Cintaerina Publish time 8-4-2022 11:31 AM

Driver Lalamove 'Lesap' Dengan Beg Louis Vuitton Harga RM6500, Penjual Cuma Dapat Pampasan RM400

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104825nbtcxopbdtshbscp.pngSumber: Facebook Vintage Sac My




Baru-baru ini, seorang peniaga dari syarikat Vintage Sac My telah meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun Facebook syarikat itu. Peniaga itu mendakwa telah 'terpedaya' dengan 'terms and condition' syarikat kurier Lalamove sehingga menyebabkan syarikat itu kerugian ribuan ringgit.


https://www.facebook.com/102671771584158/posts/511700167347981/?d=n


Menerusi posting Facebook itu, peniaga ini memaklumkan bahawa mereka telah menghantar sebuah beg berjenama Louis Vuitton Locky BB Parcel in Blue Jean menerusi perkhidmatan kurier Lalamove.


Sebelum ini mereka sering menggunakan perkhidmatan kurier itu dan seperti kebiasaan, driver Lalamove akan datang mengambil barang yang ingin dihantar untuk diserahkan ke rumah pelanggan.


Namun apakan daya, barangan yang sepatunya dihantar itu terus 'lesap' setelah pelanggan complain tidak menerima sebarang 'parcel'. Keadaan menjadi lagi buruk apabila pemandu kurier itu juga telah lesap bersama parcel tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104826dlnrfzricn59onbf.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104826tu38susuus7ssqj9.jpg

Sumber: Facebook Vintage Sac My





Sebagai peniaga yang berintergriti, mereka secara rela hati membayar ganti rugi sebanyak RM6500 kepada pelanggan itu namun dalam masa yang sama juga mereka telah 'follow-up' dengan syarikat Lalamove berkenaan isu kehilangan barangan tersebut.


Menurut peniaga, syarikat Lalamove dilaporkan telah memberi respon untuk melakukan siasatan mengenai isu tersebut namun selang beberapa hari, mereka telah menerima email yang mengecewakan.


Syarikat kurier itu telah membalas email mereka dengan mengatakan peniaga tersebut tidak membeli insurans perlindungan dan hanya mendapat pampasan untuk kehilangan barang bernilai RM400.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104825dndggcl7qdqzzn7j.jpgSumber: Facebook Vintage Sac My





Namun menurut peniaga tersebut, mereka tidak menjumpai tab untuk membeli insurans perlindungan di laman web syarikat kurier tersebut. Yang membangkitkan lagi kemarahan peniaga itu adalah apabila pampasan yang diberikan cuma sekadar 'kredit' yang boleh digunakan untuk penghantaran barang kemudian hari.


Oleh itu, pemilik perniagaan tersebut telah mengambil peluang untuk menasihatkan peniaga di luar sana lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan kurier dan membaca terlebih dahulu ‘Terms and Condition’ yang dipaparkan di laman web syarikat kurier itu. -CARI

Mulotkoyak Publish time 8-4-2022 11:43 AM

Berisiko sbnrnya utk pos brg berharga ni. Sepatutnya ada inisiatif lain selain guna kurier ni. Xkira la lalamove ke ape ke.

hareeeesah Publish time 8-4-2022 11:52 AM

Aiyooo.. braninya theyolls ni. Kalau iols baik la self pickup or deliver sendiri jauh pun benda bukan rm10-20

swimswim Publish time 8-4-2022 11:58 AM

Kalau jual luxury goods, jgn la nk jimat sgt. Pakai la yg mahal sikit but trusted mcm dhl n fedex.

Lala move ni driver dia randomly assigned.

Kalau coverage lala stakat max rm400, max risks yg i willing to take hanyalah rm400 sajer. Haiyoo

@pip98 Publish time 8-4-2022 11:59 AM

tak semua boleh dipercayai

prettyuglybabe Publish time 8-4-2022 12:08 PM

dia tak pack beg tu dalam kotak yang sealed ke?
takkan bagi buta-buta bubuh dalam paper bag suruh orang hantar..
dah la barang beribu..
kalau takat kl selangor jah, pi je la hantar sendiri..
lain la kalau dah negeri lain..
harap bukan marketing or tak ada plot twist..

kakakko Publish time 8-4-2022 02:17 PM

Lala ni kita boleh favourite driver kan.. Nampak gaya seller selalu pakai Lala. Why tak pakai driver yg dah biasa guna je..

makton Publish time 8-4-2022 02:54 PM

ada PS baru2 ni (aku tahu pun baca dr tred kuin kepam) courier lost brg yg dia post. and courier katanya boleh cover rm100 je utk ganti rugi. tak sure la dah jumpa ke belum parcel tu.

kechikchomel Publish time 8-4-2022 03:44 PM

gambar atas tu ke driver lalamove tu? iolss tertenung tang kening dia
:$

lavendernovella Publish time 8-4-2022 06:46 PM

Mmg elak pakai lala ni. Takder etika.

dekmieDandy Publish time 9-4-2022 02:41 PM

so seller ni tak guna insurance la kan?? sebab tu dapat 400 je kan??

SalenaGomez Publish time 9-4-2022 09:57 PM

hareeeesah replied at 8-4-2022 11:52 AM
Aiyooo.. braninya theyolls ni. Kalau iols baik la self pickup or deliver sendiri jauh pun benda buka ...

Sama mcm orang order online barang kemas…mmg xleh brain lah…either hilang time courier or seller bg lesser weight

Meiizu Publish time 9-4-2022 10:10 PM

Lala kan ada data penghantar tu...apa plak lala takboleh kesan

hareeeesah Publish time 9-4-2022 10:16 PM

SalenaGomez replied at 9-4-2022 09:57 PM
Sama mcm orang order online barang kemas…mmg xleh brain lah…either hilang time courier or seller ...

Kan..!! Kwn iols baru cite kwn dia ada duit tp tak berapa bijak percaya sgt tah mana dia jumpa kat group jual emas. 4k lesap gelang takde byg.. konondesign tu dia nak jugak

SalenaGomez Publish time 9-4-2022 11:24 PM

hareeeesah replied at 9-4-2022 10:16 PM
Kan..!! Kwn iols baru cite kwn dia ada duit tp tak berapa bijak percaya sgt tah mana dia jumpa kat ...

4k tu bykkkk….rm400 pon byk inikan rm4k

Acane dia nak pulak beli online ya? Kalau SG beli emas, suka belek2 physically…x puas lah tgk gambo je. :o

oranjes Publish time 10-4-2022 12:45 AM

tp isu dia skang driver lala ni dh mencuri beg org... pampasan tak pampasan ni dh kira jenayah...takkan tade tindakan dari mana2 pihak. kalau dpt tangkap orgnya tentu brg curian ni dpt trace balik. kalau lala jenis amik driver tak bertapis atau full detailw simpan baik dikecohkan supaya semua org tau

Fly_over Publish time 10-4-2022 08:52 AM

sadisnya. barang mahal demi keselamatan patutnya ada staff sendiri g hantar. tgk mcm x jauh je... hantar makanan boleh la..

penmerah Publish time 10-4-2022 08:48 PM

Aku Ada aje beli emas online Dari trusted seller delivered by post
Pernah sekali guna lala move
Puluh ribu juga Rege emas
Syukur sangat barang selamat sampai
Next time kene beli yg Ada insurance la

Zack8hunter Publish time 10-4-2022 10:47 PM

idok la mahal mana pun beg LV ni rupanyer erk..;P

minahmanja Publish time 11-4-2022 03:39 PM

bende paling mahai iols penah beli online is ipong.. beli dr lazada... tp iols opt for cod.. brg sampai iols bukak tgk check imei semua, pastu baru bg cash kat rider..seram wooo kang dpt lesung batu, meraung iols..
Pages: [1] 2
View full version: Driver Lalamove 'Lesap' Dengan Beg Louis Vuitton Harga RM6500, Penjual Cuma Dapat Pampasan RM400


ADVERTISEMENT