CARI-MAL Publish time 7-4-2022 06:19 AM

Amboi, Kalah Suara Pak Imam Tu Dik!

Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun solat berjemaah bersama bapa dan abangnya mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.


Apa yang menariknya adalah apabila dia mula membacakan surah al-Fatihah dengan begitu kuat sehingga mengatasi suara bapanya sebagai imam.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/07/061911cmjd4t4a464hnn64.jpgKredit foto: TikTok




Menerusi perkongsian @norhidayahghazali90 di TikTok, kelihatan kanak-kanak tersebut membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan bacaan ayat surah berkenaan dengan penuh lantang sehingga menyebabkan si perakam turut tergelak.


“Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah Pak Imam,” ujarnya.




7082743390672145690


Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 2.1 juta tontonan dan rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan.




Sumber: KOSMO! ONLINE

orkid_amani Publish time 7-4-2022 08:52 AM

Sama la ank aii pun..balik sekolah melepet..nk suruh solat asar berbuih mulut suruh p ambik wuduk . tgu solat magrib dia dulu yg Laju . hahaha

renko Publish time 7-4-2022 10:18 AM

demi viral

@pip98 Publish time 7-4-2022 12:34 PM

video budak2 memang senang viral ahaha
Pages: [1]
View full version: Amboi, Kalah Suara Pak Imam Tu Dik!


ADVERTISEMENT