@pip98 Publish time 7-4-2022 10:42 AM

Hari Kesihatan Dunia

https://www.paho.org/sites/default/files/styles/max_1500x1500/public/hero/2022-03/whd-2022-web-art-en-1500x844.jpg?itok=LubARKYc

Pada 7 April 2022, walaupon kita berada dalam keadaan darurat, dunia sekarang yang makin tercemar, dengan peningkatan penyakit-penyakit seperti kanser, asma, dan sakit jantung. Perubuhan Kesihatan Sedunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization (WHO) akan memberikan perhatian pada tindakan segera yang diperlukan oleh semua manusia dan dunia kita sihat.

Walaupon Covid-19 sudah buktikan kehebatan pengetahuan sains (membuat vaksin dan ubat-ubat yang diperlukan), ia juga menunjukkan ketidakadilan di dunia kita dengan mendedahkan banyak kelemahan dalam bidang ekonomi, komuniti dan persediaan kita menghadapi pandemik.

Untuk mencapai matlamat Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 7 April. Ia menumpukan fokus kepada harapan untuk kehidupan dan bertujuan membasmi pelbagai jenis penyakit. Pada era penyakit tidak berjangkit dan penyakit autoimun ini, moto Hari Kesihatan Sedunia sangat penting.Dengan meraikan Hari Kesihatan Antarabangsa seperti ini dapat menimbulkan kesedaran masyarakat global.Ideanya adalah dengan menyebarkan pengetahuan mengenai isu-isu kesihatan dan memberi kekuatan kepada masyarakat dalam membuat keputusan mengenai penjagaankesihatan dan menerima rawatan perubatan. Semoga kita dapat mencapai Malaysia yang lebih sihat dengan kesihatan yang saksama.Sumber:
https://www.who.int/campaigns/world-health-day/2022

Pages: [1]
View full version: Hari Kesihatan Dunia


ADVERTISEMENT