Cintaerina Publish time 6-4-2022 02:11 PM

"Rindu Drama Seputeh Qaseh Ramadan" - Netizen Setia Tunggu Gandingan Eja, Fahrin Ahmad

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/06/134958r8yn4ayvn4f6y6u2.pngSumber: Instagram Eja




Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran berbakat Eja. Suatu ketika dulu, banyak drama yang dibintangi pelakon ini yang menaikkan namanya dan sehingga kini lakonannya masih lekat di hati peminat drama.


Terdahulu, Eja ada berkongsikan momen pertemuan semula dengan hero gandingannya dalam drama Rahsia Demi Rahsia iaitu Mahmud Ali Bashah.




https://www.instagram.com/reel/Cb6FEpsFNSZ/?utm_source=ig_web_copy_link


Namun, baru-baru ini Eja memuat naik satu posting baru di akaun Instagram miliknya yang menarik perhatian ramai peminat.


Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Eja sedang jalan bersama pelakon popular Fahrin Ahmad. Pasti ramai tidak boleh lupa gandingan mereka berdua dalam drama Seputeh Qaseh Ramadhan.


Eja menulis sedutan dialog antaranya dengan Fahrin dalam drama tersebut di ruangan kapsyen posting berkenaan. Melihat sahaja pelakon hebat ini bersama pasti membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk melihat gandingan mereka semula.




https://www.instagram.com/p/Cb68cEShaTY/?utm_source=ig_web_copy_link


Di samping itu, kelihatan Fahrin Ahmad juga turut berkongsikan satu sedutan video lakonan bersama Eja. Menggamit memori betul!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/06/135130t12jr8lkpenjzn1k.pngSumber: Instagram Eja







Drama ini banyak memberikan pengajaran yang terkesan di hati peminat sehingga kini. Adakah mungkin ada gandingan terbaru yang boleh jadi pengubat rindu peminat?


Apapun misinya, penulis mengucapkan selamat maju jaya buat Eja dan Fahrin. - CARI

buapakperut Publish time 6-4-2022 02:30 PM

Suka drama ni dulu. Memang ship sgt couple fahrin+eja

cikatilia Publish time 6-4-2022 02:53 PM

spek tu agak buruk

prince_marhaen Publish time 6-4-2022 03:18 PM

cerita ni ke sheols pakai fake eyelashes masa tengah nazak tu? ehhh

kakikuDibibirmu Publish time 6-4-2022 06:36 PM

Ni drama ke filem?:o

Perawankota Publish time 7-4-2022 03:19 AM

Comel lah hello kitty tu
Pages: [1]
View full version: "Rindu Drama Seputeh Qaseh Ramadan" - Netizen Setia Tunggu Gandingan Eja, Fahrin Ahmad


ADVERTISEMENT