tatod Publish time 8-4-2022 11:20 AM

Jual Nasi Arab Harga Cekik Darah, Cef Ammar Geram Orang Nak Makan Sedap Tapi Nak Murah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/100852mxzenf778mmmmtmg.png

Disebabkan pandemik, sudah dua tahun orang ramai tidak dapat merasakan suasana meriah di bazar Ramadan. Apabila kerajaan membenarkan bazar beroperasi seperti sedia kala, ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli juadah kegemaran mereka.


Selain kualiti, isu kenaikan harga makanan juga antara topik yang diperkatakan setiap hari. Bukan hanya peniaga biasa, Cef Ammar Ali yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank juga tidak terlepas daripada kritikan netizen.


Baru-baru ini, figura yang terkenal dalam industri kulinari itu dikatakan menjual menu popularnya dengan harga tinggi.


Tidak berpuas hati dengan kecaman netizen, tukang masak kelahiran Palestin itu berkata orang ramai perlu menilai kualiti makanan yang dijual adalah setanding dengan harga ditawarkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/101028fkmsw7mxuw7gyyuw.pngSumber Mstar




"Orang ramai perlu tahu, harga barang naik. Saya terpaksa naikkan harga sebanyak RM1. Kalau dulu saya jual RM49 tapi kali ini saya jual RM50.


"Dalam nilai RM1 yang dinaikkan itu, ada banyak lagi kos yang perlu ditanggung seperti bil elektrik tempat penyimpanan barang mentah. Bahan memasak juga adalah premium. Proses penyediaan juga dibuat teliti untuk kekalkan kualiti makanan.


"Saya tahu keadaan pasaran semasa sebab saya terbabit sama dari awal sampai akhir penyediaan makanan itu. Saya jugalah yang masak. Saya bukan baru dalam bidang ini. Saya ada kilang, tiga restoran dan 34 pekerja. Saya ada jenama yang perlu dijaga baik," katanya kepada Mstar.


Tambahnya lagi, tidak adil untuk mengatakan juadah hasil ari tangganya seolah-olah dijual hanya untuk golongan berpendapatan tinggi dan tidak dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai tangga gaji pertengahan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/08/101309xgs0wl5pgq5nttt9.jpg




"Orang kita mahu makan sedap tapi nak harga B40. Saya bukan kerajaan nak beri subsidi. Bagaimanapun, saya bukan berniat untuk memandang rendah mana-mana pihak sebab saya sendiri dulu pun B40, pakai kereta lama sahaja.


"Tidak mengapalah. Saya anggap mereka yang mengkritik itu adalah individu yang cetek pemikirannya dan tak guna akal. Orang hanya nampak harga kami mahal tapi tak nampak apa kami buat. Saya berniaga ikhlas kerana Allah. Kami sponsor untuk barisan hadapan, sedekah pada masjid tapi kami tak sebut pun itu semua," katanya.


Cef Ammar berharap orang ramai menghentikan kecaman dan tuduhan melulu. Adalah lebih baik sekiranya golongan tersebut membuat penilaian dari semua aspek sebelum mengeluarkan apa juga kenyataan yang mungkin akan menggores perasaan individu lain.


"Saya selalu cakap, kalau tak sedap saya pulangkan duit. Saya berani cakap begitu sebab saya sendiri pergi pasar, saya sendiri masak. Kita semua mencari rezeki halal. Berhentilah buat komen fitnah. Ini semua dosa besar. Sekarang bulan Ramadan," katanya lagi. -CARI













@pip98 Publish time 8-4-2022 11:31 AM

makan la yang mana mampu, kalau nak sedap2 tak salah berbelanja. ni nampak harga tinggi terus nak cari salah/kondem si peniaga. manusia..manusia..

meah_kelabu Publish time 8-4-2022 11:33 AM

kesian gak dkt dia
tp tgk dia masak mmg bersungguh
cuma harapnya tak jadi issue sebab tgk video yang dia mengamuk tu, pemilihan words dia masa tu agak kasar
iols teringin gak nk merasa tp lpas zuhur pn dh beratur mampu huhu je la

meah_kelabu Publish time 8-4-2022 11:34 AM

-double post-

bottombikini Publish time 8-4-2022 11:37 AM

meah_kelabu replied at 8-4-2022 11:33 AM
kesian gak dkt dia
tp tgk dia masak mmg bersungguh
cuma harapnya tak jadi issue sebab tgk video yang ...
naik angin la dia
dah penat2 mmasok dgn iman
kena kondem pula :lol:

btw sedap ke nasi arab dia


Mulotkoyak Publish time 8-4-2022 11:49 AM

Xperlu sebut b40 dlm kes ini. Lg satu naik singgit tiap satu box kalo 300 dh rm300 sehari. Bil api maybe rm100. Untong kat api je dh brape kan…

meah_kelabu Publish time 8-4-2022 11:50 AM

bottombikini replied at 8-4-2022 11:37 AM
naik angin la dia
dah penat2 mmasok dgn iman
kena kondem pula


tak pernah rase
sebab location dia agak jauh dr rumah
nk g semata beli mcm xberbaloi nk meredah jem segala tu
ade mix review jugak, ade yg kate sedap, ade yg kate rase sekali je la lpastu xnak dh

prettyuglybabe Publish time 8-4-2022 11:55 AM

tiap tahun dia keluar issue ni..
cheap marketing sangat..
kali ni siap main bangsa pulak..
jangan sampai orang boikot sudah..
kedai dia nak kata full sangat pun tidak la..
chef amar western tu, kalau lalu krik krik krik sangat..
kalau teringin sangat nasi arab dia tu, pi je kat kedai nun..
sepanjang tahun dia berniaga..
bulan ramadhan je tutup sebab buka kat bazar..

bottombikini Publish time 8-4-2022 11:55 AM

tapi betui juga
yg mengomplen tu pun pikir dia org penang kira tekak premium ka?
compare nasi arab dgn nasi briyani
mana maunyee

nak compare kalu bio apple to apple :lol:
nasi arab ni yg paling sedap di tekak iols di jalan ampang, sebelah petronas nun

lasagna Publish time 8-4-2022 12:08 PM

bottombikini replied at 8-4-2022 11:37 AM
naik angin la dia
dah penat2 mmasok dgn iman
kena kondem pula


hahaha masak dgn iman kan.. sentap le dia org kondem. alaa B40 kalau trigin bleh jer beli kalau btul2 tringin mcm iols ni. sedap masakan dia, prnh ke restoran dia kat SA tu dulu lama dah. iols mmg suka mkn nasik arob skali skala.

mejaputih Publish time 8-4-2022 12:16 PM

iols dah penah rasa...gigih husband iols beratur sbb dia sng terpengaruh ngan benda2 viral ni..bg iols, sedap lagi kat tempat lain yg biasa org kunjung tp tak perlu viral ...overated la...

prince_marhaen Publish time 8-4-2022 12:22 PM

tiap tiap tahun issue sama....marketing lettuw... berani dah petik-petik golongan B40 bagai...macam semua orang hamak nak makan nasi arab palestine jihad arab caprice dia tu... tibehh

glump Publish time 8-4-2022 12:23 PM

I bukan peminat masakan Arab ,walau Tak pernah makan masakan chef ammar . One malay chef ever said ,Masa dia masak kat mekah ,ramai puji rebut makan nasi Mandi yang dia masak .sekali dia masak kat malaya,Tak pulak ramai peminat

bottombikini Publish time 8-4-2022 12:23 PM

lasagna replied at 8-4-2022 12:08 PM
hahaha masak dgn iman kan.. sentap le dia org kondem. alaa B40 kalau trigin bleh jer beli kalau bt ...

belah mana kat SA?
mana2 pun kalo ada shank mmg mahai

petang ni patut ke tidak singgah kingdom hadramawt? :o
ehh tiber



azimodin Publish time 8-4-2022 12:29 PM

Iouls makan kat kedai dia di USJ. For me sedap jugak la, depends pada dish & taste. Ada satu dish meatball ada kuah tomato tu sedap. Berbaloi dengan harga. Cuma makanan orang sana jangan la kita samakan dengan nasik arab yg orang melayu buat.

lasagna Publish time 8-4-2022 12:30 PM

bottombikini replied at 8-4-2022 12:23 PM
belah mana kat SA?
mana2 pun kalo ada shank mmg mahai



ehh bukan SA uols sori sori salah info, kat subang nuu usj 4 ke 5 camtu.. nmpk nau lama tak p sna lupa.ohh kingdom kat kg baru kaa? ok laa situ juga, tp if kat kg baru iols prefer Orchid Restaurant haa sini terbaek juga.



lasagna Publish time 8-4-2022 12:34 PM

glump replied at 8-4-2022 12:23 PM
I bukan peminat masakan Arab ,walau Tak pernah makan masakan chef ammar . One malay chef ever said , ...

yaa betul tak semua org boleh telan nasik areb mcm bff skolah sorg tu, mmg she a big no no kalau suruh try. xpe laa labu dah tak minat tak kan nk paksa plak kan?

slavehunter Publish time 8-4-2022 12:34 PM

Lamb shank memang mahal, kalau makan kat Cafe pun rm50-60 per plate.
Sepatutnye dia jual lamb shoulder jer la, atau Lamb cube cut murah sikit untuk pengunjung bazar Ramadhan.

Queenmastani Publish time 8-4-2022 12:46 PM

Resto chef ni dekat gn umah aku..every weekend kalau pass by kedai dia beratur org tunggu nk masuk..aku gn hubby dok pikir kitarang ni tk reti mkn mkanan arab ke sbb pnh rasa yg jual kt bazar ramadhan 3-4 taun lps tp tk sedap langsung..mcm mana org blh beratur kt kedai dia ;P ..last year kt bazar ramadhan pkul 2.30 org dh start beratur..tp tu la kn tekak masing2

airisa Publish time 8-4-2022 01:01 PM

bottombikini replied at 8-4-2022 11:55 AM
tapi betui juga
yg mengomplen tu pun pikir dia org penang kira tekak premium ka?
compare nasi arab d ...

haaa .. dia tak tau lagi berapa harga sebungkus nasi chef amar ni yg di deliver ke penang.. kalau tau, sure mengutuk mcm hapa.

pada org yg appreciate rasa, sanggup je berapa harga dikenakan. sekali makan, terus rasa puas hati daripada bayar murah pastu makan tak terasa apa .. lagi rasa rugi duit membayar
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Jual Nasi Arab Harga Cekik Darah, Cef Ammar Geram Orang Nak Makan Sedap Tapi Nak Murah


ADVERTISEMENT