KLKnight Publish time 9-9-2010 11:26 PM

Bulan ini Bulan Hantu Lapar. Ceritanya di sini.

Bulan ini Bulan Hantu Lapar. Ceritanya di sini.
Kamu semua mesti berasa curiga terhadap adat orang Cina sembahyangkan hantu-hantu pada bulan August(bulan tujuh dalam kalender org Cina). Saya ingin menerangkan cerita tentang Bulan Hantu Lapar dan Hari "Poh Thor".

Hungry Ghost Festival sebenarnya ada cerita yang berkaitan dgn seorang murid Buddha yang bernama " Mu Lian ". Mu Lian telah mencapai keajaibanan dan dapat kuasa yang luar biasa. Dia melihat ke dalam NERAKA HANTU dan mencari ibunya yang telah mati.

Mu Lian nampak ibunya menderita dalam neraka (ibunya sebenarnya busuk hati semasa hidup), apa-apa yang dimakan akan menjadi api dan tidak dapat dimakan dalam neraka. Mu Lian berasa simpati terhadap ibu yang dia amat menyayangi, dia cuba bagi makanan kepada ibunya, tapi makanan itu menjadi api dan tukar jadi habuk dalam sebentar.

Mu Lian sambil menangis dan tanya Buddha, Buddha kata," Ibu kamu telah membuat jahat terlalu banyak semasa hidup, dengan kuasa kamu tidak dapat menyelamatkannya. Kamu kena mengabungkan kuasa ramai sami-sami dengan memberi makanan dan minuman kepada mereka dan mengadakan upacara sembahyang, mengabungkan mereka pada hari 15/07,dengan gabungan kuasa mereka semua baru dapat menyelamatkan ibu kamu."

Mu Lian pun menyediakan hidangan dan upacara sembahyang yang diajar oleh Buddha, dia mengabungkan semua sami-sami yang berkuasa pada hari 15/07, akhirnya dia berjaya menyelamatkan ibunya dari nereka hantu.

Selepas itu, Buddha kata kepada muridnya, "Kamu semua boleh mengadakan upacara sembahyang yang sama pada hari 15/07 setiap tahun, sembahyang untuk panjang umur dan sihat ibubapa, yang telah meninggal pula dapat melepaskan diri dari Neraka Hantu."

Inilah cerita asal Bulan Hantu Lapar dan Hari "Por Thor"
________________________________________________________________

Orang Cina percaya bulan tujuh dalam kalender orang cina, pintu neraka hantu akan buka, semua hantu-hantu dapat keluar dari neraka hantu selama sebulan. Oleh itu, orang Cina mengadakan upacara sembahyang hantu dengan makanan dan minuman, haraphantu-hantu yang menderita(mungkin ibubapa atau saudara saudari, kawan yang meninggal dunia)dalam Neraka Hantu boleh menikmatinya. Yang membakar kertas wang dan barang-barang bukan kepercayaan Buddhism, tapi Taoism. Buddhist tidak ada kepercayaan atas membakar kertas wang atau membakar colok sebenarnya. Taosim biasa membakar colok untuk tujuan sembahyang.

liez Publish time 1-12-2010 04:46 PM

Bulan ini Bulan Hantu Lapar. Ceritanya di sini.
Kamu semua mesti berasa curiga terhadap adat orang...
KLKnight Post at 9-9-2010 23:26 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

bagaimana anda tahu sejarah cite ni??

NUREESE Publish time 11-1-2011 01:07 AM

ya! bagaimana!
interesting story by the way!
Pages: [1]
View full version: Bulan ini Bulan Hantu Lapar. Ceritanya di sini.


ADVERTISEMENT