Cintaerina Publish time 8-4-2022 11:27 AM

Wanita Menyesal Kenal Sebulan Terus Nikah, Suami Selalu 'Body Shaming' & Bandingkan Dengan Orang Lain

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104142rjwqtg6ddx2j4qx4.pngSumber: Tiktok Fatih




Pada zaman ini, seeloknya sebelum kita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, sebaiknya kita menyelidik latar belakang pasangan kita terlebih dahulu kerana takut akan menyesal gara-gara tersalah pilih pasangan hidup kerana perkahwinan merupakan komitmen sepanjang hidup kita.


Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fatih. Menerusi video itu, kelihatan dia memberitahu penyesalannya akibat tersalah pilih pasangan hidup. Wanita ini mengaku hanya mengenali suaminya selama sebulan sahaja sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki itu dengan alasan dia ingin bercinta selepas nikah.


7083182238329883931


Namun dia tidak menyangka suaminya banyak menaburkan janji-janji palsu seperti ingin menjaga dirinya sehingga akhir hayat. Keadaan menjadi semakin parah apabila lelaki itu kerap membandingkan dirinya dengan isteri orang lain. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga meminta wanita tersebut untuk membayar loan keretanya setiap bulan.


Tambah wanita ini, suaminya juga tidak menjaga solat dan apabila ditanya mengapa tidak solat, suaminya memberi alasan dia masih tidak bersedia lagi.


Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu mengatakan bahawa dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap wanita itu, namun dia tidak mahu bercerai. Walau bagaimanapun, wanita itu telah membuat keputusan memfailkan penceraian demi kebahagiaannya. Dia juga mengambil kesempatan itu untuk menasihati wanita lain di luar sana agar tidak terburu-buru mendirikan rumahtangga.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sama-sama meninggalkan komen-komen nasihat untuk semua wanita di luar sana agar berhati-hati dalam memilih pasangan untuk mengelakkan perkara begini terjadi.-CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104141kdn67oco6qcxnoe6.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/104140fvkogj8pm8ywpklt.png

Sumber: Tiktok Fatih






@pip98 Publish time 8-4-2022 12:08 PM

tergesa-gesa sangat tu baru sebulan kenal terus kahwin, lain kali kenal dulu

azimodin Publish time 8-4-2022 12:25 PM

Siapa suruh kenal sebulan dah sibuk nak kawen? Pjj dah dikira pjj 20km? Aku travel pergi balik keja je dah 150km tau.

kaoru44 Publish time 8-4-2022 01:57 PM

Ntah la dik..sebulan kenal..cpt sgt..konon cinta lepas kawen..yg laki solat pun tak..sama mcm kes laki ada skandal retis tu pun kenal sebulan jgk kn..

achinto Publish time 8-4-2022 02:32 PM

ni konsep dia "asal berlaki" jugak ke? ish ish ishhhhh

Mini.Me Publish time 8-4-2022 02:41 PM

Nak cari suami cari laa yg solat...kedua tak baran kaki pukul...2 tu pon dah cukup dah boleh nampak sebelum kawin lagi...sbb tu jgn rushing kahwin...takyah laa nak bercinta lepas kawin sgt...mengarut je semua tu zaman skang ni

awanysss Publish time 8-4-2022 02:52 PM

tu la dik, bagus la bercerai
bodoh dgn bodoh kalau kawen jd camni la...
bercerai pun nak jadikan content
shame on u lady.. murah sgt.. bencik aku..

anony-mous Publish time 8-4-2022 04:33 PM

Masa sebulan kenal lepas tu kahwin, ada video tayang bangga kahwin dkt tiktok x?

anony-mous Publish time 8-4-2022 04:36 PM

Mini.Me replied at 8-4-2022 02:41 PM
Nak cari suami cari laa yg solat...kedua tak baran kaki pukul...2 tu pon dah cukup dah boleh nampak...

Hmm klau setakat jaga solat pon xmenjamin apa2. I sendiri nmpk depan mata. Solat jaga tp nafkah anak2 kebajikan ank2 ke laut pakej menipu. Sblm kahwin gebang keje itu ini, lepas kahwin miskin rupanya. Bg i, pilih la yg perangai elok. Solat tu klau perangai elok boleh dididik lg, senang tlg bini, then jauhi la lelaki x berduit

Mini.Me Publish time 8-4-2022 05:09 PM

Edited by Mini.Me at 8-4-2022 05:17 PM

anony-mous replied at 8-4-2022 04:36 PM
Hmm klau setakat jaga solat pon xmenjamin apa2. I sendiri nmpk depan mata. Solat jaga tp nafkah an ...

Solat kan tiang agama...kalo dah tiang tu pon takde...mane nak datang agama nye...betol yg solat pon tak sempurna, tapi tak semua...atleast bila solat tiang tu ade...ni bini dah tegur solat pon boleh alasan tak sedia...kahwin ready plak ehh...

Perangai elok tu of course laa...sbb tu i kata jgn cari yg baran kaki pukul...tp tu laa sblm kawin kadang mane nak nampak semua tu...dah kawin sebantal setilam baru laa keluar segaka mak nenek perangai busuknye

anony-mous Publish time 8-4-2022 05:14 PM

Mini.Me replied at 8-4-2022 05:09 PM
Solat kan tiang agama...kalo dah tiang tu pon takde...mane nak datang agama nye...betol yg solat p ...

Sbb i kahwin dgn org yg awalnya x solat, tp lain2 perangai elok, skrg ni xpernah tggal pon solat. So jgn tertipu dgn yg solat 5 waktu. Jgn rasa kalau sblm kahwin dia solat 5 waktu, tp kedekut, jgn ingat dia akn berubah after kahwin. Iman pon ada turun naik. Kdg2 sblm kahwin fake je jaga solat. Lepas kahwin baru tau. Klau yg lompong2 solat sblm kahwin at least tau dah

ezacbee Publish time 8-4-2022 06:06 PM

Aku agak ni acik gomen laa.. Sbb tu ramai laki kejar dapat duit loan pastu blah. Iskkk.. :huffy

bloodyamuk Publish time 8-4-2022 08:59 PM

tips cari laki siasatlah dia jaga solat ke tak, pastu lifestyle, kalau jenis materialistik loan sana sini tak payah la dibuat suami...menyusahkan je nanti...

evlinne Publish time 8-4-2022 11:17 PM

Desperate ke sebulan kenal trus kahwin?

bakingsoda Publish time 9-4-2022 12:20 PM

anony-mous replied at 8-4-2022 04:36 PM
Hmm klau setakat jaga solat pon xmenjamin apa2. I sendiri nmpk depan mata. Solat jaga tp nafkah an ...

innasolaata tanha anilfahshaai walnmunkar. solat yg mcmn? tentulah solat yg SEMPURNA bukan solat asal cukup rakaat cukup waktu tapi dlm kepala teringat nak masak juadah ape, teringat barang yg hilang letak kat mana, japgi nak amik anak kat sekolah etc (aku pon sama tak terlepas benda2 camni, mmg susah pon nak khusyuk). yg buat 5 waktu mmg belum tentu sempurna dan diterima tapi kalau langsung tak buat mmg takkan sempurna la 'rumah' kalau dah simen, besi pon tak sediakan utk bina 'tiang' dulu. ada jugak yg buat sekadar berlakon je, time ada org buat, takde org 5 kali subuh pon tak bangun2

adelea Publish time 9-4-2022 02:17 PM

azimodin replied at 8-4-2022 12:25 PM
Siapa suruh kenal sebulan dah sibuk nak kawen? Pjj dah dikira pjj 20km? Aku travel pergi balik keja...

Aku travel p balik keje pon 180 km
Kenal sebulan terus kawen ...
Maknanya dua dua berduit ....

At least x nak bercinta sblm kawen pon taaruf laki kontu through famili dia kawan keje or org dekatĀ² rumah dia ...

X pasal bertitle janda

adelea Publish time 9-4-2022 02:20 PM

anony-mous replied at 8-4-2022 04:36 PM
Hmm klau setakat jaga solat pon xmenjamin apa2. I sendiri nmpk depan mata. Solat jaga tp nafkah an ...

Betul uols ..yg plg penting setia
And tahu tgjwb as suami and later father

Solat tapi x tahu tgjwb buat apa

Meiizu Publish time 10-4-2022 02:57 PM

azimodin replied at 8-4-2022 12:25 PM
Siapa suruh kenal sebulan dah sibuk nak kawen? Pjj dah dikira pjj 20km? Aku travel pergi balik keja...

Jauhnya 150km...kalau tak keberatan dari mana ke mana?
I dpt offer keje sehala 40km pun temenung...dgn redah kl jammed mau atas jalan sejam setengah:'(

krustykrab Publish time 10-4-2022 06:06 PM

anony-mous replied at 8-4-2022 04:36 PM
Hmm klau setakat jaga solat pon xmenjamin apa2. I sendiri nmpk depan mata. Solat jaga tp nafkah an ...

Betoi jgk...dpt yg tabligh kulukilir, tp family sendiri terabai...

gideoncross Publish time 10-4-2022 08:59 PM

@pip98 replied at 8-4-2022 12:08 PM
tergesa-gesa sangat tu baru sebulan kenal terus kahwin, lain kali kenal dulu

Dh nmanya ummah Mulayu Melesia, camtu lh dri dlu. Msa thun 2012, bnyk iol tngok jejantz Mulayu Melesia rata2 trgesa nak khwin ats alasan lps khwin bru lovey-dovey & lpas khwin bru fikirkn yg lain, pkok pngkalnya kna khwin cpat. Asal komen kat FB, msti jejantz camni yg brsepah2, nmpk je prmpuan komen, trus ckp psl nak khwin cpat. Dorg lupa yg skrg buknnya thun 40an, skrg dh 2022.
Pages: [1] 2 3
View full version: Wanita Menyesal Kenal Sebulan Terus Nikah, Suami Selalu 'Body Shaming' & Bandingkan Dengan Orang Lain


ADVERTISEMENT