pearl.silver Publish time 6-4-2022 02:23 PM

[TV1] KERANA HAFSANYA SETIA (MONA ALLEN, AZREL ISMAIL, OCTAVIA MANROS)

Aduhh bulan posa ni i duk umh layan drama je.. tv1 boleh tahan juga drama nya. Xtau klu drama yg ni ulang tayang tahun lepas punya ke.

Drama : Kerana Hafsanya Setia
Produksi : Eccentro Distro, Gambo TV
Pengarah : Khir Rahman, Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 3 April 2022
Masa : Sabtu-Khamis | 12.05 Tengah Hari
Episod : 26
Pelakon : Azrel Ismail, Mona Ellen, Octovia Menrose, Daler Yusuf, Fauziah Nawi, Abby Nadzri, Asmidar, Hamidah Wahab, Mak Wan, Ameerul Asyraf, Shazman Isaac, Atoi Tohet, Nisa Rissa

Drama Kerana Hafsanya Setia diadaptasi dari novel Lelaki Januari karya Hafizah Iszahanid yang akan ditayangkan di slot Sitrus Ramadhan TV1 mulai 3 April 2022.

Kerana Hafsanya Setia mengisahkan Delaila (Mona Allen) dan Ali Syukri (Azrel Ismail) yang disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.

Dua belas tahun kemudian.

Pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ Delaila melihat sebuah kebahagiaan. Namun, masa berubah, dunia berputar. masihkah Ali Syukri insan yang serupa?

Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?

Saksikan kesemuanya dalam Kerana Hafsanya Setia lakonan Azrel Ismail dan Mona Allen, setiap hari sabtu hingga khamis jam 12.05 tengahari di RTM TV1.

pearl.silver Publish time 6-4-2022 02:23 PM

I bc review novel ni sume kata best.. jd i akn follow.. :mad:

krustykrab Publish time 8-4-2022 02:22 PM

Mujur bukan alif syukri:lol:

pearl.silver Publish time 8-4-2022 07:56 PM

krustykrab replied at 8-4-2022 02:22 PM
Mujur bukan alif syukri

Hahahaaa.. i pun tergelak tengok nama dia :lol:

azimodin Publish time 13-4-2022 08:35 PM

Adoipart mona alen acah2 student tu mmg lawak la.. walaupon sheouls cantik, amat la x padan dengan watak muda remaja. Dah macam zara zya bawak watak budak sekolah dalam drama korban kasih 2 tahun lepas

missyL Publish time 19-4-2022 02:46 AM

azimodin replied at 13-4-2022 08:35 PM
Adoipart mona alen acah2 student tu mmg lawak la.. walaupon sheouls cantik, amat la x padan dengan ...

Lol
Muka die mature kan
Die lawa tp i xsuke lipstick die pakai
Menampakkn die tua.
Xfresh

bedahmenjuyah Publish time 21-4-2022 06:00 AM

krustykrab replied at 8-4-2022 02:22 PM
Mujur bukan alif syukri

Hahaha sama. Terus rs mcm kelakar bukan hero drama yg serius. Btw iols tak tgk pun. Kerja maaa....
Pages: [1]
View full version: [TV1] KERANA HAFSANYA SETIA (MONA ALLEN, AZREL ISMAIL, OCTAVIA MANROS)


ADVERTISEMENT