juga disyaratkan sudah mendapatkan vaksin lengkap dan membawa kad vaksin.
Untuk jemaah dari luar Arab Saudi, syarat lain dikenakan ialah hasil ujian PCR mestilah negatif.

sarawakvoice.com/2022/04/09

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:57 PM

rindu nk gi haji lg
Pages: [1]
View full version: Saudi benarkan sejuta jemaah kerjakan haji tahun ini


ADVERTISEMENT