Vellfire Publish time 9-4-2022 01:38 PM

Pesawat kargo pecah dua semasa pendaratan kecemasan di Costa Rica

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220409/jose.jpg

Pesawat kargo DHL dilihat dalam keadaan pecah dua selepas melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santa Maria di San Jose, Costa Rica, kelmarin. — Gambar AFP

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo pecah dua ketika melakukan pendaratan kecemasan di Costa Rica kelmarin, dalam satu kemalangan yang menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang antarabangsa diSan Jose.

Asap yang berkepul-kepul keluar dari pesawat berwarna kuning terangmilikgergasi logistik Jerman DHL ketika iamendaratuntuk berhenti, telah tergelincir keluar dari laluan apabila ia berpusing dan pecahdi sekitar bahagian tayar depan.
Dua anggota kru di dalamnya berada “dalam keadaan baik,” menurut ketuabomba Costa Rica, Hector Chaves.
Bagaimanapun, kedua-dua anggota kru yang berasal dari Guatemala itu telah dihantar ke hospital sebagai satu langkah berjaga-jaga “bagi pemeriksaan perubatan,” menurut Guido Vasquez, seorang kakitangan Palang Merah.
Juruterbang tersebut berada dalam keadaan terkejut namun kedua-dua kru dalam keadaan sedar dan “mengingati semua kejadian dengan jelas,” tambah Vasquez.
Kemalangan berlaku hanya sebelum jam 10.30pagi waktu tempatan selepas pesawat Boeing-757, yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Juan Santamaria di luar San Jose, telah terpaksa untuk kembali 25 minit kemudian bagi melakukan pendaratan kecemasan berpunca daripada satu masalah teknikal.
Nampaknyakru terbabit telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan mengenai masalah hidraulik.
Lapangan terbang ditutup sehingga jam 6 petang waktu tempatan. — AFP

utusanborneo.com.my/2022/04/09
Pages: [1]
View full version: Pesawat kargo pecah dua semasa pendaratan kecemasan di Costa Rica


ADVERTISEMENT