Raline Publish time 4-4-2022 04:29 PM

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/gadis-lamborghini.jpg
Jini bersama Ferrari dan Celica. - Tiktok @jineylaa

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, menjadi sensasi diinternet selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka, lapor portal Wolipop.

Wanita itu berkata, dia bernama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya. – AGENSI



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/04/tiga-beradik-bernama-lamborghini-celica-ferrari/

La_Quica07 Publish time 7-4-2022 07:15 PM

Yg Celica tu agak sedih la

salimrock Publish time 8-4-2022 09:55 AM

Porsche pula pakai nama indon

Porsche Macan
Pages: [1]
View full version: Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari


ADVERTISEMENT