Raline Publish time 5-4-2022 11:07 PM

Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/selipar-mas-kahwin.jpeg
Yudi hanya menyerahkan sepasang selipar dan segelas air kosong sebagai mas kahwin untuk Helmi. – Warga Lombok

Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

JAKARTA – Sepasang suami isteri yang pernah tular di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin,dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga, lapor portal berita Wolipop.

Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu.

Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi.

Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya dengan menghasilkan kandungan di YouTube setiap hari.

“Helmi juga telah berkahwin dan berceraisebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Yudi berkata, ia dilakukan atas kehendak Helmi sendiri yang enggan menyusahkannya ketika itu.

“Selipar itu berharga 10,000 rupiah (RM2.94). Memang lucu kerana tidak menyangka (bekas) isteri hanya meminta selipar sebagai mas kahwin.

“Saya juga berasa bahagia kerana isteri memahami keadaan ekonomi saya ketika ini. Menurutnya, selipar itu adalah untuk kegunaan ketika pergi bersolat,” kata Yudi. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/05/dahulu-tular-kerana-beri-mas-kahwin-selipar-kini-berpisah-kerana-curang/

Siput_Sawah Publish time 6-4-2022 11:52 AM

aneh aneh ya berita dari seberang:D

tupaiterbang Publish time 6-4-2022 12:14 PM


selipar tu boleh guna perambat bekas bini yg asyik berselingkuh :lol:

seri_melati Publish time 6-4-2022 01:27 PM

ambik balik selipar tu buat penampar:laugh3:

renko Publish time 6-4-2022 01:41 PM

bangang bangang aje

jijilaaa Publish time 6-4-2022 04:50 PM

dah muka awak tu mcm pecah rumah..nak bini lawa..mmg la banyak saingan...lain kali cari yang sekufu

Artemesiaa Publish time 6-4-2022 06:28 PM

Kurang kemampuan ler tu dah mas kahwin pun selipar bila ada yang lebih baik tak hairan mudah beralih arah

annehuda Publish time 7-4-2022 06:53 AM

“Helmi juga telah berkahwin dan berceraisebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Muka helmi tu pun boleh jadi model ke? Model selipar ke?

saviour_09 Publish time 7-4-2022 02:31 PM

awak terlalu selipar utk saya :$:$:$

Xim Publish time 8-4-2022 01:34 AM

Laaa tahu rupanya bukan Isu Semasa ek...kohkoh...
Pages: [1]
View full version: Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang


ADVERTISEMENT