CARI-MAL Publish time 6-4-2022 05:07 AM

Boleh Balik Kampung Lepas 10 Bulan Suami Menabung Wang Beli Rokok

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kegembiraan seorang isteri apabila dapat pulang ke kampung dengan menggunakan wang belanja rokok yang disimpan secara rahsia oleh suaminya, lapor laman berita Suara.com.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/06/050740nf9vphkdrlhunai9.jpgKredit foto: IG @dunia_kaumhawa




Menerusi klip video tersebut, suami wanita itu dikatakan menabung secara rahsia wang belanja rokoknya sejak 10 bulan lalu di dalam tabung plastik berwarna merah dan kuning. Wanita itu mengaku terkejut selepas mengetahui perkara tersebut.


“Alhamdulillah, duit rokok dalam tempoh 10 bulan di dalam tabung sudah terkumpul," demikian kenyataan pada video itu.


Kelihatan suami wanita itu cuba membuka tabungnya menggunakan pisau pemotong. Dia kemudian mengeluarkan kesemua wang tabung itu ke atas lantai.




https://www.instagram.com/p/Cb6613LgaXQ


Jumlah wang yang terkumpul tidak dijelaskan, namun kelihatan banyak.


Video itu mendapat perhatian netizen di ruangankomen.




Sumber: Kosmo

tupaiterbang Publish time 6-4-2022 03:43 PM


wow beratus juta hasil tabung :lol:

jijilaaa Publish time 6-4-2022 04:48 PM

jangan buat duit tambang mari malaysia udah la ye
Pages: [1]
View full version: Boleh Balik Kampung Lepas 10 Bulan Suami Menabung Wang Beli Rokok


ADVERTISEMENT