Cintaerina Publish time 7-4-2022 04:21 PM

"The Real Akak Kawasan" - Suami Balik Rumah Lambat, Isteri Terus Kunci Pagar Taman Perumahan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/07/155812rx3hv4ee85xsnyea.pngSumber: Tiktok Muhammad Izzat




Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhammad Izzat.


Menerusi video itu, kelihatan Izzat sedang menunggu isterinya untuk membuka pagar utama taman perumahannya itu kerana isterinya telah bertindak mengunci pagar tersebut. Menurut info, isterinya bertindak sebegitu kerana suaminya pulang lewat ke rumah.


7083171625956330778


Ini mesti kes suaminya selalu pulang lewat ke rumah sehingga menyebabkan isterinya berani bertindak sedemikian. Kunci pintu rumah boleh diterima lagi, tetapi pintu utama taman perumahan? Kalau setiap hari macam ni habis jadi roadblock nak masuk ke taman perumahan itu.


Di pengakhiran video itu kelihatan raut wajah isterinya seperti mahu marah suaminya, tetapi suaminya tidak takut malah sempat mengatakan di ruangan kapsyen bahawa jika video yang dimuat naik olehnya itu viral, maka dia akan berkahwin dua. Siap cakap lagi dia tidak takut untuk membuat keputusan itu.


Kini video itu telah mendapat hampir 1.4 juta tontonan di Tiktok dan meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa isterinya berani seperti kaklong kawasan dan ada juga yang bertanyakan adakah isterinya itu ketua persatuan taman perumahan kerana dia mempunyai kunci kepada pintu utama itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/07/155932iov8dakhoakijjc9.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/07/155932b48oum7ywa2zmjw2.png

Sumber: Tiktok Muhammad Izzat






whimsicalmusic Publish time 7-4-2022 08:36 PM

Ke mmg ade curfew? Selalu pagar cmtu diorg kunci pukul 11 cmtu kn..tp ade entrance lain

swimswim Publish time 7-4-2022 10:24 PM

Kawen 2?mampunya tu. Bini pun, kalau balik lmbt sbb kerja, apa la salahnya

Dia bwk merce, bini bwk lexus.

eyansss Publish time 7-4-2022 10:53 PM

whimsicalmusic: Ke mmg ade curfew? Selalu pagar cmtu diorg kunci pukul 11 cmtu kn..tp ade entrance lain

aku pun rasa menda yang sama…pastu laki ni amek peluang buat content bodo…

misznUn Publish time 7-4-2022 10:59 PM

Betul legend kalau akak tu memang buat kihkih

hashashes Publish time 8-4-2022 12:31 AM

Err kita kunci something sebab tanak bagi orang masuk kan? Ni macam menyusahkan diri jah, dah kunci pastu laki ko call nak masuk, kena sarung tudung, start balik kete pastu pegi buka kan kunci untuk dia. Aku tak kuasa lah nak jadi jaga tengok pukul berapa laki nak balik. Ko nak balik kau balik. Gittew

kakigebang Publish time 8-4-2022 05:31 AM

ntahla.. aku rasa mcm content bodo je..bongok mane yg kunci pagar 1 taman melainkan ko jaga taman la...

makton Publish time 8-4-2022 08:17 AM

ape motif dia kunci, sudahnya tgh malam buta dia juga bersusah2 kena pi bukak?
klu nak kunci tujuannya taknak bg masuk kan?
itu je ke yg mampu si bini fikir?
alaa bodonya

mizruncing Publish time 8-4-2022 09:03 AM

alahhh semua nk di konten kannnn. x koser nak tgk

mamajawie Publish time 8-4-2022 09:25 AM

bodohnya la demi content..pastu ugut nak kawen dua siap..alahai bangangnya netizen x kisah la b40 ke m40 ke t20 cm dlm vid ni pun tetap la otak skola x habis

annehuda Publish time 8-4-2022 09:32 AM

habis tu kalau orang lain keje shift malam balik lewat ke,nak pegi pggl bini abang ni ke bukak pagar?

@pip98 Publish time 8-4-2022 10:50 AM

anything for content right??

Zack8hunter Publish time 10-4-2022 10:59 PM

pasangan BBNU mmg perangai semua x cerdik mcm ni erk?
Pages: [1]
View full version: "The Real Akak Kawasan" - Suami Balik Rumah Lambat, Isteri Terus Kunci Pagar Taman Perumahan


ADVERTISEMENT