Salah Yang Bergendang Kejut Sahur Ke, Salah Yang Menyimbah Air?
Tular sebuah klip video di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi empat pemuda disimbah air ketika meronda di sekitar kawasan perumahan untuk mengejutkan penduduk bangun bersahur, lapor laman berita Suara.com.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/07/062146us6ojzsxxx8xx6dx.jpgKredit foto: IG @indoviral8
Video dirakam salah seorang penduduk di kawasan perumahan itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @indoviral8.
Menerusi video berkenaan, kelihatan empat remaja lelaki sedang memukul gendang yang diletakkan di sebatang lorong jalan.
Mereka meletakkan gendang yang besar itu betul-betul di hadapan pintu sebuah rumah lalu memukulnya dengan kuat.
Tidak lama kemudian, penghuni rumah tersebut membuka pintu rumahnya lalu menyimbah air ke arah empat remaja lelaki terbabit.
https://www.instagram.com/p/Cb8WjvBDYDV
Pemilik rumah itu kelihatan mengeluarkan kata-kata yang memarahi tindakan empat remaja terbabit sebelum mereka beredar dari lokasi tersebut.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
Sumber: Kosmo salah yg pukul gendang....dpn rumah org mmg le dia marah... sakai
yang bergendang tu tah pose ke tak jujur cakap kalau nak bergendang pon ada batas juga, ni sampai ke depan pintu rumah memang la orang tu marah.
nasib baik simbah air je, kalau orang rumah tu tengah menggoreng, tak pasal2 kena minyak panas Nasib baik la air saja, kalau kena minyak panas orang tengah memasak ka.. kan nangis menangis baby terkejut tido kenapa pelik2 aje.. {:1_550:} Time aku kekecik dulu budak2 muda kampung kejut pakai kompang. Sekarang ni rem2 moto
Pages:
[1]